Wednesday, March 20, 2013

Bendera PAS Cuma Dipergunakan Sahaja?

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dijalankan oleh Utusan Sarawak, kebanyakan bendera PAS yang terpacak di sekitar Sibuti sebenarnya peringatan kepada BN untuk bekerja lebih lagi di Sibuti.  Mereka sedar dengan adanya bendera PAS yang berada di kawasan perumahan atau rumah panjang bukanlah bermaksud mereka tidak menyokong BN.  Bendera PAS cuma dipergunakan agar lebih banyak manfaat akan dibawa oleh BN ke kawasan mereka.

Contohnya dalam pengagihan tangki air 1 Malaysia yang kebanyakannya dilakukan oleh bukan orang parti yang mengakibatkan kawasan yang sudah mendapat air bersih menerima tangki tersebut.  Kontraktor banyak mengambil jalan mudah dengan mengedarkan tangki air ke kawasan yang mudah dihubung dengan jalan raya dan tidak akan menghantar tangki air ke kawasan yang sukar dihubungi.  Ini menyebabkan kawasan yang memerlukan tangki air belum lagi menerima tangki mereka disebabkan faktor logistik oleh pihak kontraktor.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.218 sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut dan pengagihan seterusnya akan memastikan kawasan yang benar-benar memerlukan akan menerima tangki air 1 Malaysia terlebih dahulu. 

PAS juga perlu sedar mereka sememangnya tiada peluang untuk menang di Sibuti kerana mereka tidak pandai mentadbir negeri.  Selagi BN masih berkubu di Sarawak selagi itulah Parlimen Sibuti menjadi kubu kuat BN.
Masyarakat Sibuti Tolak PAS
Utusan Sarawak 19/3/2013

ADUM LIU

BEKENU, Selasa – Masyarakat luar bandar Sibuti hanya lakukan lakonan drama sahaja untuk memberi sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana rakyat lebih pandai nilai kemampuan parti bersama sesesorang wakil rakyat yang mampu membela nasib rakyat.

Selain itu, kehadiran parti pembangkang ini (PAS) ke kawasan Sibuti ternyata tidak memberi sebarang kesan malah kehadiran mereka hanya menambah kebencian oleh masyarakat luar bandar terutamanya di kaawasan Sibuti.

Tinjauan Utusan Sarawak di sekitar pekan Bekenu dan Batu Niah bahawa PAS tidak mendapat sebarang simpati oleh masyarakat yang berbilang kaum dan agama kerana rata-rata orang ramai berkata PAS salah pilih kawasan dan negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal tiba.

Kehadiran kumpulan PAS bersama bakal calon mereka yang merupakan seorang lelaki Islam keturunan Iban hanya dalam bilangan kecil sahaja dan ramai daripada mereka bukan orang tempatan atau pengundi di kawasan Sibuti.

Dalam pemerhatian para Media luar bandar di Sibuti (Bekenu) memang PAS tidak diterima, rakyat cuma menyuruh mereka (PAS) bekerja yang kononnya mereka mampu membela nasib rakyat terutamanya tentang isu tanah dan isu remeh temeh di kawasan Saeh, Sebatu dan Bekelit.

Seorang ibu penduduk rumah panjang dari Sebatu Rh. Bangun (Batu Niah) yang mengbuhungi Utusan Sarawak berkata bahawa mereka tidak menyokong PAS walaupun nampak ada bendara PAS di depan rumah panjang seperti menguasai kawasan itu tetapi sebaliknya tidak.

Beliau yang enggan nama disiarkan dan berusia 40-an itu berkata, antara sebab kononnya rakyat sini menyokong PAS ialah kerana permohonan belum sampai umpamanya tangki 1Malaysia, jalan raya dan perlantikan tuai rumah.

Kita sememangnya mentedari hakikat proses permohonan sesuatu adalah lambat, walaupun sedemikian, namun peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sentiasa ada pada setiap tahun, jelasnya.

Kesimpulannya, dengan manifesto pembangkang yang janji kosong, rakyat juga lebih pandai menilai sesuatu yang benar menjadi pilihan mereka pada PRU Ke-13 kelak.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda