Thursday, February 23, 2012

Pengundi Sibuti Bijak Memilih BN!!

Ahmad Lai memang bangga dengan adanya pengundi yang bijak seperti di Sibuti.  Mereka sedar pembangunan teratur akan dapat dikecapi dengan memilih BN sebagai wakil suara mereka di Parlimen kelak!!  Daerah Subis boleh dikatakan dalam transformasi pembangunan yang tidak diketepikan oleh kerajaan BN walaupun jauh di Hulu Sibuti!!!?? Usaha meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk di Sibuti sentiasa dalam perancangan dan perlaksanaannya dapat dilihat di setiap suku tahun!!?? Dengan adanya BR1M kini masyarakat Sibuti dapat meringankan beban pendapatan dalam ekonomi dunia yang tidak stabil ini!!??  Syabas kepada sistem perhubungan yang sering digunakan oleh Ahmad Lai untuk mendengar dan memberi maklum balas kepada penduduk Sibuti!!?? 

Pembangkang yang tidak pandai mentadbir kawasan mereka akan memberi rasuah agar rakyat tidak sedar akan kelemahan sistem kerajaan pembangkang!!??  Ini boleh dilihat di Pulau Pinang dan Selangor khususnya!!??  

Di Pulau Pinang, kerajaan DAP hanya memberi kepada golongan warga emas yang sentiasa tahu masa hadapan mereka sejak merdeka lagi sentiasa terjamin dengan BN dan bukan DAP!!??  Warga emas memang sudah kenal asam garam kehidupan dan tidak akan terpedaya dengan pihak pembangkang yang ingin mengaburi mereka dengan wang rasuah RM100!!???  Wang hadiah kelahiran RM200 pun tidak diagihkan kepada semua cuma kepada segelintir sahaja golongan menunjukkan sikap pilih kasih pihak pembangkang!!!??  Semoga rakyat sekalian sedar akan perangkap kerajaan pembangkang dan tidak terpedaya lagi dengan gula-gula mereka yang pahit!!!???
Pengundi harus bijak memilih

Posted on February 23, 2012, Thursday

LAMBIR: Semua pengundi yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak diingatkan tidak menggadai masa depan dengan memilih pihak yang salah.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk mencari kelemahan kerajaan sebagai senjata utama untuk menghasut dan memanipulasi pemikiran rakyat khasnya di kawasan luar bandar.

“Pembangkang hanya hadir pada masa pilihan raya dan membawa agenda tertentu untuk diperdagangkan kepada rakyat tetapi mereka lupa di belakang rakyat berdiri teguh sebuah kerajaan iaitu kerajaan Barisan Nasional,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, sokongan rakyat terhadap kerajaan BN masih kuat khususnya di kawasan Parlimen Sibuti dan usaha pembangkang memberi ‘gula-gula’ hanya untuk meraih undi rakyat, adalah strategi lapuk.

“Jangan terperdaya dengan ‘keprihatinan’ pembangkang yang menghulurkan beras atau ubat-ubatan pada masa pilihan raya kerana ia hanya satu taktik lama untuk meraih undi rakyat,” katanya.

Berbanding kerajaan BN katanya, rakyat tidak kira di bandar atau luar bandar telah menerima kesan lonjakan pembangunan bahkan taraf hidup rakyat sekarang berada dalam keadaan selesa.

“Kerajaan BN menyalurkan pembangunan secara berterusan dan tidak terlepas pandang mana-mana keperluan rakyat.

“Belum pernah ada kerajaan yang mampu memberi bantuan wang tunai dan sebagainya kepada rakyat ketika negara lain menghadapi krisis ekonomi,” jelasnya.

1 comments:

Baca Blog Dalam Facebook Anda