Friday, August 3, 2012

Anwar Ibrahim Pembulak Besar dengan Sarawak!!!?

Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan telah banyak kali pembulak kepada Sarawak!  Ini menyebabkan Ketua Menteri Sarawak kecewa kepada beliau.  

Apabila DS Anwar Ibrahim menjadi Ketua Pembangkan maka lebih banyak lagi isu yang ditimbulkan dan tidak ditunaikan demi mendapat undi rakyat semata-mata.




Ketua Menteri Sarawak kecewa dengan DS Anwar Ibrahim atas sebab-sebab berikut.

Isu Royalti Minyak

Semasa DS Anwar Ibrahim menjadi TPM/ Menteri Kewangan, Ketua Menteri Sarawak pernah bertanya mengenai isu royalti minyak namun beliau tidak mahu membincangkan langsung.  Ini bermakna beliau tidak mahu Sarawak mendapat royalti minyak yang tinggi berbanding kadar pada masa itu yang masih sama dengan kadar sekarang.  Kenapa dalam manifesto PR dia sering melaung-laungkannya sedangkan dia juga yang menolak cadangan untuk menaikkan royalti minyak untuk kerajaan negeri Sarawak semasa dia menjadi Menteri Kewangan /TPM?

Isu Jalan Raya Alternatif

Ketua Menteri Sarawak pernah meminta laluan alternatif di Sarawak agar dapat membangunkan kawasan di persisiran pantai, DS Anwar Ibrahim berkata bahawa tiada masalah untuk membangunkan jalan raya di Sarawak tetapi apabila pembentangan bajet berlangsung, isu untuk menambah jalan raya menghubungkan laluan alternatif di Sarawak terus diketepikan sahaja.  Ini bermakna DS Anwar Ibrahim pandai berjanji walaupun dia sendiri tidak akan menunaikan janji tersebut.  Entah berapa banyak janji yang sudah ditabur sehingga kini yang masih belum ditunaikan?

Isu Universiti di Sarawak

Perdana Menteri pada ketika itu (Tun Mahathir) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 300 Juta untuk membina sebuah universiti di Sarawak.  Namun akibat gila kuasa untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO.  Peruntukan untuk membina universiti di Sarawak telah dibawa ke Sabah demi mengecapi pangkat dan kuasa baru dalam UMNO.  

Lihatlah dengan jelas bahawa DS Anwar Ibrahim tidak pernah mahu berkawan dengan Sarawak.  Dia cuma mahu menjadikan Sarawak sebagai laluan untuk ke Putrajaya.  Mungkin DS Anwar Ibrahim akan memerintah Malaysia dan mengabaikan langsung keadaan di Sarawak.  

Orang yang pandai berkata-kata dan tidak pandai mengotakan janjinya janganlah kita pilih demi menjamin masa hadapan anak cucu kita.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda