Friday, July 13, 2012

Akibat Menyimpang Dari Landasan, 30 Ahli Tegar PAS Masuk UMNO Pasir Puteh!


PAS di Kelantan sudah merasai betapa hebatnya gelombang merah UMNO lalu memberi mandat kepada Barisan Nasional untukmerubah destini mereka. Kenapa kita di Sibuti, masih ada yang makan tipu muslihat PAS?

Mereka ini pandai menabur janji dan datang cuma pada musim menjelang PRU13 sahaja! Selepas berjaya menipu rakyat mereka akan terus tinggal di Semenanjung dan cuma akan datang bila menjelang PRU14 kelak!

Inilah kenapa rakyat cerdik di Sibuti mesti menolak parti luar seperti PAS dan PKR ini! Mereka cuma pandai menabur janji tetapi tidak dapat mengotakan atau melaksanakan apa yang telah dijanjikan! Kalau bab-bab kacau isteri orang atau sapu bini orang, memang ada kepakaran!

Tolaklah PAS, PKR dan DAP!!
30 penyokong tegas Pas keluar parti



PASIR PUTEH 13 Julai - Seramai 30 penyokong tegar Pas cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai UMNO kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.

Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda Pas cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

"Kami merasa kecewa perjuangan Pas selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.

Ramli berkata keputusan menyertai UMNO adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan Pas yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.

Beliau berkata, adalah lebih bermakna untuk memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak daripada membantu Pas yang akrab dan sentiasa diperkudakan oleh DAP sejak kebelakangan ini.

"Dulu Pas menghukum UMNO kerana membuat pakatan dengan parti politik bukan Islam tetapi nampaknya mereka juga lebih intim dengan parti politik yang jelas tidak akan sepakat untuk membangunkan kepentingan Melayu dan agama Islam," katanya. - BERNAMA

- Posted using BlogPress from my New iPad

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda