PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Sunday, August 12, 2012

[Gambar] Sekitar Program Agihan Bubur Lambuk dan Iftar Ramadan 2012 di Kampung Beraya, Bekenu

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Program Agihan Bubur Lambuk & Iftar Ramadan














Buat Apa Taib Mahmud Mahu Berjumpa Dengan Anwar Ibrahim?

Anwar hampir berjumpa Taib menurut laman FMT pada bulan Jun yang lepas.  Mana mungkin Taib bertemu dengan Anwar?!!  Taib sedar siapa Anwar yang hanya pandai menabur gula-gula politik di merata-rata tempat!

Taib pernah menghantar rombongan suatu ketika dahulu untuk membincangkan isu royalti minyak dengan Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan dan juga TPM!  Kalau hendak tahu jawapan Anwar Ibrahim sila rujuk di sini

Taib sendiri mengaku bahawa Najib Razak adalah lebih bijak (Young and Vigorous PM) sila rujuk di sini, dan lebih pandai mentadbir Malaysia berbanding dengan Anwar Ibrahim!  Mana mungkin Taib akan berjumpa dengan Anwar Ibrahim!!  Katak yang dibawa Anwar Ibrahim melompat hanyalah orang yang kecewa dengan BN dan mungkin tidak akan diberi peluang untuk menyandang kerusi mereka memandangkan mereka ini tidak turun padang setelah dipilih oleh rakyat!!

Ada juga yang melompat kerana hasrat peribadi yang dijanjikan menjadi Ketua Menteri sesebuah negeri!  Bagi wakil rakyat yang bakal pencen memang inilah gula-gula yang paling manis dijanjikan oleh Anwar Ibrahim tetapi lihatlah kelak ianya cuma janji!  Anwar tahu orang yang tidak setia kepada parti bukanlah orang yang patut diberi tanggungjawab untuk menjadi Ketua Menteri kerana mereka ini akan melompat parti pada bila-bila masa sahaja!  

Hanya orang Anwar Ibrahim yang akan duduk di kerusi Ketua Menteri dan jangan haraplah Baru Bian yang juga pernah melompat dari parti-parti yang lain untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak!!!

Anwar nafi jumpa Taib

by Sandy Mark Luna. Posted on August 12, 2012, Sunday

Kali terakhir jumpa pada majlis berbuka puasa anjuran Tun Abdullah pada 2004

KUCHING: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa beliau berjumpa dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Singapura baru-baru ini.

Menurutnya, kali terakhir beliau bertemu dengan Taib adalah pada majlis berbuka puasa di Kepala Batas anjuran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

“Ia tidak benar. Lagipun dalam jangka masa beberapa bulan ini saya tidak ada ke Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pemimpin PKR Negeri, di sini, semalam.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan blog yang menyatakan ketua pembangkang tersebut dan Pengerusi BN Negeri mengadakan perjumpaan secara sulit di Singapura pada Jun lalu.

Turut hadir, Ketua PKR Sarawak Baru Bian, Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How, bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.

Sementara itu, Anwar menjelaskan bahawa kunjungannya ke Sarawak kali ini adalah untuk mengetahui perkembangan terbaharu di Sarawak, selain memberi maklumat terkini mengenai senario politik di Semenanjung Malaysia.

Pada masa yang sama, katanya kunjungannya juga adalah untuk memantapkan lagi jentera pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Mengenai beberapa pemimpin yang keluar parti dan menyertai pembangkang, beliau memberitahu bahawa mereka bebas menggunakan mana-mana parti pembangkang sebagai tiket bertanding pada PRU13 akan datang.

Menurutnya, PKR akan lebih menumpukan kepada Sabah memandangkan keadaan di Sarawak lebih ‘okay’.

Antara pemimpin yang telah keluar BN adalah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (Ahli Parlimen Tuaran) di Sabah.

Beliau yang akan menemui para penyokong pakatan pembangkang di Sabah pada hari ini dijangka akan mengumumkan beberapa kejutan menarik.

Ditanya sekiranya lebih ramai ahli BN akan mengikut langkah Lajim dan Wilfred menyertai pembangkang, katanya:

“Anda boleh jangkakan beberapa pengumuman menarik di Sabah pagi esok (hari ini).

“Anda tahu stail saya, saya akan biarkan mereka sendiri umumkan,” katanya.

Lajim yang juga pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO memberitahu, beliau bertindak meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan parti tersebut.

“Apa pun, ia bukan sebab peribadi tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Thursday, August 9, 2012

Najib dan Rosmah Berbuka Puasa Di Sarawak Esok.


Perdana Menteri beserta isteri akan berada di Sarawak esok untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli BN negeri Sarawak.

Mereka mungkin membawa berita gembira dari semenanjung untuk dikongsi di Sarawak. Apakah berita tersebut?
Najib, Rosmah lawat Sarawak pada Jumaat ini
Utusan Borneo 9 Ogos 2012, Khamis.



KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bakal menyertai beberapa tetamu kehormat tempatan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan pada 10 Ogos (Jumaat) ini di Dewan Undangan Negeri di sini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata Perdana Menteri akan ditemani Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Selain itu ia dimeriahkan dengan kehadiran menteri dan menteri muda, ahli-ahli Barisan Nasional (BN) Negeri, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri dijangka menyampaikan ucapan masing-masing selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam majlis itu.


- Posted using BlogPress from my New iPad

Wednesday, August 8, 2012

Keropok Cap Bulan?!!

Keropok cap Bulan sudah keluar di pasaran?  Kalau sebelum ini baja cap dacing pernah dipersoalkan oleh puak pencacai PR, kenapa mereka juga tiru?
Undi DAP sudah menjadi haram!?!  Bagaimanakah Pakatan Haram akan meneruskan perjuangan mereka sekarang?

Kalau tak silap mereka mula mengkomersilkan keropok dan cap bulan kan?!!

Haram Untuk Mengundi DAP!!!

Haram undi DAP? Kenapa haram untuk mengundi DAP tetapi masih bersekongkol dengan PAS?  Bagaimana pula pendirian PKR? 
Haram, berdosa undi DAP
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

"Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong UMNO dan BN supaya orang Melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda