Thursday, January 10, 2013

Papagomo Dedah Identiti pisau!!!

Pisau bakal disaman oleh Ngeh dan sepupunya Nga.  Ini kerana pisau berjaya membongkar isu rasuah RM 30 Juta di Kelantan!  Mungkin Nik Aziz akan turut serta untuk menyaman pisau kerana dia pun terlibat sama?  Apa lagi DAP akan menyerbu rumah pisau malam ni berdasarkan kepada maklumat daripada papagomo.  

Blogger pisau.net juga yang sering menghentam tokong Lim Guan Eng dan kini rasuah RM30 Juta kroni DAP di Kelantan! 

Semoga pisau selamat sempena malam Jumaat

Maafkan Aku Pisau - Gomo Terima Tawaran RM 1000 Dari DAP Atas Maklumat Siapa Pemilik Blog Pisau.Net

Oleh Papagomo.com


Maaf rakan Blogger Pisau.Net, Gomo terpaksa bersubahat dengan pimpinan DAP untuk mendedahkan lu yang sebenarnya. Tawaran RM 1000 yang DAP tawarkan mengeliurkan gua coz Gua sekarang dah kesempitan Wang.

Kepimpinan DAP menawarkan RM1,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberi maklumat untuk mengesan pengendali laman blog pisau.net.
 
Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkata, pihaknya kini sedang menjejaki pengendali blog berkenaan bagi menyerahkan writ saman berhubung artikel yang dikeluarkan laman blog berkenaan.
 
"Orang yang fitnah berdosa besar. Perbuatan baling batu sembunyi tangan merupakan perbuatan yang keji dan bersifat pengecut.
 
"Saya di sini memberi masa 24 jam kepada pisau.net untuk tampil. Jangan berselindung di belakang nama samaran yang palsu," katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.
 
Kor Ming berkata tindakan menyembunyikan diri itu hanya membuktikan semua tuduhan terhadap Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan beliau adalah bohong.
Menurutnya, tindakan saman itu dibuat terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab memfitnah mereka berdua kononnya mendapat tanah di Kelantan sebagai habuan politik
- DAP

Ni Bukan Pisau.Net


GOMO: Gua tak tahu le apa masaalah DAP sampai tawarkan habuan RM 1000 untuk sesiapa memberikan maklumat tentang pengendali Blog Pisau.Net. Namun Gua terkilan sebab Habuan yang ditawarkan adalah tidak relevan sama sekali dengan pendedahan Pisau.Net yang mana mendedahkan Nilai RASUAH Tanah antara Kerajaan PAS Kelantan dan DAP Perak adalah bernilai RM 30 Juta.

Apa lah salahnya jika DAP Perak yang dah dapat habuan sebegitu besar tawarkan nilai sekitar RM 1 hingga ke RM 5 juta bagi mengenali pemilik Pisau.Net ni. Tak luak pun duit DAP jika tawarkan wang berjuta tersebut asalkan puas hati dengan hasil yang akan diperolehi kelak. Hehehe...

Apa pun dengan tawaran RM 1000 ni sudah pasti akan ada rakan Blogger yang kelaparan memberikan Indentiti Pisau.Net. Tak mustahil blogger yang lapar Wang ringgit ini akan memberikan kerjasama buat DAP walaupun habuan yang diperolehi RM 1000 sahaja.

Sebelum DAP menerima apa apa maklumat lain dari mana mana individu tentang siapa pemilik Blog Pisau.Net ini biarlah Gomo sendiri yang mendedahkan pemilik Pisau.Net ini. Tak perlu beri RM 1000 tu pada Gomo tapi sedekahkan sahaja kepada individu lain.

"Ini Pisau.Net"
Nama Pisau.Net ialah Jamaluddin Bin Hassan. berumur 35 tahun yang berasal dari Selangor namun kini menetap di Kedah. Menjalankan perniagaan Bengkel Kecantikan dan Blogging secara sambilan.
So DAP boleh bertindak segera dan usahlah membuat bising nak tawar habuan ataupun cuba menggugut sesiapa sahaja dalam isu ini. Gomo dah berikan maklumat Pisau.Net silakan bertindak!!!

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda