PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Saturday, December 29, 2012

Kemudahan Asas Infrastruktur di Sibuti Merangkumi 95% Menjelang 2013

Kemudahan asas infrastruktur di Sibuti sudah merangkumi sebanyak 75%.  Menjelang tahun 2013 pula sebanyak 95% kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan tenaga elektrik dan bekalan air paip bersih akan dipenuhi.  Baki 5% adalah lebihan daripada penempatan dan pembukaan kawasan baru yang tidak diambil kira semasa permohonan awal dibuat.  Namun demikian, penempatan baru sekarang ini sememangnya akan dilengkapi dengan kemudahan asas...

Thursday, December 27, 2012

Buaya Makan Manusia Patut Dihukum!!

Sekiranya manusia didapati membunuh sesama manusia maka manusia tersebut akan dihukum gantung sekiranya sabit kesalahan.  Bagaimana pula halnya dengan buaya yang membunuh manusia?  Buaya derhaka ini sepatutnya dibunuh juga.  Bagaimanakah perasaan seorang ibu apabila mendengar anaknya dilambung-lambung sebelum diratah badannya oleh buaya?  Seperti yang kita sedia maklum di kawasan tebing Sungai Iran, penduduk sekitarnya amat...

Sibuti Mohon Lebih Banyak Mesin ATM

Kawasan Parlimen Sibuti merupakan kawasan yang pesat membangun di bawah kerajaan Barisan Nasional.  Sehubungan dengan itu semakin banyak kegiatan ekonomi semakin tertumpu di kawasan tersebut.  Besarlah ertinya bagi warga Sibuti sekiranya pihak bank komersil yang terdapat di Malaysia untuk membuka cawangan mahupun mesin ATM di kawasan Sibuti.   Ini dapat menjimatkan lagi kos pengangkutan bagi warga Sibuti yang perlu mengeluarkan...

Kalau Tokong Mahu Tokong DAPat?

Kenapa isu kalimah Allah dipersoalkan oleh Tokong DAP Lim Guan Eng.  Sejak bila mereka berminat berbahasa Melayu? Orang Melayu yang dilantik dalam Majlis Tertinggi pun paling ramai berjumlah kurang daripada 10 orang!!!  Kalau kita lihat blog pemimpin DAPig semua boleh dikatakan mereka akan menggunakan bahasa mereka yang penuh rasis?   Memang benar isu kalimah Allah ini sekali lagi dipolemikkan untuk kepentingan DAPig semata-mata...

Tuesday, December 25, 2012

Bila DAP Jumpa PAS dalam Surau?

Apakah kandungan beg hitam di hadapat 3N? Nik Aziz, Nga dan Ngeh pernah bersemuka dalam surau membawa beg hitam?  Adakah ini ada kaitan dengan isu balak?  Ikutilah pendedahan oleh Jawa Bernam di bawah. BUKTI TERKINI!! NGA DAN NGEH PERNAH BERI NIK AZIZ 'HADIAH' DALAM SURAU!! Oleh Jawa Bernam Foto di atas mungkin gambar biasa. Cuma yang memusykilkan ialah sebuah bag berwarna hitam dan kelihatan sendat di depan 3N (Ngeh/Ngah/Nik). Kalau...

Thursday, December 20, 2012

Kafirkah Aku Akibat "Amanat Haji Hadi Awang"?

Kalau di Sarawak Hadi Awang, lulusan cemerlang Madinah mengutuk dan menghina orang Iban kerana memakai cawat semasa Pilihan Raya Kecil tetapi di Semenanjung, Hadi Awang juga mengkafirkan UMNO? Adakah ini bermaksud Hadi Awang sudah nyanyuk dan patut turun daripada memimpin PAS?  Kalau begitu sepatutnya Hadi Awang sudah meletakkan jawatan 30 tahun yang lalu!  Kenapa PAS masih berdiam diri?  Ikutilah pendedahan bekas ahli seumur...

Bukti Kelantan Bukan Negeri Berkebajikan!

PAS Kelantan yang mendakwa mereka memerintah PAS berkonsepkan negeri berkebajikan telah dibuktikan tidak benar oleh agensinya sendiri Perbadanan Kemajuan Ikitisad Negeri Kelantan (PKINK).  Ikutilah penulisan dibawah oleh detikperubahan.com yang menyingkap penyelewengan kerajaan PAS di Kelantan. Pegawai PKINK Sahkan Kelantan Bukan Negeri Berkebajikan December 19, 2012 Oleh Izrael Bin Abdullah KUANTAN – Hari ini jelas membuktikan bahawa...

Mana Janji PAS di Kampung Manek Urai?

Isu pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Rancah-Rancah  sepanjang 8 km dan menelan belanja lebih kurang RM 21.5 juta ringgit itu sudah dijelaskan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan negeri, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dalam Utusan Malaysia pada pautan ini. Kontraktor tersebut telah menjelaskan kepada Menteri Datuk Seri Michael Manyin bahawa keadaan bentuk muka bumi di kawasan tersebut melambatkan pembikinan...

Kerajaan Sarawak Bayar Pampasan Kepada Pemilik Tanah!

Siapa kata kerajaan Sarawak merampas tanah rakyat?  Lihatlah di Sebuyau, kerajaan telah membayar pampasan kepada pemilik tanah yang telah dikenal pasti berdasarkan harga pasaran semasa.  Kerajaan juga berharap tiada individu yang menentang projek pembangunan yang dibawa oleh kerajaan terutama sekali dalam pembikinan jalan raya berturap mahupun melebarkan jalan raya.  Ini kerana jalan tersebut akan digunakan untuk menghubungkan kampung-kampung...

Monday, December 10, 2012

Mari Derma Darah di Permy Mall

Orang ramai dijemput untuk hadir ke Permy Mall pada 16 Disember ini untuk bersama-sama menderma darah.   Acara yang dianjurkan oleh The Miri Community Mass Blood ini mensasarkan 100 pain dari warga Miri.  Semoga usaha murni mereka ini berhasil menyambung nyawa mereka yang memerlukan darah! Orang ramai dijemput sertai kempen menderma darahUtusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin MIRI: Orang ramai adalah dijemput bagi menyokong...

PKR Agih Kitab Injil Di Saratok

Mungkin  Ali Biju sahaja yang layak di Parlimen Saratok? Sekiranya benar sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Haram begitu kuat kenapa tiada nama calon yang lain untuk bertanding di Parlimen Saratok?  Dia juga jadi ADUN dia juga jadi Ahli Parlimen?   Kalau macam ini memang tidak adalah orang yang layak lagi di Saratok kecuali Ali Biju sahaja kan? PKR di Semenanjung kita dapati akidah semakin terpesong dengan menyokong...

Thursday, December 6, 2012

JKKK Lambir Siap Sedia Hadapi Musim Landas

 Setiap ahli JKKK di Lambir digesa untuk bersiap-sedia menghadapi musim landas.  Ini kerana cuaca buruk yang tidak menentu mungkin akan mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan rendah.   Meskipun agensi kerajaan akan membantu sekiranya banjir berlaku namun pihak JKKK diminta untuk bersedia memberi bantuan bagi memudahkan proses perpindahan ke kawasan lebih tinggi sekiranya banjir melanda.   Walaupun pada masa...

Wednesday, December 5, 2012

Kubah Bocor Masjid At- Taqwa Bakal Dibaikpulih

Berkat kesabaran dan doa, akhirnya Masjid At- Taqwa menerima peruntukan sebanyak RM 500,000 oleh kerajaan persekutuan. Ini untuk membaik pulih struktur masjid terutama sekali kubah masjid yang bocor dan menimbulkan masalah apabila hujan turun.    Beruntunglah ada pihak yang menghulurkan bantuan sedikit sebanyak mampu mempercepatkan proses pemuliharaan Masjid At-Taqwa yang menjadi simbol perpaduan umat Islam di Miri.   Kerajaan...

Tuesday, November 27, 2012

Ada Ku Kisah? DAP Masih Bermimpi di Siang Hari di Sarawak!!

DAP masih bermimpi di siang hari!  Walau siapa pun calon yang diletakkan di Serian mahu pun Sri Aman, selagi Hadi Awang tidak pakai cawat dan selagi laman web pemimpin DAP tidak ditulis dalam bahasa Iban mahu pun Bidayuh maka DAP tetap rasis.   Sekiranya DAP memang mahu memperjuangkan masyarakat Dayak maka tukarlah imej laman web pemimpin mereka yang asyik merapu dalam bahasa cina?  Gunakanlah bahasa kebangsaan untuk pemahaman...

Terung dan Buah Dabai Jadi Harta!

Pasti ada yang teringat kelazatan buah dabai yang lemak dan bersalut garam.  Tidak kurang juga terung asam atau terung dayak yang direbus dengan ikan, kunyit, cili untuk menjadi lempah asam. Kini terung dayak dan buah dabai sudah diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak.  Ini boleh diperolehi di bawah Petunjuk Geografi atau (GI) yang menjadi salah satu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO). Semoga lebih banyak usaha sedemikian...

Baca Blog Dalam Facebook Anda