Wednesday, February 13, 2013

Sarawak Lebih Bijak Dalam Memilih BN!

Jangan sekali-kali kita benarkan Sarawak menjadi seperti Penang dan Selangor.  Janganlah kita mudah terpedaya dengan janji politik pembangkang yang cuma pandai berjanji.  Manifesto pihak pembangkang cumalah khabar angin semata-mata dan bukan janji untuk kebahagiaan dan kemakmuran negara.

Pihak pembangkang tiada kepakaran dalam mentadbir negeri inikan pula untuk mentadbir sebuah negara.  Semoga kita tidak mudah terpengaruh dengan budaya penipu pihak pembangkang yang datang ke Sarawak cuma pada musim Pilihan raya sahaja!
Jangan biar Sarawak jatuh: KM

by Clare Cinderella. Utusan Borneo



DEMI KEMAKMURAN: (Dari kanan) Chin, David, Toh Puan Norkiah, Tun Salahuddin, Taib, Ragad dan Hii menggaul ‘Yee Sang’ sebagai tanda perpaduan dan kemakmuran berterusan pada majlis tersebut.

MIRI (13 Feb): Kerajaan yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam mengurus dan mentadbir sebuah negeri yang besar seperti Sarawak hanya akan menjatuhkannya dan menghancurkan kemakmuran yang telah dicapai negeri ini.

Oleh yang demikian Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan rakyat negeri ini agar jangan sesekali memperjudikan kemakmuran yang telah dicapai oleh Sarawak dengan memilih kerajaan yang tidak pernah ada pengalaman menguruskan sebuah negeri.

“Kita tidak boleh membiarkan sahaja negeri ini jatuh ke tangan pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan rekod mentadbir negara dan tidak tahu cara untuk mengurus ekonomi negeri.

“Mereka tidak berupaya menghadapi cabaran mendatang dan oleh yang demikian kita tidak dapat membiarkan mereka menentukan masa depan kita,” katanya.

Sehubungan itu beliau mahu semua rakyat negeri ini terus bersatu di bawah kerajaan sedia ada iaitu Barisan Nasional (BN) sekali gus mengetepikan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan-persatuan Cina Bersekutu Sarawak Bahagian Miri di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin, beliau memberitahu bahawa pembangkang pernah menyuarakan keinginan untuk mengambil alih kerajaan sejak dua tahun lepas.

“Kita tidak kisah mana-mana kerajaan yang mentadbir, tetapi kita mahukan kerajaan yang terbaik, yang berupaya meneruskan pembangunan dan pada masa yang sama mampu menguruskan ekonomi dan berupaya menghadapi cabaran global,” katanya.

Justeru tanpa pengalaman dan rekod mentadbir kerajaan, pembangkang katanya tidak dapat menguruskan negeri ini dengan baik seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Taib yang juga pengerusi BN Negeri menegaskan bahawa kerajaan negeri akan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tetap menyokong kerajaan persekutuan daripada segala aspek untuk memastikan agenda pem bangunan dan transformasi dalam tempoh lima tahun akan datang berjalan lancar,” tambahnya.

Oleh yang demikian katanya rakyat di negeri ini khususnya kaum Cina perlu meneruskan sokongan dan kerjasama bagi menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa akan datang.

“Walau apa sahaja pandangan politik anda, saya mahu kemakmuran ini berterusan, sama ada semasa saya masih memimpin atau selepas waktu saya memimpin,” kata Taib.

Majlis berkenaan dihadiri tetamu kehormat Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.

Turut hadir isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, pemimpin parti komponen BN iaitu Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin, Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom, Presiden PRS Tan Sri James Masing, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu serta menteri-menteri kabinet lain.

Turut berucap pengerusi penganjur merangkap Timbalan Presiden Persatuan-persatuan Cina Bersekutu Sarawak Bahagian Miri Datuk David Goh Kien Ping dan Presiden Persatuan Hii Teck Yun.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda