Wednesday, April 10, 2013

RM64 Juta Untuk Loji Rawatan Air Bersih Suai Siap Oktober 2013 - Ahmad Lai #BNBagus #PRU13

Atas sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan, Loji Rawatan Air Suai dijangka siap bulan Oktober 2013 ini.  Loji ini mampu membekal 30 juta liter air sehari untuk penduduk di Hulu Niah dan Hulu Sibuti.   Inilah janji BN kepada rakyat agar bekalan air bersih dan dirawat dapat dinikmati di seluruh Sarawak khususnya di Sibuti.  

Pakatan Rakyat kalau dapat RM 64 Juta agaknya terus lesap main mahjong?

Loji Rawatan Air Suai siap Oktober atau Disember
 
10 April 2013, Rabu - Utusan Borneo

MIRI: Loji Rawatan Air Suai bernilai RM64 juta bagi menampung bekalan air bersih untuk kawasan Parlimen Sibuti dijangka siap selewat-lewatnya Oktober atau Disember depan.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu Ahmad Lai Bujang berkata, loji terbabit sepatutnya dijadualkan siap Februari lalu tetapi berikutan masalah teknikal, ia memerlukan tempoh baharu.

“Projek menaik taraf loji terbabit sudah siap kira-kira 75 peratus dan kita jangka ia akan mula beroperasi sepenuhnya pada Oktober atau Disember depan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dengan siapnya loji bernilai RM64 juta itu, ia menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang sering melanda penduduk kampung terutama di hulu Niah dan hulu Sibuti.

Ahmad Lai yang juga penyandang kerusi Parlimen Sibuti menjelaskan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pernah meninjau perkembangan semasa projek terbabit.

“Pada lawatan itu, beliau (Awang Tengah) sempat bertanya kepada kontraktor akan tarikh sebenar projek terbabit siap dan kita dimaklumkan ia telah mencapai 75 peratus pembinaan,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa loji rawatan air terbabit bakal memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 penduduk di kawasan Sibuti khasnya bagi kawasan tekanan air paip rendah.

Katanya loji itu mampu menghasilkan 30 juta liter air bersih sehari berbanding loji sedia ada yang hanya mampu menghasilkan 16 juta liter sehari.

“Tekanan air rendah di Niah disebabkan pembangunan pesat sama ada dalam industri perladangan, pembinaan dan sebagainya.

“Saya percaya masalah tekanan air rendah di sini akan selesai sepenuhnya apabila projek pembinaan loji air ini siap dan mula beroperasi,” katanya.

Untuk rekod, loji terbabit salah satu projek mega yang sedang dilaksanakan di Parlimen Sibuti dan akan datang projek pembinaan balai bomba baharu di Niah.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda