Saturday, January 19, 2013

BR1M 2.0 Diagihkan Awal Februari 2013 di Sibuti

Terima kasih sekali lagi di atas kepimpinan Najib Razak yang akan memberikan BR1M versi 2 menjelang bulan Februari kelak.

Ahmad Lai yakin BR1M ini akan dikekalkan sekiranya BN masih menjadi kerajaan pada masa yang akan datang.  Semoga rakyat akan terus menyokong kerajaan BN dan BR1M akan menjadi bonus kepada mereka.
BR1M diyakini diteruskan jika kerajaan sekarang dikekalkan
 
Utusan Borneo 19 Januari 2013, Sabtu

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang percaya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bakal diteruskan jika tampuk pemerintahan kerajaan sekarang dikekalkan.

Sebab itu, beliau memberitahu supaya Perdana Menteri (PM) dan Barisan Nasional (BN) harus menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“PM dan BN mesti menang pada PRU13 akan datang dan saya percaya setelah itu BR1M akan diteruskan,” katanya di sini semalam.

Beliau memberikan komen berkenaan ketika ditanya oleh para wartawan adakah BR1M akan dikekalkan sebagai bantuan yang berterusan.

Mengenai BR1M 2.0 di kawasan Parlimen Sibuti pula, beliau memberitahu ia bakal diagihkan dan bermula pada awal Februari nanti.

“Setakat ini, di Bekenu mempunyai seramai 6,357 penerima manakala Lambir seramai 3,939 penerima,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau meminta pertolongan daripada ketua-ketua masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melicinkan urusan pemberian bantuan berkenaan nanti.

Kepada penerima pula, Ahmad Lai berpesan supaya tidak lupa membawa MyKad pada masa dan tempat yang bakal ditentukan nanti.

“Jangan lupa bawa sekali MyKad serta surat menerima bantuan berkenaan jika nama telah tersenarai dan telah dimaklumkan nanti,” katanya.

Pada BR1M lalu, sekitar 15,000 penerima menerima manfaat daripada bantuan berkenaan di kawasan Parlimen Sibuti.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda