PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Tuesday, November 27, 2012

Ada Ku Kisah? DAP Masih Bermimpi di Siang Hari di Sarawak!!

DAP masih bermimpi di siang hari!  Walau siapa pun calon yang diletakkan di Serian mahu pun Sri Aman, selagi Hadi Awang tidak pakai cawat dan selagi laman web pemimpin DAP tidak ditulis dalam bahasa Iban mahu pun Bidayuh maka DAP tetap rasis.  

Sekiranya DAP memang mahu memperjuangkan masyarakat Dayak maka tukarlah imej laman web pemimpin mereka yang asyik merapu dalam bahasa cina?  Gunakanlah bahasa kebangsaan untuk pemahaman bersama!

Ada ku kisah? 
DAP akan meletakkan calon di Serian dan Sri Aman

Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan meletakkan calon di kerusi Parlimen Serian dan Sri Aman Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Usaha untuk menawan dua kawasan luar bandar itu turut mendapat sokongan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika berucap pada ceramah DAP di pekan Serian malam Sabtu lepas.

Susulan sokongan itu, secara tidak langsung mengesahkan Edward Andrew Luwok sebagai calon Serian dan Leon Jimat Donald sebagai calon Sri Aman.

“Leon dan Edward tidak akan lari daripada cabaran dan mereka akan berjuang demi rakyat tidak seperti ahli politik BN.

“Justeru, tolong janji dengan saya bahawa anda akan menyokong mereka apabila mereka mengharungi Pilihan Raya Umum kelak,” katanya.

Jika dimuktamadkan kelak, ini merupakan kali pertama DAP bertanding di kerusi Serian dan Sri Aman yang mana mendapat minat daripada PKR yang juga merupakan salah satu daripada parti Pakatan Rakyat.

Serian kini diwakili oleh Timbalan Presiden SUPP Datuk Richard Riot untuk tempoh lima penggal manakala Sri Aman disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi PRS Masir Kujat sejak 2008.

Dianggarkan sekitar 1,000 orang penyokong berkumpul untuk mendengar ceramah itu malam Sabtu lepas di hadapan Pusat Khidmat DAP Serian yang merupakan sebahagian daripada agenda DAP menawan kawasan luar bandar.

Terung dan Buah Dabai Jadi Harta!

Pasti ada yang teringat kelazatan buah dabai yang lemak dan bersalut garam.  Tidak kurang juga terung asam atau terung dayak yang direbus dengan ikan, kunyit, cili untuk menjadi lempah asam.

Kini terung dayak dan buah dabai sudah diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak.  Ini boleh diperolehi di bawah Petunjuk Geografi atau (GI) yang menjadi salah satu Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).

Semoga lebih banyak usaha sedemikian diteruskan untuk menonjolkan lagi imej Sarawak di mata dunia.
Buah Dabai
Terung Dayak
Terung Dayak, dabai diiktiraf sebagai harta intelek Sarawak

Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa

MIRI: Terung Dayak yang juga dikenali sebagai terung asam dan dabai kini sudah diiktiraf dan didaftarkan sebagai harta intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI), yang juga merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pengerusinya Datuk Abdul Manan Ismail memberitahu kedua-dua buah sayuran berasal dari Sarawak itu merupakan yang terbaharu di antara tujuh tumbuhan asal negeri ini yang telah dilindungi hak miliknya dan didaftarkan di bawah GI.

“Kesemua tujuh tumbuhan asal Sarawak itu telah dipohon oleh kerajaan negeri untuk dilindungi sebagai harta intelek negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri Sarawak,” katanya.

Manakala produk kelapan dari negeri ini yang turut dilindungi dan telah didaftarkan sebagai harta intelek negara ialah produk paling popular, kek lapis Sarawak.

Selain dabai dan terung Dayak, lima tumbuhan asal lain negeri ini yang turut dilindungi ialah tiga jenis beras termasuk Bario, lada (hitam dan putih) serta sejenis herba yang hanya tumbuh di negeri ini.

“Apabila kesemua produk ini telah didaftarkan sebagai harta intelek, maka mudah bagi kita untuk memasarkannya sama ada dalam negeri mahupun ke pasaran antarabangsa dan secara tidak langsung menjadi cap dagangan dari negeri Sarawak dan negara ini.

“Bagaimanapun saya dapati masih banyak produk unik negeri ini dan hanya terdapat di Sarawak, yang masih belum didaftarkan sebagai harta intelek seperti garam tanah tinggi dan epal Ba’Kelalan,” katanya kepada pemberita di sini, selepas merasmikan Seminar Kesedaran Harta Intelek di sini, semalam.

Sehubungan itu Abdul Ma-nan meminta pihak berkaitan seperti industi kecil dan sederhana (IKS) mengenal pasti produk unik ini dan mendaftarkannya dengan segera sebagai harta intelek bagi melindungi hak milik Sarawak.

Pada masa ini tambahnya, garam tanah tinggi yang hanya terdapat di Bario dan Ba’Kelalan serta epal Ba’Kelalan masih belum didaftarkan lagi.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Abdul Manan memberitahu bahawa kerajaan melalui MyIPO akan memperkenalkan Model Penilaian Harta Intelek (IP Valuation Model) kepada rakyat negara ini, sebagai langkah mengiktiraf peranan harta intelek dalam pembangunan ekonomi negara.

“Di bawah Belanjawan 2013, MyIPO telah diperuntukkan sebanyak RM19 juta untuk melatih penilai-penilai harta intelek tempatan.

“Usaha ini akan membantu syarikat tempatan khususnya IKS, mengukuhkan lagi keupayaan perniagaan dan pengkomersilan produk mereka,” katanya.

Mengenai pemahaman terhadap kepentingan harta intelek di kalangan masyarakat di negeri ini, beliau berkata peningkatan statistik permohonan cap dagangan yang difailkan di Sarawak membuktikan kesedaran golongan peniaga semakin bertambah.

“Saya difahamkan sehingga Oktober 2012, sebanyak 404 permohonan harta intelek telah difailkan berbanding 301 bagi tempoh yang sama pada 2011, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 34 peratus,” tambahnya.

Apabila Anwar Sokong Israel, Taib Sentiasa Sayang Palestin!!

Ketua Menteri Sarawak tanpa segan silu menunjukkan pendirian beliau yang prihatin terhadap ancaman Israel ke atas Palestin.  Beliau juga telah melancarkan Tabung Sayang Gaza Sayang Palestin!

Bukan seperti Anwar Ibrahim yang kini mungkin diketepikan daripada calon Perdana Menteri oleh pembangkang dan digantikan oleh Hadi Awang?  Mungkin Hadi Awang perlu memakai cawat juga kalau tidak penduduk Sarawak tidak mungkin akan menghormati beliau yang pernah menconteng arang ke muka rakyat di bumi Kenyalang!

Semoga usaha murni Ketua Menteri Sarawak ini diberkati Allah dan Palestin akan sentiasa aman dan tiada lagi ancaman oleh kekejaman Israel!
Taib lancar Tabung Sayang Gaza Sayang Palestin

Utusan Borneo 27 November 2012, Selasa

PRIHATIN: Taib turut tidak ketinggalan menyumbang kepada Tabung Sayang Gaza Sayang Palestin.

KUCHING: Global Club of Malaysia semalam mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Kompleks Dewan Unda-ngan Negeri (DUN).

Rombongan yang diketuai Datuk Idris Buang turut membawa Tabung Sayang Gaza Sayang Pa-lestin dan pada masa sama memberikan selempang kepada Ketua Menteri.

Menurut Idris, kunjungan tersebut adalah untuk memberi penghormatan kepada Ketua Menteri melancarkan tabung tersebut.

“Bermula hari ini kami akan menempatkan tabung ini di DUN sehingga persidangan berakhir,” katanya kepada pemberita semalam.

Pada masa sama kelab tersebut turut mengunjungi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Semasa kunjungan tersebut, rombongan terbabit turut membawa beberapa kanak-kanak untuk meningkatkan kesedaran tentang kesengsaraan melibatkan rakan seusia mereka di Gaza.

Tabung tersebut diperkenalkan untuk membantah tindakan kejam Israel terhadap masyarakat Islam.

Friday, November 23, 2012

OUNA Minta Dibawa Berkongsi Idea Demi Kemajuan Orang Ulu!

Orang Ulu semakin lantang bersuara dengan adanya sokongan daripada kerajaan.  Mereka minta dibawa berkongsi idea dalam apa juga isu yang berkaitan dengan Orang Ulu khsusunya.  Ini adalah petanda baik bahawa kerajaan semakin prihatin terhadap setiap kaum dan berkemungkinan besar akan wujud jawatan Temenggung bagi menghargai kaum Orang Ulu.  

Syabas di atas usaha kerajaan Sarawak yang membangunkan komuniti dan juga negeri ini dengan aman dan saksama.
Orang Ulu di Baram ikrar sokong projek empangan hidroelektrik

Utusan Borneo November 22, 2012, Khamis

KUCHING: Masyarakat Orang Ulu di Baram semalam menyatakan ikrar mereka untuk menyokong usaha kerajaan negeri meneruskan projek empangan hidro elektrik di situ.

KONGSI IDEA: Abu Bakar menjelaskan sesuatu kepada Taib mengenai cadangan masyarakat Orang Ulu semasa pertemuan, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang (kiri) serta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Baram, Datuk Jacob Dungau Sagan (kanan). — Gambar Chimon Upon

Presiden Persatuan Orang Ulu Kebangsaan (OUNA) Datuk Abu Bakar Abdullah percaya, pembinaan empangan hidroelektrik Baram akan menguntungkan masyarakat Orang Ulu yang tinggal di kawasan tersebut dalam jangka panjang.

“Kami menyokong kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan projek empangan hidroelektrik di Baram kerana ini akan membawa kemajuan kepada masyarakat Orang Ulu.

“Jika projek empangan hidroelektrik Baram tidak diteruskan, masyarakat Orang Ulu akan terus menghadapi masalah seperti tiada pembinaan jalan dan tiada bekalan elektrik.

“Apabila masyarakat Orang Ulu di Baram menikmati semua kemudahan dan prasarana asas, mereka tidak perlu berhijrah ke kawasan lain,” katanya ketika ditemui semasa mengetuai rombongan masyarakat Orang Ulu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Abu Bakar berkata, masyarakat Orang Ulu di situ hanya mahukan situasi yang menguntungkan semua pihak dan yakin projek itu berobjektif demikian.

Beliau turut menegaskan masyarakat Orang Ulu di Baram tidak pernah membantah pembinaan empangan hidro-elektrik Baram, tetapi mereka mahu dibawa berunding kerana projek tersebut akan menjejaskan mereka.

“Jika boleh, kami mahu kerajaan negeri mengambil kira pendapat rakyat sebelum mereka meneruskan projek empangan hidroelektrik itu,” katanya.

Masyarakat itu, ujar beliau, juga ingin meminta kerajaan negeri menimbang pelantikan ketua-ketua masyarakat Orang Ulu di Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang kerana ramai daripada mereka sudah berhijrah ke kawasan-kawasan tersebut.

“Kita juga memerlukan seorang temenggung dari suku kaum Kenyah di Baram dan Belaga,” tambahnya.

Selain itu, katanya, bagi menggalakkan aktiviti ekonomi dan membolehkan masyarakat Orang Ulu maju di kawasan sendiri, mereka mahu kera-jaan negeri menyediakan bantuan pertanian kepada mereka.

“Selain itu, kita juga mahu kerajaan negeri menimbang untuk menyediakan tanah dan bantuan pertanian kepada masyarakat kita yang memeluk agama Islam,” katanya.

Seramai 150 masyarakat Orang Ulu dari seluruh negeri, termasuk 30 ketua masyarakat, melakukan kunjungan ke atas Ketua Menteri diketuai Abu Bakar, semalam.

Friday, November 9, 2012

Malu! Kanopi Untuk Sekolah Pun DAP Tidak Mampu Berikan!

DAP semakin merosot selepas Pilihan Raya Negeri.  Sekarang ini mereka gagal memberikan apa-apa bantuan kepada rakyat.  Mereka cuma mampu menunding jari ke jalan berlubang! 

Sekiranya terjumpa sampah, sepatutnya mereka harus membuang sampah tersebut ke dalam tong sampah dan bukan hanya mengambil gambar sampah tersebut!  Inilah budaya DAP sekarang.  Mereka cuma mampu menunjuk jari ke arah sampah!  Jangan harap mereka akan mengutip sampah tersebut tetapi mereka akan bercerita mengenai sampah tersebut sahaja kerana mereka ini tidak berfikiran positif langsung!

Adakah sikap demikian yang dicari dalam pemimpin masyarakat?  Sedangkan membeli kanopi untuk sekolah pun tidak mampu dibuat, apakan pula untuk membina jalan raya?   Sungguh malang nasib pengundi di Piasau.  Jalan di Mee Jawa Kampung Pulo Melayu pun tidak mampu dibaik pulih yang cuma sekangkang kera inikan pula jalan di KFCK di Piasau!

Bagaimanakah Pusat Khidmat DUN Piasau ini prihatin kepada hasrat pengundi Piasau?  Ini menandakan DAP akan tumbang di Piasau kerana masih mengamal pilih kasih dan berfikiran negatif!! 

Pusat Khidmat Hii King Chiong bantu SK Pulau Melayu dapatkan kanopi

Utusan Borneo 9 November 2012, Jumaat
Muka Glamer DAP Piasau

MIRI: Pusat Khidmat Hii King Chiong akan membantu SK Pulau Melayu mendapatkan kanopi untuk keperluan pelajar ketika berolahraga di sekolah dan Stadium Terbuka Miri.

Usahawan Hii King Chiong berkata, pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) telah mengemukakan permohonan kepada pusat beliau berhubung perkara itu.

“Pihak PIBG meminta kerjasama saya untuk mendapatkan empat kanopi untuk mereka dan saya bersetuju untuk membantu mereka,” jelas Hii ketika melawat sekolah berkenaan semalam.

Yang Dipertua PIBG Lalita Henry memberitahu, sekolah memerlukan kanopi untuk keperluan atlet sekolah ketika kejohanan olahraga di Stadium Terbuka Miri.

“Murid-murid dan guru tidak mempunyai kanopi untuk berlindung. Sebab itu kami memohon empat unit kanopi untuk kemudahan murid tersebut,” jelasnya.

Selain itu kanopi ini juga boleh digunakan semasa acara padang yang diadakan di padang sekolah serta untuk aktiviti di luar bangunan seperti semasa mesyuarat, perjumpaan, permuafakatan bersama ahli, warga sekolah, sekiranya dewan sekolah yang digunakan tidak mencukupi.

Mengulas tentang permintaan sekolah tentang projek meratakan padang sekolah, Hii berkata pusat beliau akan cuba membantu menjayakan hasrat tersebut.

Padang sekolah berkenaan berlubang, becak dan tidak selamat digunakan oleh warga sekolah ketika hari hujan.

Ini menyukarkan akti-viti murid terutama apabila mereka menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, permainan dan sukan terutama pada hari kokurikulum pada setiap hari Rabu.

Thursday, November 8, 2012

Mari Daftar BR1M 2.0 di Bekenu Hujung Minggu In!!!

Syabas di atas usaha YB Haji Ahmad Lai yang berjaya membawa kaunter LHDN ke Bekenu.  Ini bertujuan untuk memudahkan warga Sibuti khususnya di Bekenu untuk mendaftar bagi BR1M 2.0.

Kaunter ini akan dibuka mulai 9 November 2012 ini hingga 11 NOvember 2012.  Rebutlah peluang untuk mendaftar dan berikut adalah garis panduan untuk memastikan permohonan BR1M 2.0 ini tidak ditolak.

Bagi yang sudah menerima BR1M 1.0 maka pendaftaran telah dilakukan secara terus berdasarkan maklumat terkini dalam pangkalan data LHDN.  Sekiranya ada pertukaran alamat maka hendaklah mengisi BR1M 2.0 atau memaklumkan kepada LHDN.


Syarat Kelayakan BR1M 2013

Bujang


Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Isi Rumah

Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013

Pemohon baharu BR1M daftar 9-11 Nov

Utusan Borneo 8 November 2012, Khamis

MIRI: Para pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khususnya di kawasan Sibuti dialu-alukan untuk hadir ke gelanggang bola keranjang Bekenu pada 9 hingga 11 November nanti.

Ini bagi memudahkan urusan bagi pendaftaran BR1M 2.0 untuk para pemohon baharu yang belum menerima bantuan berkenaan.

Kaunter berkenaan adalah atas usaha Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Miri, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu.

“Kaunter yang dibuka pada ketiga-tiga hari berkenaan bakal memudahkan para pemohon baharu BR1M 2.0,” kata jurucakap berkenaan kepada Utusan Borneo semalam.

Jadual kaunter dibuka pada 9 November adalah dari jam 8 pagi hingga 2.30 petang sementara pada 10 & 11 November, kaunter dibuka bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

Para penerima BR1M yang lepas tidak perlu mendaftarkan diri mereka semula kerana telah didaftarkan secara automatik.

Sunday, November 4, 2012

Baca Blog Dalam Facebook Anda