Wednesday, April 10, 2013

RM24 Juta Untuk Pelupusan Sanitari Teknologi Efisien di Sibuti! #BNBagus #PRU13

Masalah sampah di Bekenu sudah wujud sebelum persempadanan parlimen Sibuti dan kawasan sekitarnya lagi.  Namun demikian, berkat keperihatinan wakil rakyat Sibuti dan juga penyandang kerusi P218, Ahmad Lai telah menjelaskan kepada pengadu di atas talian bahawa peruntukan untuk membina sel pelupusan baru telah diluluskan sekarang cuma menanti cuaca yang elok untuk menyiapkan pembinaan yang dijangka siap pada penghujung April ini.  

Wakil rakyat yang berjaya menyampaikan masalah teknikal secara berkesan kepada pengadu pasti berjaya mendapat keyakinan semula pengundi BN.  Inilah contoh wakil rakyat yang sentiasa memahami kehendak dan naluri rakyat seperti Perdana Menteri Malaysia kini.
Masalah sampah di Bekenu ditangani dengan efektif

by Mohd Norhadie Sahari. 10 April 2013, Rabu - Utusan Borneo
AHMAD LAI
MIRI: Kerajaan telah mengambil inisiatif menambah lubang sampah baharu melalui projek pelupusan sampah di Bekenu bagi mengatasi masalah bau sampah dan ke arah pengurusan sisa sampah yang lebih efektif.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Ahmad Lai Bujang berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh beberapa pihak dalam usaha memburukkan imej projek kerajaan.

“Isu ini sebenarnya telah diselesaikan kerajaan dengan penambahan lubang baharu bagi mengatasi bilangan sampah sebanyak 200 tan metrik sehari dalam tempoh lima tahun.

“Ini sengaja ditimbulkan oleh sesetengah pihak yang tidak sabar menunggu projek itu selesai dan beroperasi sepenuhnya,” katanya ditemui di sini semalam.

Ahmad Lai yang menjawab aduan secara talian dengan pengadu, Sabak Isa, 64, memberitahu projek perlupusan sampah berkenaan telah diluluskan kerajaan sebelum Parlimen Sibuti diwujudkan.

“Sebenarnya tapak pelupusan sampah itu telah dibina beberapa tahun lalu, sebelum persempadanan semula Sibuti menjadi salah satu Parlimen baharu.

“Begitupun, kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan memperuntukkan RM24 juta untuk membina sebuah sel pelupusan sanitari yang baharu bagi menampung tiga sel yang hampir penuh,” jelasnya.

Beliau menambah, sel terbabit memiliki teknologi efisien seperti aplikasi sel pelupusan sanitari, kemudahan pengumpulan larut resapan atau air sampah (leachate) dan loji rawatan air sampah.

“Teknologi ini diharap dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di beberapa kampung yang sebelum ini mengadu bau busuk, lalat dan air sampah yang masuk ke Sungai Nibong,” katanya.

Baru-baru ini, beliau turut melawat penduduk di kampung terjejas dan rata-rata penduduk tidak pernah mengadu isu bau sampah dan jika ada hanya berlaku semasa dibawa angin.

Menurutnya, isu terbabit pernah dipanjangkan kepada beliau oleh pengadu yang sama namun kerajaan tetap dengan keputusan untuk mengekalkan tapak pelupusan sampah terbabit.

“Kerajaan menerusi pihak berkuasa tempatan akan mempercepatkan pembinaan sel baharu itu dan ia dijangka siap dalam masa terdekat.

“Ia sepatutnya dijadualkan siap pada April ini, namun akibat cuaca yang tidak menentu projek pembinaan sel baharu itu ditangguhkan tetapi akan disiapkan dalam masa ditetapkan,” katanya.

Selepas mendengar penjelasan Ahmad Lai, pengadu kemudiannya akur dan mula memahami manfaat proses pembinaan sel baharu di tapak perlupusan sampah kepada penduduk kampung berhampiran.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda