Thursday, April 25, 2013

Ahmad Lai Yakin #P218 Sibuti Tetap #SokongNajib #PRU13!


Dalam tempoh 4 tahun, Sibuti turut membangun dari segi infrastruktur dan juga kegiatan ekonominya. Tidak hairanlah semakin ramai ahli PBB di kawasan N62 Lambir bertambah bilangannya. Rakyat juga telah melihat apa yang terjadi kepada peluang yang diberikan kepada pihak pembangkang untuk mentadbir Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Semoga warga Sibuti sentiasa bijak memilih pembangunan bersama Najib Razak!

Idoop BN!
Idoop Najib!
Idoop Ahmad Lai!

BN tidak mempunyai masalah pertahan Parlimen Sibuti

22 April 2013, Isnin


SOKONGAN KUKUH: ADUN Bekenu Rosey (dua kiri) dan ADUN Lambir Ripin Lamat (kanan) mengiringi Ahmad Lai (dua kanan) ke pusat penamaan calon Parlimen Sibuti kelmarin.

MIRI: Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Calon BN Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata pilihan raya kali ini merupakan peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri kewibawaan calon BN mahupun calon parti lawan.

“Pertembungan satu lawan satu (BN-PAS) merupakan satu peluang kepada rakyat Sibuti untuk menilai kemampuan calon BN atau PAS dan mereka boleh memilih calon yang diminati,” katanya ketika ditemui kelmarin (Sabtu).

Tambahnya, kawasan Sibuti telah jauh berubah dan nasib rakyat di luar bandar Miri terus mendapat perhatian daripada kerajaan pusat khasnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemimpin nombor satu negara itu, katanya telah menyalurkan pelbagai kemudahan asas di bandar dan luar bandar tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

“Harapan kita kali ini adalah supaya rakyat Sibuti membuat keputusan yang bijak dan menilai semula kemampuan antara kerajaan BN dan parti luar dalam membela nasib dan kebajikan rakyat,” jelasnya.

Dalam perkembangan masa, beliau berharap kawasan Bekenu dan Niah akan dinaik taraf menjadi Majlis Daerah jika jumlah penduduk mencecah lebih 35,000 orang.

“Setakat ini, Sibuti hanya mempunyai 17,000 penduduk dan kita percaya hasrat untuk menaik taraf kedua-dua kawasan ini (Bekenu dan Niah) akan menjadi kenyataan,” katanya.

Menurutnya, rakyat masih memerlukan kerajaan BN jika mereka mahu menikmati pembangunan yang lebih pesat dalam lima tahun akan datang.

Dalam perkembangan lain, tiada isu besar yang akan digunakan pembangkang untuk meraih undi rakyat setempat melainkan memanipulasi isu-isu lama.

“Apa yang penting ialah kita menerangkan kepada rakyat aku janji BN dan manfaatkan manifesto ini kepada rakyat khasnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Ahmad Lai daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bertanding melawan pendatang baharu, Robby@Muhammad Zaid Tandang daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda