Sunday, April 1, 2012

Angkasawan PAS Naik Roket Maut Di Bulan!?!?!

 Angkasawan PAS maut di bulan?!?!  Roket mana yang mereka naik?!!?  Bulan mana hok mereka tuju?!!?  Sila ikuti kupasan rakan blogger Anak Merdeka di bawah!!??
Dua Angkasawan PAS maut di bulan kerana ingkar perintah parti
oleh Anak Merdeka

Fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963 ini jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa ianya menuntut setiap daripada ahli-ahli PAS perlu patuh serta taat kepada perjuangan parti demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Maknanya, biar selama mana sekalipun perjuangan yang mereka lakukan akan mencapai kejayaan walau apapun rintangan yang melintang didepan mata mereka harus teruskan perjuangan tanpa perlu mengubah biar seinci dasar yang telah dirangka oleh pemimpin parti yang terdahulu.

Namun, adakah PAS sekarang sejak di bawah Presidennya YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz masih berpegang kepada semua itu? Nyata tidak, sebab sejak PAS berkerjasama dan bergabung dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram Pembangkang parti itu jelas sudah melanggar prinsip atau dasar parti yang sepatutnya mereka sebagai pewarisnya pertahankan.

Kejadian dua orang pengikut PAS yang mati akibat terkena renjatan kuasa elektrik yang berlaku di Kampung Tengah, Bukit Panau Tanah Merah Kelantan semalam ketika sedang menaik dan memasang bendera parti PAS dan juga bendera parti DAP telah memberi petunjuk kepada kita semua betapa disebabkan gila kuasa mereka sanggup lakukan apa saja malah tidak sedar bahawa perbuatan memasang bendera kedua parti yang dulunya berseteru secara serentak sudah cukup untuk menyatakan bahawa PAS sendiri sudah mengingkari larangan yang mereka sendiri sebut suatu ketika dulu.

Tragedi yang menimpa Rosli Hussin, 47, dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, itu mungkin bukan kejadian yang pertama atau terakhir yang melibatkan PAS tetapi mana tahu selepas ini ada bermacam lagi kejadian yang tidak diduga akan menimpa Parti Islam Se-Malaysia itu selagi mereka terus menjalinkan kerjasama dengan DAP sebuah parti anti-Islam dan juga sebuah parti yang bersifat perkauman melampau.

Kejadian malang yang membawa padah kepada dua mangsa ini dari sumber blog Sungai Rapat Online

1 comments:

  1. Assalam shbt Pedang Sibuti.

    Tajuk yang amat melucukan dan menghiburkan.Walaupun dah ramai blog cerita pasal ini tapi tuan buat tajuk paling catchy sekali.Ini yang patut dilakukan bloggers cerita yg sama tapi diberi tajuk yg hebat...teruskan dan tahniah.

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda