PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Friday, September 16, 2011

Ahmad Lai Pemimpin Yang Baik - Taib

Ahmad Lai sudah disahkan oleh Ketua Menteri untuk dicalonkan semula!!!??  Sekarang ini terpulanglah kepada Majlis Tertingi BN yang akan bersidang pada bulan Mac kelak untuk menentukan nasib ahli parlimen Sibuti ini!!??  Namun begitu prestasi beliau yang lepas telah menunjukkan kepimpinan yang baik dan berjiwa rakyat!!!  Sememangnya Ahmad Lai adalah calon pasti menang di Sibuti apabila PRU-13 kelak!!?

Taib akan cadangkan Ahmad Lai dicalon semula

Posted on September 16, 2011, Friday

SEPUPOK, NIAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberi jaminan akan mencadangkan kepada Perdana Menteri (PM) untuk mencalonkan semula Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya lihat Lai (Ahmad Lai) boleh memimpin dengan baik dan saya juga mendengar ramai pihak di sini yang meminta beliau terus bertanding pada pilihan raya akan datang, justeru saya akan merekomenkan beliau kepada PM untuk dicalonkan semula pada pilihan raya kelak,” ujar beliau.

Pun begitu menurut Taib, terpulang kepada PM untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut memandangkan beliau tidak mempunyai kuasa ke atas seorang Ahli Parlimen.

Beliau yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri berkata seorang pemimpin yang baik merupakan seorang pemimpin yang taat setia dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Ini kerana apabila memilih calon di kalangan pemimpin BN, saya akan mengutamakan mereka yang benar-benar boleh memimpin dan sentiasa bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Dalam situasi di sini, saya nampak Lai benar-benar boleh memimpin dan merupakan seorang pemimpin yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Melanggar Meja anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Niah dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat P218 Sibuti yang diadakan di Dewan Masyarakat Sepupok di sini petang semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Rosey Yunus, ADUN Lambir Ripin Lamat, Residen Miri Antonio Kahti Galis dan pengerusi penganjur Kaunselor Anuar Ahmad.

Dalam pada itu Taib turut mengingatkan semua pihak agar tidak mengamalkan politik kotor yang boleh merosakkan pembangunan dan menjejaskan perpaduan kaum di negeri ini.

“Dalam politik kita harus bertegas dan jangan biarkan politik kotor merosakkan segala pembangunan yang telah kita nikmati.

“Tolak semua politik yang menghasut rakyat supaya derhaka kepada kerajaan kerana sejak merdeka belum ada dalam sejarah, pemimpin mengkhianati rakyat sebaliknya ada pemimpin yang bergadai nyawa demi rakyat,” tegas beliau.

Sementara itu menurut Taib, Sarawak mempunyai kuasa terbuka yang menggabungkan kekuatan rakyat dan kekayaan buminya untuk terus membangun.

“Usaha rakyat dan kekayaan negeri harus dicantumkan untuk terus memajukan negeri ini pada masa akan datang,” katanya.

Baca Blog Dalam Facebook Anda