Wednesday, March 20, 2013

Bersama Upin dan Ipin di Bekenu Esplanade Hujung Minggu Ini!!

Upin dan Ipin akan bertandang ke Bekenu Esplanade untuk meraikan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia Bekenu.  Berbagai-bagai aktiviti menarik dan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah yang lumayan akan menanti anda.  Saksikanlah shufflle dan juga tarian gangnam beserta kempen ilmiah untuk menjadikan kita celik IT dan tidak mudah ditipu oleh tipu helah yang sedia ada dalam internet.  

Marilah kita bersama menjayakan Kempen Klik Untuk Menjadi Lebih Bijak!!

KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA DI BEKENU
19/3/2013 Utusan Sarawak
ADUM LIU

BEKENU, Selasa - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Karnival Jalur Lebar 1Malaysia dalam usaha mengeratkan lagi perpaduan bersatu padu di kalangan masyarakat yang berbilang kaum pada 23 dan 24 Mac depan.

Karnival ini akan diadakan di sekitar pekan Bekenu dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai perbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak SKMM nanti. Antara aktiviti itu ialah pameran, cabutan tiket bertuah dan persembahan pentara bersama artis jemputan.

Maskot Upin dan Ipin akan turut serta memeriahkan suasana karinival ini terutamanya bagi menarik kegembiraan kepada kanak-kanak yang minat dengan cerita Upin dan Ipin.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan turut dijangkakan hadir ialah Menteri Muda Pendidikan Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda