Friday, November 9, 2012

Malu! Kanopi Untuk Sekolah Pun DAP Tidak Mampu Berikan!

DAP semakin merosot selepas Pilihan Raya Negeri.  Sekarang ini mereka gagal memberikan apa-apa bantuan kepada rakyat.  Mereka cuma mampu menunding jari ke jalan berlubang! 

Sekiranya terjumpa sampah, sepatutnya mereka harus membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan bukan hanya mengambil gambar sampah tersebut!  Inilah budaya DAP sekarang.  Mereka cuma mampu menunjuk jari ke arah sampah!  Jangan harap mereka akan mengutip sampah tersebut tetapi mereka akan bercerita mengenai sampah tersebut sahaja kerana mereka ini tidak berfikiran positif langsung!

Adakah sikap demikian yang dicari dalam pemimpin masyarakat?  Sedangkan membeli kanopi untuk sekolah pun tidak mampu dibuat, apakan pula untuk membina jalan raya?   Sungguh malang nasib pengundi di Piasau.  Jalan di Mee Jawa Kampung Pulo Melayu pun tidak mampu dibaik pulih yang cuma sekangkang kera inikan pula jalan di KFCK di Piasau!

Bagaimanakah Pusat Khidmat DUN Piasau ini prihatin kepada hasrat pengundi Piasau?  Ini menandakan DAP akan tumbang di Piasau kerana masih mengamal pilih kasih dan berfikiran negatif!! 

Pusat Khidmat Hii King Chiong bantu SK Pulau Melayu dapatkan kanopi

Utusan Borneo 9 November 2012, Jumaat
Muka Glamer DAP Piasau

MIRI: Pusat Khidmat Hii King Chiong akan membantu SK Pulau Melayu mendapatkan kanopi untuk keperluan pelajar ketika berolahraga di sekolah dan Stadium Terbuka Miri.

Usahawan Hii King Chiong berkata, pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) telah mengemukakan permohonan kepada pusat beliau berhubung perkara itu.

“Pihak PIBG meminta kerjasama saya untuk mendapatkan empat kanopi untuk mereka dan saya bersetuju untuk membantu mereka,” jelas Hii ketika melawat sekolah berkenaan semalam.

Yang Dipertua PIBG Lalita Henry memberitahu, sekolah memerlukan kanopi untuk keperluan atlet sekolah ketika kejohanan olahraga di Stadium Terbuka Miri.

“Murid-murid dan guru tidak mempunyai kanopi untuk berlindung. Sebab itu kami memohon empat unit kanopi untuk kemudahan murid tersebut,” jelasnya.

Selain itu kanopi ini juga boleh digunakan semasa acara padang yang diadakan di padang sekolah serta untuk aktiviti di luar bangunan seperti semasa mesyuarat, perjumpaan, permuafakatan bersama ahli, warga sekolah, sekiranya dewan sekolah yang digunakan tidak mencukupi.

Mengulas tentang permintaan sekolah tentang projek meratakan padang sekolah, Hii berkata pusat beliau akan cuba membantu menjayakan hasrat tersebut.

Padang sekolah berkenaan berlubang, becak dan tidak selamat digunakan oleh warga sekolah ketika hari hujan.

Ini menyukarkan akti-viti murid terutama apabila mereka menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, permainan dan sukan terutama pada hari kokurikulum pada setiap hari Rabu.

1 comments:

  1. Kata pepatah melayu. "Kuman diseberang jalan nampak tapi gagah disisi tak kelihatan". Kontraktor kutipan sampah ada , kontraktor repair jalan pun ada. Kanopi biasanya kita sewa dr jkr atau pembekal yg menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi dan pelbagai alatan. Kanopi kalo dr jkr free jak. HKC atau ST adalah dua saingan utk jd calon pru13 akan dtg. ST calon pilihan supp manakala HKC calon pilihan CM. Jd tak heranlah bermurah hati menderma sekarang utk memikat hati pengundi. Kenapa sebelum ini nama mereka tdk timbul sebagai org yg pemurah hati. Fikir2lah. Mi swak tanpa udang bukanlah mi swak namanya.

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda