PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Abgimuddin Telah Dibuang Ke Laut?

Insiden Lahad Datu sepatutnya berlaku sewaktu pembubaran parlimen.  Malangnya terdapat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan sehingga penceroboh Sulu telah masuk terlebih awal daripada perancangan.  Berkemungkinan besar Musa telah melawan perintah Abgimuddin sehingga mereka telah melancarkan operasi terlebih awal.  

Berkemungkinan besar juga Abgimuddin telah dicampak ke laut semasa pelayaran kerana beliau tidak pernah turut serta dalam latihan ketenteraan tetapi mengambil kuasa daripada Musa?  

Berikut adalah pendedahan oleh Medan Info Kita.
UPDATES Lahad Datu - Pengganas Sulu Sebenarnya Rancang Mahu Serang Selepas Parlimen Bubar....!
Oleh Medan Info Kita
Hari rancangan Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo semakin terdedah satu persatu.

Menurut akhbar Utusan , kumpulan dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Akhirnya persoalannya mengapa sekarang baru pengganas Sulu mahu masuk ke Sabah telah terjawab dan ini berkait rapat dengan PRU 13 .sebaik saja Najib membubarkan Parlimen .

Kalau ia berkait rapat dengan dengan Parlimen bubar , adakah ini sandiwara dirancang kerajaan seperti mana dituduh Tian Chua ? Kerajaan tak untung pun jika negara berlaku huru-hara dan kucar kacir ketika PRU 13
Yang untung adalah pembangkang supaya boleh meraih sokongan dengan menabur kebencian rakyat kepada rakyat . Jadi , tuduhan media & perisikan Filipina mendakwa pembabitan pihak Pembangkang di Malaysia dalam isu pencerobohan ini terbukti ada asas .

Dakwaan Wisma Putra semalam ada pihak ketiga a.k.a Dalang disebalik pencerobohan ini memang saha dan mereka mahu negara ini kucar kacir di waktu menjelang PRU dengan mengunakan pencerobohan pengganas Sulu .

Lagi NGO Miri Kecam Tian Chua Pengkhianat!


Tian Chua yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam akaun twitter beliau mengenai sandiwara UMNO dan memperlekehkan anggota keselamatan yang bertempur dengan pengganas Sulu di Lahad Datu telah dikecam oleh rakyat.

Laporan polis juga telah dibuat diseluruh negara mengakibatkan beliau terpaksa diusung ke mahkamah untuk menjawab tuduhan tersebut.

Semoga Tian Chua akan dikenakan tindakan mahkamah yang setimpal dengan kelancangan mulut beliau yang menjadikan isu anggota polis terkorban sebagai satu sandiawara UMNO untuk melengahkan PRU13!

Bukan semua perkara yang berlaku harus dipolitikkan, sekiranya ia meliputi nyawa dan ancaman keselamatan negara.

Empat NGO di Miri kecam Tian Chua, buat laporan polis



MIRI (16 Mac 2013-Utusan Borneo): Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua menuduh insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara politik UMNO bukan hanya menimbulkan kemarahan rakyat di Semenanjung Malaysia tetapi juga di negeri ini.

Berikutan itu, empat laporan polis telah dibuat oleh empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini yang mengecam kenyataan Anggota Parlimen Batu itu sebagai tindakan menghasut.

Empat pertubuhan terbabit ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Miri, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Miri, Rukun Tetangga (RT) Piasau Jaya 2 dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Miri.

Semasa membuat laporan polis semalam, PEKIDA diwakili oleh pengerusinya, Sarbeni Japar, PBTM Miri diwakili Kawi Abos selaku pengerusi tetap, Samion Gani (pengerusi RT Piasau Jaya 2) dan Naziman Rahmat (setiausaha PBPM Miri).

Mereka berhimpun seawal jam 8.30 pagi dengan membawa gambar-gambar dan beberapa sepanduk yang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Tian Chua.

Ketika ditemui di pekarangan balai polis di sini semalam, kumpulan terbabit yang diwakili, Samion selaku jurucakap mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan segera terhadap Tian Chua termasuk melucutkan kewarganegaraannya yang dianggap sebagai pengkhianat negara serta bacul.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis lalu atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.

Empat kenyataan itu ialah serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat; insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO; menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah dan ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah terutama isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi, 1 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, Tian Chua didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

- Posted using BlogPress from my New iPad

Friday, March 15, 2013

7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat Dan Negara


Pembangkang pasti sedar mereka sudah melakukan 7 dosa besar kepada rakyat dan negara Malaysia. Antaranya

1- Membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam
2- Gagal menunaikan janji kepada rakyat
3- PAS Memberi DAP kebenaran untuk menggondol Tanah Tinggi Lojing
4- Mempermainkan matlamat perjuangan parti PAS
5- Pemimpin PKR Tian Chua memperlekehkan anggota keselamatan di Lahad Datu
6- Tahaluf Siyasi, kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP
7- Tiada semangat patriotik kepada negara

Ini adalah hasil PAS dan DAP bersekongkol dengan PKR. Inilah akibatnya membenarkan Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri tanpa sebarang undian sebelum menjadi ketua. Inilah juga akibat daripada membenarkan ketua yang penuh retorik untuk menanam persepsi yang akhirnya makan tuan!!!

PAS sudah hilang sokongan rakyat Kelantan yang sudah lama menyokong perjuangan PAS. Namun begitu, penyokong tegar PAS sudah sedar bahawa mereka telah dikhianati oleh pemimpin PAS yang rakus dan amat sesuailah mereka keluar PAS. Kalau PAS pun sudah tidak disokong di Kelantan, seharusnya kita di Sibuti patut menolak PAS bulat- bulat sebelum menjadi mangsa ketandusan minda pembangunan politik air liur PAS!

Najib: 7 dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam

Sinar Harian 15 Mac 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.


Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata, sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya, jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana menteri berkata, cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama

- Posted using BlogPress from my New iPad

Sunday, March 10, 2013

Strategi Pakatan Rakyat Terbaru - Mind Conditioning!?


Berikutan daripada kegagalan untuk menepis dakwaan kaitan antara dalang disebalik insiden Lahad Datu, Anwar Ibrahim telah menggemparkan lagi dunia politik tanah air dengan kemunculan bapa Saiful tentang kes liwat anaknya.
Sekiranya kita kaji dengan teliti, sinonim ini juga tengah dimainkan oleh Nur Misuari, sekutu Anwar Inrahim di MNLF dalam laman fb beliau.


Kenapakah Nur Misuari turut mencanangkan perkataan Konspirasi yang telah dimulakam oleh pengkhianat Tian Chua? Berikut adalah kajian oleh mymassa.

Kaitan Insiden Lahad Datu Dengan Kes Liwat Didedahkan!!!
oleh mymassa
Jumaat, Mac 08, 2013
Selepas gagal dalam meraih sokongan kerana insiden Lahad Datu telah meragut nyawa, PKR muncul dengan satu isu lama yang diperhangatkan iaitu kes Liwat 2.
Apakah persamaan antara kedua-duanya? Lihat poster di bawah.

Sebelum ini PKR pernah muncul dengan tagline ASAL BUKAN UMNO (ABU). Namun ABU kurang berkesan untuk meraih sokongan rakyat atas pagar.
Kini pakar-pakar strategi PKR kembali dengan tagline yang baru iaitu KONSPIRASI.
Sekarang ini pemimpin PKR sedang mencetak minda (mind conditioning) para penyokong mereka dan rakyat atas pagar dengan perkataan KONSPIRASI.
Jika mereka berjaya, apa sahaja kesalahan, penyelewengan, korupsi atau salah laku pakatan pembangkang yang dibongkarkan atau terbongkar akan dituduh sebagai KONSPIRASI pihak lawan.
Ianya akan diulang-ulang supaya sebati dengan pemikiran penyokong mereka dan rakyat atas pagar.
*Teringat zaman Reformasi dulu bila Anwar mencetak minda penyokongnya dengan KRONI, KORUPSI dan NEPOTISME (KKN) untuk menjatuhkan Tun Mahathir. Malangnya bila berkuasa, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lebih teruk daripada musuh mereka. Sebab itulah perkataan itu ditinggalkan dan digantikan dengan KONSPIRASI.

- Posted using BlogPress from my New iPad


Sunday, March 18, 2012

Rasuah PKR Selangor Berjangkit ke YB PKR Sarawak?!?

Rasuah dalam Pakatan Rakyat Selangor semakin berleluasa!!!!??? Baru Bian yang baru menjadi wakil rakyat pun dikatakan terlibat?!! Ini berikutan pendedahan oleh blog RPK iaitu www.malaysia-today.net!?? Patutlah Anwar cuba mengelak daripada berdebat dengan RPK tempoh hari semasa forum Wikileaks di Kent, England?!!? Mungkin Anwar tahu banyak rahsia PKR dalam pentadbiran rasuah akan dibongkar oleh Raja Petra????!!!

Pendedahan Skandal Rasuah Tian Chua, William Leong dan Baru Bian


16/03/2012 Posted by: M Zakrul Adam sel13.com



Ini adalah pendedahan terbaru RPK yang disiarkan oleh www.malaysia-today.net. Kisah ini melibatkan beberapa kepimpinan PKR yang menuntut rasuah sebanyak USD 10 juta dari sebuah syarikat.
Perkara tersebut melibatkan projek pengswastaan antara Kerajaan Selangor dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Azam dan Azan Sdn Bhd (AASB).


Projek tersebut berkenaan pembangunan Pasar Selayang serta pembangunan sekitar termasuk lot-lot kedai dan perumahan yang bermula sejak tahun 1997. Ianya terbahagi kepada tiga fasa.


Fasa pertama telah siap pada tahun 2009. Fasa kedua dan ketiga tidak dapat dimulakan kerana tapaknya diduduki oleh peniaga-peniaga yang enggan berpindah ke tapak baru di fasa pertama yang telah pun siap.


Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan (AASB) untuk memulakan fasa kedua dan ketiga, semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya AASB memilih untuk mencari penyelesaian melalui jalan politik.


Melalui seorang pemimpin PKR Sarawak , Baru Bian, AASB telah diperkenalkan kepada ahli parlimen Selayang yang juga bendahari PKR Pusat , William Leong. Setelah beberapa kali berbincang mereka telah mencadangkan agar perkara tersebut dibawa ke perhatian MB Selangor. Untuk memudahkan kerja melobi MB, mereka harus cari orang yang MB boleh mendengar cakapnya. Lalu Baru Bian telah memperkenalkan Tian Chua kepada kontraktor berkenaan. Ini kerana Tian Chua dikatakan menjadi telinga kepada MB Selangor. Selepas itu kes berkenaan diambil alih oleh Tian Chua dari William Leong.


Setelah diambil alih oleh wakil MB Selangor iaitu Tian Chua, maka bermulalah satu episod baru kepada AASB. Tidak lama selepas itu, dan mungkin setelah mendapat lampu hijau dari Pejabat MB Selangor atau dari ibu pejabat PKR, Tian Chua telah bertemu dengan AASB dan meletakkan syarat-syarat berikut.


AASB diminta mengemukan penyata tuntutan sebanyak RM 70 juta untuk pembinaan pasar dalam fasa pertama dan tuntutan itu AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri.


AASB diminta untuk melepaskan fasa kedua serta ketiga dan bayaran RM 70 juta yang AKAN DILULUSKAN oleh kerajaan negeri termasuk sebagai ganti rugi kerana AASB sedia melepaskan dua fasa berkenaan.


AASB diminta untuk menyerahkan tanah bagi fasa kedua dan ketiga kepada sebuah syarikat yang ada kaitan dengan seorang pimpinan PKR.


Daripada jumlah RM 70 juta yang diterima dari AASB, sebanyak USD 10 juta (RM 30 juta) perlu dikembalikan kepada Tian Chua sebagai derma kepada PKR.


Mereka nak bayar RM 70 juta, kemudian nak ambil balik tanah dan nak balik wangnya RM 30 juta. Nak bayar dalam RM, nak balik dalam USD??! Kenapa mereka nak balik dalam USD ? Ini wang rasuah!?!?


Kalau diberi dalam wata wang Malaysia, not paling besar adalah RM 100?! Untuk isi not RM 100 sebanyak RM 30 juta , entah berapa guni atau beg yang diperlukan, dan juga masalah tempat untuk menyimpannya.!? Jika diberi dalam mata wang US, not paling besar juga USD 100, tetapi ianya bersamaan dengan RM 300. Maknanya dua kali ganda beg atau guni telah berjaya dikurangkan. Wang rasuah transaksinya semua tunai. Tidak ada orang yang lakukan transaksi rasuah melalui bank?!?

Baca Blog Dalam Facebook Anda