Besar kemungkinan selepas lawatan kerja ke Sarawak, Perdana Menteri akan membubarkan parlimen. Ini untuk memastikan bahawa kubu kuat BN masih utuh di Sarawak.
Orang ramai turut sedar pihak pembangkang semakin tertekan sehingga sanggup menggodam laman web kerajaan. Anwar Ibrahim juga sudah mati akal akibat permainan politik kotor dan isu lapuk oleh pihak pembangkang. Nampaknya impian Anwar Ibrahim bakal musnah menjelang PRU13 dan beliau digalakkan bersara lebih awal sebelum ditampar oleh kekalahan PRU13 kelak!!
Lebih 5,000 orang dijangka hadiri majlis perjumpaan dengan Perdana Menteri
Utusan Borneo
MIRI (19 Feb 2013): Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri majlis bersama pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini pada 20 Februari ini (esok).
Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin yang juga Ahli Parlimen Miri diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula jam 8 malam.
Selain pemimpin kabinet pusat dan negeri, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Pengurus Eksekutif Eastwood Valley Golf & Country Club David Kong yang ditemui di sini semalam memberitahu bahawa pihaknya menyediakan 530 meja bagi menampung jumlah orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.
“Setakat ini persiapan berjalan lancar dan kami mahu memastikan yang terbaik bagi menyambut ketibaan pemimpin kesayangan rakyat ini nanti.
“Persiapan di dewan terbuka ini dijangka siap hari ini (semalam), manakala esok kami hanya perlu membantu menggantung poster-poster yang akan dibawa oleh pihak penganjur termasuk poster utama,” katanya.
Bagi mengelak kesesakan, David menasihati orang ramai datang lebih awal untuk memudahkan mereka memarkirkan kenderaan selain memastikan laluan menjadi lancar, semasa ketibaan rombongan Perdana Menteri.
David seperti juga penduduk Miri yang lain, amat teruja dengan kehadiran dan kunjungan Perdana Menteri ke sini dan berharap beliau (Najib) akan membawa khabar yang pastinya menggembirakan mereka.
Sementara itu, poster-poster Najib yang berpakaian Cina dengan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina, sudah mulai digantung di sepanjang Jalan Miri Bypass iaitu laluan ke Eastwood Valley Golf & Country Club dan Jalan Permyjaya-Kuala Baram yang menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.
Sempena lawatan kerja selama sehari ke Miri pada 20 Februari ini, Najib turut merasmikan SJK Chung Hua Tudan pada sebelah petangnya pada jam 4.30 petang.
Manakala pada sebelah malam, beliau akan bersama ribuan rakyat Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club.
Najib dijangka tiba di Miri pada jam 4 petang dengan disambut oleh lebih 1,000 penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri.
Najib akan meneruskan lawatannya ke Pusa dan Sri Aman pada 21 Februari untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama rakyat di sana.
Manakala pada sebelah malam hari yang sama beliau menghadiri Majlis Chap Goh Meh di Bandar Baharu Batu Kawa di Kuching.
Pada pagi 22 Februari, Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama anggota-anggota BN Sarawak di Hotel Pullman Kuching sebelum mengakhiri lawatan tiga harinya di Sarawak.
Beliau dijangka berlepas balik ke Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi.
0 comments:
Post a Comment