Friday, April 5, 2013

Awang Tengah Nafi Ada Plot Jatuhkan Taib Mahmud!

Awang Tengah menafikan plot untuk menjatuhkan Taib seperti dakwaan Sarawakerepot.  Sarawakerepot menggunakan strategi Sun Tzu iaitu memecah-belahkan perpaduan dalam parti untuk melemahkan lawan.  

Sekiranya penyokong masih kuat dan bersatu di belakang Taib Mahmud, maka usaha Sarawakerepot semakin tidak berhasil!  Apakah lagi strategi Sarawakerepot untuk memecahkan kesetiaan pihak PBB di Sarawak?
 
Awang Tengah sokong Taib

5 April 2013, Jumaat - Utusan Borneo

KUCHING: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata beliau memberi sokongan padu terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk meneruskan kepimpinannya di Sarawak ke arah mencapai kemajuan.

Sambil menepis dakwaan oleh sebuah blog luar, The Sarawak Report yang mengatakan beliau mengetuai satu plot untuk menjatuhkan Ketua Menteri, Awang Tengah berkata ia bukan gaya politiknya untuk menentang Ketua Menteri atau mana-mana pucuk pimpinan.

“Saya seorang pemimpin yang mempunyai rasa hormat tinggi terhadap budaya politik dan saya tidak memiliki cita-cita jauh kerana hanya menunaikan tanggungjawab saya daripada pucuk pimpinan.

“Sejak bila Sarawak Report menulis laporan yang baik terhadap Sarawak dan pemimpin-pemimpinnya,” katanya pada temu ramah khas dengan media di Wisma Sumber Alam di sini, kelmarin.

Katanya ketika Ketua Menteri menyatakan ingin bersara dalam politik, beliau merupakan antara orang pertama memujuknya.

Sebagai contoh, pada Konvensyen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang lepas, beliau diminta bertanding jawatan naib presiden pada saat akhir kerana tidak berhasrat untuk berbuat demikian dan menang, tetapi beliau kemudiannya sukarela melepaskan jawatan demi kepentingan parti, jelasnya.

Menurutnya, di bawah pemerintahan Taib, Sarawak amat stabil kerana kepimpinannya membawa transformasi sosial dan ekonomi ke tahap tinggi dan drastik termasuk kebajikan rakyat di luar bandar menerusi konsep Politik Pembangunan.

Politik Pembangunan kini katanya, memasuki fasa baharu dengan pelancaran Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) pada 2008, pelaburan SCORE kini berjumlah RM24 bilion dengan pelabur-pelabur tempatan menyumbang RM5 bilion dan dari luar negara RM12.3 bilion manakala usaha sama antara pelaburan tempatan dan luar negara menjangkau RM6 bilion, katanya.

“Lima syarikat sekarang menyumbang RM11.2 bilion dalam bentuk pelaburan dan memberi peluang pekerjaan kepada 6,800 orang,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda