Thursday, November 1, 2012

Bah Berdudon 1 Malaysia P.218 Sibuti


Orang ramai khususnya golongan belia dijemput untuk memeriahkan lagi Bah Berdudon 1 Malaysia yang akan disempurnakan oleh  YB Haji Ahmad Lai, Ahli Parlimen Malaysia P.218 Sibuti pada 3 Oktober 2012.

Acara ini akan bermula pada 2 Oktober 2012 di Balai Raya Kampung Tanjung Belipat, Niah dengan menghidangkan aktiviti seperti Karaoke, Ratu cantik dan pelbagai lagi persembahan sambil beramah mesra.  

Pada keesokan harinya pula terdapat konvoi "Julang Jalur Gemilang" yang berlepas dari Stadium Miri dan akan disertai oleh belia dari Miri, Bakam, Bekenu, Taman Negara Niah dan berkumpul di destinasi akhir iaitu Kampung Tanjung Berlipat, Niah. 

Berita gembira buat bakal penerima BR1M 2.0 di mana pihak LHDN akan membuka kaunter pendaftaran untuk mengambil nama penerima bantuan sebanyak RM 250 bagi meringankan lagi beban mereka.  


Terdapat juga agensi kerajaan yang hadir untuk berkongsi maklumat dan membantu meringankan beban dengan memberi penerangan dan memaklumkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan buat mereka. 

Bah tunggu apa lagi, Bah Berdudon 1 Malaysia di Tanjung Berlipat, Niah di mana Ahli Parlimen kita iaitu YB Haji Ahmad Lai akan memimpin pendapat rakyat untuk kesejahteraan dan kemakmuran Sibuti.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda