PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Perdana Menteri Homoseksual. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri Homoseksual. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Perdana Menteri Homoseksual?


Minggu ini kita digemparkan oleh gambar cumbuan lelaki bersama lelaki dari rajagoyang360. Kemudian twitter PKR Bangi pula rela sekiranya bakal PM mereka seorang yang memiliki seksualiti songsang atau pelbagai alam!

Adakah PAS dapat menerima sesuatu yang diluar tabii dan menjejaskan fitrah manusia?

Adakah ini permainan terbaru PAS untuk menjadikan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram berjaya ke Putrajaya? DAP sudah diumumkan dengan Lim Kit Siang mendahului senarai calon di Gelang Patah? Mampukah strategi DAP berkesan di Johor seperti mana yang berlaku di Perak?


APA SALAHNYA PM SEORANG HOMOSEKSUAL?
oleh Gelagat Anwar
Mungkin dalam masa yang terdekat ini, Pas dan DAP perlu bekerjasama untuk menguatkan hujah bahawa tidak ada salahnya mempunyai seorang pemimpin yang berorientasikan GAY dan HOMOSEKSUAL. Yang penting kerjanya sebagai PM? Begitu?

Atau Pas dan DAP boleh membuat senarai antara pemimpin utama dunia yang berorientasikan GAY. Antaranya seperti: J Edgar Hoover, Hitler, Abraham Lincoln dan lain-lain.

Soalnya, sanggupkah Pas memulakan kempen begitu?
Australia biasa sahaja ada pemimpin parti HOMO, tak jadi masalah pun.
Mampukah Anwar keluar daripada kemelut baru ini?


- Posted using BlogPress from my New iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda