Saturday, March 16, 2013

Abgimuddin Telah Dibuang Ke Laut?

Insiden Lahad Datu sepatutnya berlaku sewaktu pembubaran parlimen.  Malangnya terdapat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan sehingga penceroboh Sulu telah masuk terlebih awal daripada perancangan.  Berkemungkinan besar Musa telah melawan perintah Abgimuddin sehingga mereka telah melancarkan operasi terlebih awal.  

Berkemungkinan besar juga Abgimuddin telah dicampak ke laut semasa pelayaran kerana beliau tidak pernah turut serta dalam latihan ketenteraan tetapi mengambil kuasa daripada Musa?  

Berikut adalah pendedahan oleh Medan Info Kita.
UPDATES Lahad Datu - Pengganas Sulu Sebenarnya Rancang Mahu Serang Selepas Parlimen Bubar....!
Oleh Medan Info Kita
Hari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.

Menurut akhbar Utusan , kumpulan dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja Najib membubarkan Parlimen .

Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen bubar , adakah ini sandiwara dirancang kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ? Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13
Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak Pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas .

Dakwaan Wisma Putra semalam ada pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu .

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda