Wednesday, January 9, 2013

PBRS Kesal Dengan Blogger Pakatan Haram Yang Hina Mendiang Datuk Kanang

PBRS kesal dengan sikap penulis blog Suarapakatanharam yang menghina mendiang Datuk Kanang.  Mereka ini sememangnya bebal sejarah dan patut diberikan kelas tambahan oleh Anwar Ibrahim.

Oh ya, Anwar Ibrahim tidak bisa berbuat apa-apa sekarang ini selain daripada menyangkal penglibatan PKR dengan Suarapakatanharam kerana dia sedang mabuk cinta. Baca di sini.
Penulis blog hina Kanang umpama sampah: PBRS

Utusan Borneo 9 Januari 2013, Rabu

KUCHING: Persatuan Veteran Renjer Sarawak (PBRS) menyifatkan penulis artikel dalam satu blog menghina pahlawan negara mendiang Temenggung Datuk Kanang Langkau sebagai sampah dan tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

Setiausaha Agungnya Kapten (B) Johari Ibrahim berkata, ini kerana penulisan artikel tersebut umpama tidak menghargai pejuang negara itu dalam memerangi musuh semasa darurat.

“Orang yang tidak menghargai pengorbanan kami dengan mendakwa kerajaan membazir duit untuk pengebumian adalah sampah dan tidak layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya kepada pemberita semalam.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah berkhidmat dengan Kanang dahulu pasti berasa kecewa dan marah dengan penyiaran artikel tidak bertanggungjawab itu.

Beliau menambah, penulis itu tidak mengetahui tugas dan tanggungjawab yang dimainkan semasa darurat di Semenanjung dan Sarawak serta Konfrontasi.

“Kami tahu kesusahan dan kesusahannya. Kami ditempatkan di dalam hutan sehingga tiga bulan demi menjaga keselamatan dan keamanan negara,” ujarnya.

Johari yang mengetuai PBRS membuat laporan di Balai Polis Sentral terhadap laman web suarapakatanrakyat.com yang menyiarkan artikel mempersoalkan kerajaan membazir duit untuk pengebumian mendiang Kanang dan menyatakan panglima negara itu bukan hero.

Artikel dalam blog itu mendedahkan Kanang dibayar kerajaan untuk menjalankan tugas.

Sementara itu, menurut Johari, laporan itu dibuat bukan sahaja mewakili PBRS tetapi semua veteran tentera yang tinggal di Sarawak.

“Kami berharap polis dapat membuat sesuatu dan menghadap penulis blog itu ke muka pengadilan,” jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda