Wednesday, April 25, 2012

Ahmad Lai Tepis Dakwaan Beliau Tidak Sihat!?!?!

Ahmad Lai memang tidak pernah mengambil cuti sakit!!?!?  Inilah dedikasi pemimpin yang patut dicontohi!!?  Sekiranya terdapat dakwaan yang memfitnah beliau adalah tidak sihat!?!? Jelas sekali itu adalah fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan beliau!!?

Sekarang ini serangan peribadi semakin banyak dihantar kepada Ahmad Lai  memandangkan beliau tidak mempunyai keburukan peribadi yang lain melainkan pernah jatuh sakit suatu ketika dahulu!?!?  

Namun demikian penyakit dahulu sudah mendapat rawatan yang sewajarnya dan tidak akan mengganggu tugas beliau sebagai ahli Parlimen Malaysia!?!?!  Lihatlah betapa banyaknya aktiviti beliau di kawasan Parlimen Sibuti umpama tenaga orang muda lagaknya sekarang!?!?!  

Inilah yang menyebabkan lebih banyak serangan peribadi dihantar ke atas kesihatan beliau!?!?!  Itulah sahaja modal pihak pembangkang!?!?!!?  Namun penyokong Ahmad Lai kenal benar akan prestasi beliau!!?!  Ahmad Lai sekarang sihat dan sentiasa bersedia untuk meneruskan kempen beliau di Sibuti!!?!?

Ahmad Lai tepis dakwaan tidak sihat
Posted on April 25, 2012, Wednesday

MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang menepis dakwaan yang mengaitkannya sebagai individu tidak sihat untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Beliau memberitahu, dakwaan sedemikian hanya merupakan spekulasi liar pihak tertentu yang berhasrat untuk menggugat kreabilitinya sebagai wakil rakyat di kerusi terbabit.

“Hampir empat tahun setengah saya berkhidmat untuk rakyat dan tidak pernah sekalipun saya mengambil cuti rehat berbanding wakil rakyat lain dan ia bukti kukuh bahawa saya sihat,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Ahmad Lai memberitahu, beberapa pihak sengaja mencari jalan untuk merebut kerusi itu termasuk mengeluarkan isu-isu peribadi bagi meraih sokongan rakyat.

“Sekarang adalah musim pilihan raya dan pelbagai pihak yang tidak sependapat dengan kerajaan akan mengeluarkan isu-isu tertentu termasuk menyerang peribadi calon untuk mendapat sokongan,” jelasnya.

Beliau seterusnya berkata, rakyat sememangnya sudah jemu dengan isu-isu lapuk yang dikeluarkan pihak tertentu bahkan mereka tetap menaruh kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan.

“Sekarang bukan isu merebut kerusi atau calon boleh menang, sebaliknya semua ahli komponen Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan kekuatan untuk mengekalkan kerusi yang dimiliki sebelum ini,” jelasnya.

Ahmad Lai kemudiannya menjelaskan mana-mana pihak yang menjadi duri dalam daging seharusnya kembali ke pangkal jalan dan menghayati matlamat asal kerajaan.

Menurutnya, masalah dalaman sesebuah parti hanya akan memberi ruang kepada parti lawan untuk mendapatkan sokongan rakyat dan ia perlu dielakkan serta-merta.

“Kita tiada masalah dalaman cuma parti luar khususnya pembangkang sengaja menggembargemburkan isu yang kononnya kita bermasalah,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad Lai Bujang telah menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) kepada 36 penerima melibatkan pertubuhan dan jawatankuasa kampung dengan jumlah keseluruhan geran RM122,000.

1 comments:

  1. Hai...kesihatan bukan ukuran...MP ini cukup kental dan bertenaga....so apa masalahnya? Ramai YB2 yang sihat walafiat tidak dapat melakukan kerja2 sebagai wakil rakyat seperti mana yang beliau lakukan untuk Sibuti...

    Pembakang melalak dalam senyap menyerang beliau...kalau nak dijadikan ukuran...paku dulang paku serpih...mengata orang dia yang lebih...KARPAL SIGH....macamana???? Nak pergi check in di tandas pun orang sorong...inikan pula nak melawat kawasan lagi tak mampu..Tiada isu berkaitan dengan kesihatan YB Sibuti ini...

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda