Thursday, November 1, 2012

Anak Sarawak Isi Kekosongan Dalam SPA Sarawak!

Berkat usaha berterusan menggunakan perundingan sebagai modus operandi akhirnya kata sepakat dapat dicapai.  Kini SPA akan melantik anak tempatan untuk mengisi jawatan kosong di Sarawak berkuatkuasa dengan serta-merta.  

Semoga lebih banyak rundingan akan diadakan untuk memastikan nasib anak Sarawak terbela di negeri sendiri!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Lantik Anak Tempatan Isi Jawatan Kosong Di Sarawak

KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Berkuatkuasa serta merta, jawatan kosong dalam perkhidmatan awam persekutuan bagi kumpulan sokongan gred satu hingga gred 40 di Sarawak akan diisi oleh anak tempatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mesyuarat SPA bersama wakil jabatan persekutuan di Sarawak, dan wakil-wakil badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Graduan Dayak Sarawak, Persatuan Kayan Sarawak, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak diadakan di sini, pada Selasa.

"Hasil mesyuarat tersebut, kita telah berjanji jawatan kosong persekutuan melalui lantikan oleh SPA di Sarawak, akan diisi orang Sarawak sendiri.

"Keputusan yang dibuat bukan satu masalah besar untuk dilaksanakan, kerana jika kita lantik orang Semenanjung untuk mengisi jawatan sokongan contohnya seperti kerani, masalah logistik dan penempatan mungkin pula akan timbul, jadi lebih baik lantikan dibuat berdasarkan lokaliti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Temuduga SPA Malaysia cawangan Kuching di sini, hari ini.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda