Friday, August 31, 2012

Cikgu Ali Calon PAS Sibuti?

PAS mungkin akan mengumumkan calon baru di PAS Sibuti.  Di samping itu mereka juga akan membentangkan 12 Agenda Manifesto PAS untuk menentang BN Sarawak menjelang PRU13 juga.

Siapakah Cikgu Ali? Nama penuh beliau Ali Bin Mudin. Beliau merupakan bekas pegawai pelajaran Subis.  Beliau dikatakan paling berpengalaman di Subis berbanding dengan calon PAS yang lain!  Anak beliau pula bekerja dengan YB Ripin bin Lamat iaitu Fikri?  Adakah secara sengaja atau tidak bagaimana hal ini boleh berlaku?

Hadi Awang juga akan mengunjungi beliau di Kampung Sulap Lada pada 2 September ini untuk membincangkan strategi merampas Sibuti daripada BN Sarawak.   

Terdapat ahli Armada Pemuda PBB juga yang akan menyertai himpunan Hijau PAS kerana percaya Ketua Pemuda mereka telah lompat parti!

PAS umumkan ‘kejutan’ Ahad ini

Utusan Borneo 31 Ogos 2012, Jumaat

MIRI: PAS Sarawak menjanjikan satu ‘kejutan’ yang akan diumumkan menjelang program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ yang akan berlangsung di Lot 1090, Jalan Brighton di Tanjung Lobang (seberang Hotel ParkCity) pada Ahad ini, bermula jam 8 hingga 11 malam.

“Kami ada pengumuman mengejutkan yang penting, khusus untuk orang ramai yang menyertai PAS Sarawak sempena Program Himpunan Hijau Peringkat Negeri pada malam Ahad ini nanti,” kata Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee.

Selain pengumuman ‘kejutan’ itu kelak, PAS Sarawak dijangka akan turut mengumumkan 12 agenda manifesto PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Bercakap kepada media semasa sidang akhbar di sini semalam, Jofri yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak memberitahu orang ramai yang datang mengambil bahagian dalam program itu kelak akan berpeluang bertemu dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang hadir.

“Artis-artis jemputan dari Semenanjung Malaysia seperti Iwan Syahman dan Zuar daripada kumpulan rock XPDC antara yang akan membuat penampilan istimewa bagi menghiburkan orang ramai yang datang ke program ini kelak,” jelas Jofri lagi.

Tanpa mahu memberi bayangan mengenai apakah kejutan yang akan diumumkan itu kelak, Jofri yang juga  disebut-sebut sebagai calon berpotensi bagi kerusi Parlimen Sibuti, memberitahu antara tetamu khas yang akan hadir kelak ialah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasharuddin Tantawi dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafarudin.

“Presiden PAS akan tiba di sini pagi Ahad, dari Kota Kinabalu, Sabah selepas beliau menghadiri program Himpunan Hijau yang sama di sana dan kemudian akan melawat ke Sibuti sebelum menyertai program pada sebelah malamnya,” jelas beliau.

Program Himpunan Hijau PAS Peringkat Negeri Sarawak dijangka akan bermula seawal jam 1.45 petang dengan pelepasan konvoi bermotosikal dan berbasikal Xpresi Hijau Anak Muda, yang bermula dari Stadium Tertutup Miri menghala ke lokasi program di Jalan Brighton yang diikuti dengan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bermula jam 2 hingga 4 petang.

Turut hadir pada sidang media mengenai Program Himpunan Hijau itu semalam ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohd Arifiriazul Paijo, Ketua Penerangan Pemuda PAS Miri Abdul Hadi Alias, Ahli Exco Pemuda PAS Miri Irhazidi Ibrahim dan Setiausaha Kelab Penyokong PAS Miri Yeo Kian Leong.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda