Kalau di Semenanjung cukup sekadar pemimpin pembangkang memberi gelaran penerima BR1M sebagai haiwan dan istilah Firaun turun dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi PAS tetapi lain pula halnya di Sarawak.
Senarai penerima BR1M dari kawasan Parlimen Sibuti yang dipamerkan di Stadium Tertutup turut menjadi mangsa khianat oleh pihak tertentu.
Keadaan ini akan menyukarkan lagi serta mungkin menimbulkan pelbagai masalah apabila senarai nama penerima BR1M tidak jelas kerana dibakar!
Mujurlah perkara ini disedari lebih awal sebelum menimbulkan kerumitan sewaktu pengagihan BR1M fasa 2 di Sibuti esok. Laporan polis akan dibuat agar orang yang sabit kesalahan akan didenda dan dikenakan hukuman yang setimpal.
0 comments:
Post a Comment