Tuesday, August 7, 2012

UMNO Akui Sarawak Ditadbir Dengan Baik Di Bawah Taib Mahmud!

Ahmad Maslan berkata demikian semasa merasmikan Program Asyura 1Malaysia di Kuching semalam.  Walaupun lompat parti ini serius namun ia tidak akan berlaku di Sarawak memandangkan Sarawak ditadbir dengan baik di bawah Ketua Menteri Sarawak.  Kebanyakan isu lompat parti ini adalah untuk kepentingan peribadi dan tidak memikirkan masa depan rakyat yang diwakili oleh mereka!!

Semoga lebih ramai wakil rakyat yang bertangggungjawab dan memikirkan nasib rakyat sebelum mereka berniat untuk melompat parti kerana yang susah kelak adalah rakyat di kawasan mereka juga!!!
Tindakan lompat parti tidak akan berlaku di Sarawak

Utusan Borneo 6 Ogos 2012, Isnin

KUCHING: Tindakan lom­pat parti membabitkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah sebelum ini tidak akan berlaku di Sarawak, kata Ketua Pen­erangan BN Datuk Ahmad Maslan.Beliau berkata, keyakinan itu disebabkan budaya poli­tik di negeri ini berlainan berbanding di Sabah selain ditadbir dengan baik di ba­wah Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Saya bersama ahli politik lain berpandangan, apa yang berlaku di Sabah tidak akan terjadi di Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas Program Asyura 1Malaysia di sini, semalam.

Ahmad berkata demi­kian bagi mengulas men­genai keputusan Ahli Parli­men Beufort Datuk Lajim Ukin meletak jawatan dalam UMNO dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Bum­buring sebagai Timbalan Presiden Pertubuhan Pa­sokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

Menurutnya, meskipun kepimpinan BN memandang serius tindakan kedua-dua pemimpin tersebut namun ia tidak menjejaskan perjuan­gan parti pemerintah.

“BN tetap kukuh dan teguh. Sebenarnya mereka (Pakatan Rakyat) bergoyang.

“Ia tidak menggusarkan walaupun kami meman­dang serius perkara ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, sebe­narnya pembangkang mem­punyai lebih ramai wakil yang keluar parti dan kini menjadi ahli bebas.

“Sudah 13 wakil pembang­kang yang terdiri daripada enam Ahli Parlimen dan tujuh Ahli Dewan Undangan Neg­eri (ADUN) menjadi bebas.

“Setakat ini, hanya empat wakil BN keluar merangkumi di Sipanggar dan Tawau kerana tertipu dengan ran­cangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Lajim dan Wilfred disebabkan masalah peribadi,” jelasnya.

Justeru katanya, tuduhan BN tidak membangunkan Sabah adalah tidak benar.

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan, pihak pem­bangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) tern­yata gagal untuk memenangi hari rakyat negeri ini. “Ini jelas terbukti apabila pada Pilihan (Dewan Un­dangan) Raya Negeri lepas, parti ini yang bertanding di 49 kerusi hanya menang tiga daripadanya.

“Dari segi rekod sudah nampak bahawa parti ini tidak diterima oleh rakyat Sarawak,” jelasnya.

Pada program berkenaan, sebanyak 800 bubur asyura diagihkan kepada penduduk setempat di sekitar Kampung Pinang Jawa.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda