Thursday, August 16, 2012

Ahli Parlimen Usah Gentar Desakan Sumbang!


Ahli Parlimen (AP) yang turun padang tidak perlu bimbang mengenai PRU13! Ini kerana penduduk dan rakyat di kawasan tersebut sudah kenal sikap dan asam garam ahli Parlimen mereka!

Perdana Menteri juga mengingatkan agar tidak mudah untuk mengikut desakan golongan tertentu agar meletak jawatan tetapi bekerja dengan lebih gigih lagi tanpa mengenal penat lelah!

Sememangnya semboyan bakal berbunyi tidak lama lagi kerana peralatan perang sudah dikeluarkan daripada simpanan! Semoga tiada lagi yang melompat parti akibat tertipu dengan desakan pihak pembangkang!

Tidak perlu bimbang pihak luar cuba melobi, kata Wan Zain
Utusan Borneo 16 Ogos 2012, Khamis.




MIRI: Ahli-ahli Parlimen Sarawak disaran supaya tidak takut atau bimbang dengan ancaman pihak luar yang cuba melobi atau berhasrat untuk merebut kerusi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Pemerhati politik, Wan Zain Syed Mohdzar berkata, sekiranya wakil rakyat yang sedia ada bekerja keras dan turun padang mendekati rakyat, maka mereka tidak perlu bimbang akan ancaman tersebut.

“Kita tahu masih ramai pihak yang cuba menampilkan diri untuk menjadi calon pada PRU13 kelak meskipun senarai nama calon yang sebenar masih dalam rahsia pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau memberitahu, rakyat tidak akan mudah menerima calon baharu terutamanya dari luar untuk bertanding di kawasan mereka sebaliknya sokongan terhadap wakil rakyat sedia ada akan terus diperkukuh.

“Seperti yang saya sebutkan tadi, mana-mana wakil rakyat yang cemerlang dalam tugas tidak akan ditolak rakyat, sebaliknya majoriti rakyat akan memihak kepada mereka berbanding calon baharu,” ujarnya.

Wan Zain menjelaskan, senario politik ketika ini berlainan kerana pengundi pada masa sekarang lebih celik ilmu dan menilai kemampuan calon yang boleh bekerja untuk mereka.

“Wakil rakyat BN tidak perlu tunduk dengan desakan pihak tertentu sebaliknya mereka harus meneruskan kerja berkhidmat untuk rakyat seperti yang ditagih Perdana Menteri,” jelasnya.

Beliau berkata, menerusi keringat wakil rakyat yang sedia ada, taraf kehidupan rakyat telah jauh berubah dan mereka berada di landasan yang betul jika mengekalkan calon terbabit.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda