Tuesday, April 16, 2013

Projek Lembah Sireh PAS Kelantan Perabih Pitis? #TolakPR #PRU13


Menurut blogger GossipRakyat, PAS Kelantan sekali lagi gagal menyempurnakan janji kepada rakyat Kelantan di Lembah Sireh. Mari kita ikuti laporan eddyjugaks di bawah...


POK NIK, APE CITER PROJEK LEMBAH SIREH? TAKUT NAK JAWAB KER?


GossipRakyat 16 April 2013

Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan secara terperinci status sumbangan yang sepatutnya diberikan oleh syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. dalam perjanjian membangunkan kawasan seluas 400 hektar di Lembah Sireh di sini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menurut perjanjian tersebut, syarikat itu sepatutnya membayar nilai Jambatan Sultan Yahya Petra II yang telah dibina oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan juga sewajarnya menerima bayaran ganti rugi daripada syarikat terbabit kerana gagal membina jambatan dari Palekbang, Tumpat ke Kampung Cina di sini, namun menerima tanah di kawasan berkenaan dengan premium amat rendah iaitu RM1,000 untuk setiap 0.4 hektar.

"Hari ini, kita merasmikan pembukaan jejambat dua lorong yang menghubungkan Jambatan Sultan Yahya Petra II berharga RM184.8 juta ke Langgar di sini dan dua lorong jejambat lagi akan dibuka pada Julai ini untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

"Begitu juga dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina yang sepatutnya dibina oleh Liziz Standaco tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda akan dibina, jadi kerajaan Pas Kelantan sewajarnya menerima sekurang-kurangnya RM92 juta daripada Liziz tidak termasuk dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina,'' ujarnya.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini, Mustapa berkata, perkara penting seperti itu perlu diberitahu kepada rakyat.

''Kalau tidak dituntut, perjanjian ini berat sebelah kerana nilai tanah yang dikenakan amat rendah, syarikat mendapat untung besar tetapi kerajaan dan rakyat rugi besar," katanya.

Pada Julai 2003, Kerajaan Pas Kelantan telah menandatangani perjanjian dengan Liziz Standaco Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh yang terletak di tebing Sungai Kelantan.

Sebagai timbal balas, Liziz Standaco perlu membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, stadium khusus untuk wanita dan masjid negeri serta memberi sumbangan tabung perumahan awam dan bayaran ganti rugi untuk para peniaga.

Menurut perjanjian tersebut, sekiranya perkara tersebut gagal dilaksanakan atau telah dibina oleh Kerajaan Pusat maka syarikat berkenaan perlu membayar kos pembinaan tersebut kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sementara tu, Mustapa memberitahu, calon Barisan Nasional Kelantan yang akan diumumkan pada malam esok di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan adalah muktamad dan tidak ada sebarang perubahan akan dilakukan selepas ini.

Beliau berkata, senarai calon tersebut dibuat selepas BN negeri mengadakan pertemuan dengan semua peringkat sejak enam bulan lalu termasuk parti komponen MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Menurutnya, pihaknya juga telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dalam pada itu kita juga tahu Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa yang penting ialah calon-calon yang boleh menang. Saya pasti juga Pengerusi BN mempunyai banyak sumber daripada segi laporan dan dari segi maklum balas.

"Kita semua telah menyatakan bahawa siapa jua calon yang diputuskan oleh Pengerusi BN Malaysia, itulah calon yang akan disokong oleh semua ahli parti komponen BN," jelas Mustapa.


- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda