Sunday, February 19, 2012

Lambir Menyokong Padu Di Belakang Ahmad Lai Untuk Kerusi Parlimen Sibuti

Ahmad Lai  merupakan wira di mata pengundi Lambir.  Mengukir perjalanan politiknya dari akar umbi sehingga menjadi seorang Ahli Parlimen di Sibuti.  Walaupun baru sepenggal menjadi ahli parlimen namun usaha pembangunan di Sibuti jelas kelihatan.  Semoga Ahmad Lai akan terus membawa politik pembangunan ke seluruh kawasan Sibuti!!!
Wanita PBB Lambir mahu Ahmad Lai dicalon semula

Posted on February 19, 2012, Sunday

MIRI: Sayap Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lambir mahu Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Ketuanya, Kaunselor Zainani Salleh berkata, pihaknya memberikan sokongan padu terhadap wakil rakyat yang memenangi hati pelbagai kaum itu.

“Kita mahu beliau dikekalkan sebagai calon dalam PRU yang bakal menjelang tidak lama lagi,” katanya setelah mempengerusikan satu mesyuarat di Pejabat PBB Lambir, semalam.

Katanya, Ahmad Lai ternyata seorang pemimpin yang dianggap sebagai jaguh di mata serta hati rakyat terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

Zainani turut menyifatkan wakil rakyat itu sebagai seorang yang sangat komited apabila bercakap tentang kerja dan tanggungjawab terhadap penduduk di kawasannya.

“Kita dapat melihat kejayaan dalam bentuk pembangunan yang beliau bawa ke kampung-kampung mahupun rumah-rumah panjang di kawasannya,” katanya sambil menjelaskan Lambir juga termasuk di dalam kawasan Parlimen Ahmad Lai.

Justeru, Zainani berpendapat, kekuatan pada wakil rakyat berkenaan adalah ‘senjata’ pembangunan politik yang telahpun ada pada dirinya.

“Sudah jelas kita masih perlukan beliau dan juga perkhidmatannya di kawasan kita ini (Lambir),” ujarnya.

Sementara itu, Zainani memberitahu setakat ini, Ahli Parlimen berkenaan tidak mempunyai apa-apa isu atau halangan untuk dicalon semula.

Mengenai mesyuarat pula, Sayap Wanita PBB Lambir telah memutuskan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat untuk menjadi Pengarah Operasi bagi konstituensi N.62 Lambir pada PRU13 nanti manakala Julani Mokhtar sebagai Timbalannya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda