Thursday, April 12, 2012

Mutu Perkhidmatan YB PBB Haji Ahmad Lai Sentiasa Unggul!!?!?

Mutu perkhidmatan Ahli Parlimen Sibuti memang unggul dan tidak perlu dipantau melalui SMS!!??  Lebih-lebih lagi SMS di dalam Bahasa Inggeris!?!!?  Sudah tentu ini permainan orang luar yang mahu menimbulkan huru-hara dalam parti PBB!!?!?   Namun jerat tersebut sudah dikesan oleh ahli PBB dan ianya terbukti bukan mainan dalaman parti!!!??

YB Haji Ahmad Lai merupakan ahli Parlimen yang berjiwa rakyat dan tidak perlu dikhuatiri mutu perkhidmatannya yang jauh lebih baik daripada ahli Parlimen PAS, PKR mahupun DAP yang kuat tidur!!!??  Sila rujuk gambar-gambar di bawah yang di ambil di sekitar wakil rakyat PKR!!?!?!  

Adun Sri Andalas (PKR)
Adun Kota Anggerik (PKR)
Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP)  dan Adun  Teratai Janice Lee Main Facebook?!
 Tetapi semua mereka tidak dapat mengalahkan Ketua Pembangkang, memang tidak tidur di dalam persidangan namun tidur dengan China Doll atau isteri orang lain?!?!!?

Ketua Pembangkang?!?!  Bila mahu bersumpah?!?!


PBB bukan dalang SMS tanya mutu perkhidmatan Ahmad Lai

Posted on April 11, 2012, Wednesday
Ahmad Lai di Kampung Opak

MIRI: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ternyata bukanlah dalang di sebalik kidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertanyakan mutu perkhidmatan wakil rakyat Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang yang berleluasa sejak hujung minggu lalu.
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni
Ketua Penerangan PBB Lambir Kaunselor Razak Joni mengesahkan ia bukanlah perbuatan ahli-ahli mereka.

“Tidak, ia (SMS) sudah tentu bukan datang daripada ahli kami (PBB),” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Menurutnya, SMS sebegitu tidak patut disebarkan kerana wakil rakyat berkenaan telah membuat yang terbaik di konstituensi Parlimen beliau.

“Sepatutnya tidak berlaku (sebar SMS) sebab beliau seorang wakil rakyat yang bekerja, banyak pembangunan telah dilaksanakan di Sibuti secara keseluruhannya dan memerlukan kesinambungan,” jelasnya.

Sementara itu, seorang ahli PBB Ranting Bekenu Mokhtar Ree turut menafikan SMS berkenaan daripada kalangan ahli PBB.

“Bukan daripada kalangan ahli, mungkin daripada beberapa pihak tidak bertanggungjab lain,” ujarnya.

Katanya, Ahmad Lai merupakan seorang wakil rakyat yang kerap turun padang dan melaksanakan tanggungjawabnya.

“Beliau telah memberikan yang terbaik kepada semua rakyat di konstituensinya, tidak mengira agama dan bangsa, tidak ada pilih kasih,” jelas beliau.

Mengenai SMS itu yang ditaip dalam bahasa Inggeris, ia bertanya tentang “adakah anda berpuas hati dengan mutu perkhidmatan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai”.

SMS juga mengkehendaki si penerima membalas jawapan sama ada mereka berpuas hati (ya) atau tidak berpuas hati (tidak) kepada si pengirim
.

1 comments:

  1. Admin ,Minta linkkan blog saya : www.dhanyaraam.blogspot.com Terima kasih

    ReplyDelete

Baca Blog Dalam Facebook Anda