PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Jamali Basri. Show all posts
Showing posts with label Jamali Basri. Show all posts

Monday, April 23, 2012

Jentera BN Sibuti Siap Sedia Untuk Menggempur!?!?!

Pertahankan Sibuti walau apa jua cara sekali pun!?!?  Ini kerana kemenangan BN di Sibuti secara tidak langsung mengekalkan tampuk pemerintahan BN di Putrajaya!!?!??

Semua jentera PBB di Sibuti bahkan komponen parti BN yang lain di Sibuti sudah bersedia untuk menggempur pihak pembangkang!?!?!  Semua penduduk di Sibuti sedar bahawa pembangkang hanya datang melawat sewaktu musim pilihan raya sahaja dan membangkitkan isu lapuk!!?!?

Sehingga kini pihak pembangkang hanya mampu meniru pelan projek pembangunan oleh BN!!??  Sampai bila asyik begini!??!?!  

Jentera PBB Sibuti bersedia hadapi PRU13

Miri 18 April 2012 (Utusan Borneo): Semua jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sibuti telah bersedia untuk memberikan sepenuh tenaga dan kemenangan terhadap calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).  

Timbalan Ketua PBB Bekenu, Kaunselor Jamali Basri berkata, persediaan jentera setiap peringkat telah dibuat untuk pertempuran yang bakal tiba dalam sedikit masa lagi.  

"Semua jentera parti sama ada cawangan atau ranting telah sedia untuk menggempur dalam PRU13 nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.  

Menurutnya, bukan sahaja setiap cawangan dan ranting PBB, malah parti komponen lain juga telah membuat persediaan yang sama.  

"Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) di kawasan Sibuti turut telah bersiap sedia membantu kami (PBB)," ujarnya.  

Jamali memberitahu, kawasan Sibuti adalah salah sebuah kubu kuat BN dalam PRU lalu dan pihaknya akan terus memastikan ia tidak ditawan oleh mana-mana parti lawan.  

"Kami berjanji akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kemenangan di Sibuti hanya milik BN," jelasnya.  

Beliau pada masa yang sama menyatakan kemenangan sebenarnya adalah mustahak bagi mengekalkan tampuk pemerintahan BN dikekalkan terutama di peringkat kerajaan pusat.  

"Kita akan pertahankan kemenangan dan ini turut bermakna kita mempertahankan Putrajaya," kata beliau. 

Baca Blog Dalam Facebook Anda