BN tidak akan beri laluan mudah
by Mohd Norhadie Sahari. Posted on April 3, 2012, Tuesday
Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak gentar berhadapan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang
MIRI: Penyandang kerusi Parlimen P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang dilihat tidak akan gentar berhadapan dengan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.
Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.61 Bekenu Kaunselor Jamali Basri berkata, sesiapa pun calon pembangkang yang berhasrat untuk merampas kerusi yang dipegang oleh calon Barisan Nasional (BN), maka BN tidak akan memberi laluan mudah kepada mereka.
“Kami tidak akan memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk merampas kerusi kami sebaliknya kamiakan mempertahankan ia secara berhabis-habisan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Jamali memberitahu, pembangkang akan menggunakan seribu satu cara untuk meraih sokongan termasuk memanipulasi isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat.
“Sudah pasti kerajaan mempunyai strategi tersendiri untuk menangkis kenyataan palsu pembangkang dan kami akan kerap turun padang memberi maklumat sebenar kepada rakyat,” jelasnya.
Malah katanya, setiap isu yang diketengahkan pembangkang kebanyakkan isu lapuk dan sebahagian besar isu terbabit telah diselesaikan atau diungkai kerajaan BN.
“Apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang kerana mereka hanya bijak mencari ruang menghasut rakyat,” jelasnya.
Menurutnya, kerajaan tidak akan pandang enteng calon pembangkang meskipun mereka bertanding di kawasan kubu kuat BN.
“Meskipun majoriti rakyat masih menaruh kepercayaan kepada BN, namun setiap calon BN tidak akan pandang ringan lawan mereka sebaliknya terus berusaha memastikan rakyat terus sokong kerajaan,” jelasnya.
Semalam, PAS Sarawak menamakan seorang calon tempatan berbangsa Iban untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibuti selain menamakan dua lagi individu lain.
Mengulas lanjut, Jamali memberitahu semua rakyat termasuk parti komponen BN telah memberi persetujuan dan sokongan untuk mengekalkan Ahmad Lai sebagai calon pada pilihan raya akan datang.
“Secara peribadinya saya melihat pihak pembangkang terdesak untuk menang sehingga meletakkan seorang calon tempatan bagi mencabar kewibawaan calon BN yang juga daripada kalangan rakyat tempatan,” jelasnya.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts
Tuesday, April 3, 2012
PAS Sudah Lapuk Guna Isu Lapuk di Sarawak!!?!!!?
Tuesday, April 03, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BB1M, BR1M, Nik Aziz, PAS, PBB, Sibuti
No comments
PAS terdesak untuk memenangi warga Sibuti dengan meletakkan calon Iban!!?? Sebelum ini semasa PRK Batang Ai, PAS telah kecundang dan menghina orang Iban yang masih pakai cawat kata Hadi Awang!?!? Mana mungkin perkara ini bisa dilupakan!!?? Selagi Hadi Awang tidak pakai cawat kenapa masih mahu mengambil orang Iban sebagai calon PAS?!! Saya rasa Robby tidak akan bertanding untuk PAS memandangkan kaum Iban pernah dihina oleh PAS semasa PRK Batang Ai!!??
PAS juga banyak memainkan isu lapuk!!? Bukan itu sahaja, PAS tidak pandai mengambil hati penduduk!!?!? Setakat ini, PAS hanya berbekalkan beras, gula dan mi maggi untuk berkempen di sekitar kawasan Sibuti!?!?! Mungkin PAS ingat penduduk di Sibuti ini tidak cerdik dan sanggup dirasuah dengan gula, beras dan mi maggi sahaja!?!?!
PAS pasti lupa kerajaan BN telah memberikan yang terbaik untuk Sibuti melalui calonnya iaitu Haji Ahmad Lai!!?? Bukan itu sahaja kerajaan BN telah memberi Baucar Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), Komputer Riba 1Malaysia, seratus Ringgit seorang untuk setiap pelajar di sekolah, bayaran perkhidmatan percuma bagi warga emas di klinik dan hospital di Malaysia??!! Mungkin pihak PAS juga menerima ini semua menunjukkan mereka PAS ini tidak mampu menandingi sistem kerajaan kebajikan Barisan Nasional!!?? Lihatlah di Kelantan, berapa dekad diperintah oleh PAS, jalan raya masih sempit untuk tahun 60-an di Kota Bharu!!?? Kalau memerintah di Kedah, apabila banjir pemimpin PAS juga yang angkat kaki dahulu dan meninggalkan rakyat untuk tenggelam dilanda banjir!!?? Inikah yang kita mahu dari PAS sekiranya mereka memenangi kerusi Sibuti!?!?!?
Sunday, March 25, 2012
Bongkar!!!??? PAS Cuba Keliru Penduduk Rumah Panjang!!!???
| Tidak Sempurna?!?! |
Mampukah PAS membina rumah panjang batu di Sarawak?!!!? Suruh Hadi Awang pakai cawat pun sampai sekarang belum lagi apakan untuk meminta maaf?!!! Projek yang sedang berjalan dikatakan tidak siap semata-mata untuk mengelirukan rakyat!!???
Pihak PAS datang je hendak mengutuk projek pembangunan yang sedang dijalankan!!?!? Bukannya datang membawa batu-bata atau simen berlori-lori!!?? Kalau benar hendak membantu tolonglah mereka membina rumah panjang batu menggunakan jentera PAS, PKR dan DAP!?!?!? Setakat ini belum ada yang pernah berbuat demikian!!? Asyik hendak berjual keropok lekor kononnya jualan amal!!!??
Mereka yang sudah dihasut PAS menunggu masa untuk memotong 15% apabila menerima bantuan BR1M!!??
| Penyokong PAS yang menunggu BR1M??!! |
Mereka ini semuanya ditipu oleh PAS kerana PAS menolong mereka untuk menyuarakan belum mendapat BR1M!!?? Apabila mereka ini mendapat BR1M sudah pasti PAS akan meminta 15% sebagai upah kerana membantu mereka menyuarakan hasrat mereka kepada rakyat!!???
PAS ini memang hanya pandai bersuara tetapi tidak pandai memerintah!!?? Lihatlah pembangunan yang ada di Kelantan!!?? Semakin hari penduduk Kelantan semakin tertekan kerana kurangnya peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan PAS!!?? Ini menyebabkan penduduk Kelantan tertekan dan kini sudah menjadi bandar koboi dimana kejadian tembak-menembak sering berlaku untuk mendapat wang membeli dadah!!!??
Monday, March 19, 2012
BN Tidak Pernah Menang 2/3 Undi Popular?!!!
Monday, March 19, 2012
Anwar Ibrahim, BN, BR1M, Hadi Awang, Ketua Pembangkang, Malaysia, Najib Razak, Nik Aziz, PAS, PKR, PRU13
No comments
BN memang tidak pernah menang 2/3 majoriti namun mereka tetap menguasai PRU!??! Inilah yang cuba dinyatakan oleh penganalisis politik!?? Di Sarawak berkemungkinan besar kawasan SPDP adalah panas seperti yang cuba dirujuk oleh Dr Jeniri Amir?!!! Namun apa sahaja boleh berlaku!!?? Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak dapat menguasai sehingga ke saat akhir untuk mengundi!!?? Namun sekarang ini BN mungkin berjaya sekali lagi tetapi ini bergantung kepada jentera parti!!???
Kita harus ingat bahawa calon PAS sentiasa diturunkan di kawasan Melayu untuk memecah-belahkan undi Melayu!!?? Namun undi Cina di bandar memang membolehkan majoriti tetapi mereka tidak dapat menjamin kerusi di parlimen!!?? Adakah strategi PAS untuk memecah-belahkan melayu digunakan semula?!! Sekiranya Sibuti diturunkan calon PAS maka memang sudah pasti Pakatan Rakyat akan kempunan untuk menduduki kerusi tersebut!!?? Sekiranya Hadi Awang tidak mahu memakai cawat, jangan harap pengundi di Sarawak akan mengundi PAS!!?? Hanya pengundi yang tidak tahu pengetahuan am sahaja di Sarawak yang akan mengundi PAS!!??
Orang yang sensitif dengan kaum lain di Sarawak tidak akan menyerahkan undi mereka dengan sewenang-wenangnya kepada PAS yang bersifat perkauman itu!!?? Semoga ahli PAS di Sarawak sedar bahawa mereka harus meminta Hadi Awang untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan kegiatan kempen dan jentera pilihanraya untuk PAS di Sarawak!!?? Janganlah seperti lembu dicucuk hidung!?!? Berfikirlah dua tiga kali sebelum menyerahkan 15% kepada dana PAS kawasan kepada yang bertuah menerima BR1M!??!! Jentera PAS sudah kaya dengan kayu balak di Kelantan dan pasir di Selangor!!?? Kenapa mereka harus menipu rakyat lagi untuk meminta dana untuk berkempen?!! Inilah cara untuk menanam persepsi bahawa mereka tidak mahu mengeluarkan duit sendiri untuk kempen namun meminta duit rakyat!!?? Bayangkanlah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah maka rakyatlah yang paling banyak dikenakan cukai!!?!?!
BN Menguasai PRU Ke-13, Perjalanan Pembangkang Masih Jauh, Kata Penganalisis
Oleh Alan Ting
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Semakin hampir pilihan raya umum ke-13 (PRU ke-13), semakin kerap persoalan dilontarkan tentang keputusannya nanti.
Kalangan politik kini sedang sibuk membuat analisis dan ramalan masing-masing dengan Barisan Nasional dan pakatan pembangkang giat meningkatkan kempen mereka.
Sesetengah pihak membuat andaian bahawa apabila Barisan Nasional (BN) hilang lebih satu per tiga kerusi kawasan Parlimen pada PRU 2008, ia mungkin hilang kawalan ke atas kerajaan persekutuan pada pilihan raya kali ini.
Namun apabila berlaku pertukaran kepimpinan dan pelbagai program diperkenalkan di bawah gagasan 1Malaysia dan Program Transformasi Negara oleh kerajaan BN, kebanyakan penganalisis politik yakin peluang BN kekal menerajui kerajaan persekutuan adalah tinggi, malah akan menang lebih banyak kerusi kali ini.
"Ia bergantung kepada siapa kita bercakap. Kalau kita bercakap kepada penyokong kedua-dua pihak, sudah tentu masing-masing akan bercakap bagi pihak masing-masing.
"Namun apa yang perlu diambil kira ialah pihak yang berkecuali dan undi mereka yang penting," kata seorang penganalisis politik dari Pulau Pinang.
Pihak berkecuali ini termasuk kira-kira dua juta pengundi baru dan muda yang akan mengundi buat pertama kali yang sokongan mereka akan menjadi penentu siapa yang menerajui Putrajaya, katanya.
Strategis dan Anggota Parlimen DAP bagi kawasan Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata sama ada BN boleh mengekalkan kuasa kerajaan persekutuan bergantung kepada faktor "middle ground" kerana beliau percaya boleh berlaku 10 peratus peralihan undi sama ada kepada BN atau pakatan pembangkang.
"Middle ground yang perlu diambil kira. Setiap pilihan raya berbeza melibatkan personaliti baru, sentimen yang berbeza dan perubahan tema. Keputusan pilihan raya lalu hanya boleh dijadikan rujukan," katanya.
Liew berkata peralihan undi 10 peratus adalah besar yang tidak selalu berlaku tetapi tidak mustahil.
BN memperoleh 65 peratus undi pada PRU 1995, 57 peratus pada 1999, 64 peratus pada 2004 dan 51 peratus pada 2008 dan antara pilihan raya 1995 dan 1999, undinya menurun lapan peratus dan antara 2004 dan 2008, ia jatuh 13 peratus, katanya.
"Pakatan pembangkang menang 83 dari 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya 2008. Dari 139 kerusi BN, 55 dari Sabah, Sarawak dan Labuan sementara di Semenanjung, ia memiliki 85 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 81," katanya dan menambah 51 peratus undi pakatan pembangkang diperoleh di Semenanjung.
Pada pilihan raya lepas, 54 dari 83 kerusi pakatan pembangkang diperoleh dengan majoriti kurang dari 10 peratus atau kerusi marginal.
Tetapi dalam pilihan raya akan datang, sekiranya terdapat 10 peratus peralihan undi yang memihak BN, pakatan pembangkang hanya akan tinggal 29 kerusi.
Sebaliknya 56 dari 139 kerusi BN dimenangi dengan majoriti kurang daripada 10 peratus pada 2008, dan peralihan 10 peratus undi yang memihak pakatan pembangkang akan menjejaskan pemerintahan BN.
"Daripada 56 kerusi marginal BN, 14 ialah dari Sabah dan Sarawak sementara 11 lagi dari Semenanjung dengan kurang daripada 70 peratus adalah undi Melayu. Dari 54 kerusi marginal pakatan pembangkang, 34 adalah dari Semenanjung," katanya dan menambah kerusi marginal dari kedua-dua BN dan pakatan pembangkang berjumlah 110 kerusi, dengan 112 kerusi diperlukan untuk memenangi majoriti mudah di Dewan Rakyat.
Namun BN tidak terlalu bimbang dengan lebihan yang kecil. Ia memenangi 66 hingga 90 peratus kerusi Parlimen sejak 1959 dengan hanya 49.3 peratus ke 65.2 peratus undi.
BN tidak pernah menang lebih daripada dua per tiga (66.67 peratus) undi popular.
Paling hampir ia menang lebih dua per tiga undi popular ialah pada 1995 (65.2 peratus) apabila ia menang 84.38 peratus kerusi Parlimen.
Pilihan raya terbaik bagi BN ialah pada 2004 apabila ia menang 90 peratus kerusi tetapi dengan hanya 63.9 peratus undi, namun masih kurang daripada dua per tiga.
Tahun 1995 merupakan tahun terbaik bagi BN dalam pungutan jumlah undi (65.2 peratus), tetapi ia hanya menang 84.38 peratus kerusi. Ini bermakna undi lebih tidak bermaksud memperoleh lebih banyak kerusi dan sebaliknya.
Ketua Publisiti BN Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata malah jika lebih ramai orang keluar mengundi pada pilihan raya kali ini dan pakatan pembangkang memperoleh lebih banyak undi, tiada jaminan ia boleh membentuk kerajaan persekutan.
"Ia bergantung di mana anda mengundi. Jika anda mengundi di kawasan bandar yang majoritinya sudah tentu pengundi Cina, maka pembangkang mungkin mendapat banyak undi, tetapi tidak kerusi," katanya.
Yap berkata pada PRU 2008, 82 kerusi Parlimen yang pakatan pembangkang menang terbahagi hampir sama antara pengundi Melayu dan bukan Melayu walaupun ia mendapat hampir 90 peratus undi kaum India, 70 peratus undi Cina dan 50 peratus undi Melayu.
Namun, beliau berkata kini undi kaum India berpecah 50:50 antara BN dan pakatan pembangkang sementara dijangkakan akan berlaku peningkatan kecil undi kaum Cina kepada pembangkang kepada 80 peratus daripada 70 peratus sebelum ini.
Sebarang pertambahan undi kaum Cina kepada pakatan pembangkang mungkin diimbangi dengan penurunan undi kaum India kepada pembangkang.
"Faktor penentu masih undi kaum Melayu. Lebih 60 peratus pengundi di negara ini ialah pengundi Melayu. Sebarang pertambahan undi Melayu kepada BN boleh mengimbangi penurunan undi bukan Melayu. Pada pilihan raya lalu, BN mendapat kira-kira 50 peratus undi Melayu," katanya.
Bagi membentuk kerajaan persekutuan, pakatan pembangkang perlu menang sekurang-kurangnya 94 daripada 165 kerusi di Semenanjung dan 18 daripada 57 kerusi di Sabah, Sarawak dan Labuan (31 di Sarawak, 25 di Sabah dan satu di Labuan) yang mungkin membawa kepada majoriti mudah 112 kerusi.
"Bagi menambah kepada 94 kerusi, ia perlu menang semua kerusi yang ia menang sebelum ini, termasuk yang diduduki oleh pihak yang keluar parti. Ini tidak termasuk menang tambahan 12 kerusi di Semenanjung dan 18 lagi di Sabah dan Sarawak," katanya dan menambah beliau tidak melihat kemampuan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seterusnya.
Pakatan pembangkang menang 83 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu tetapi kini tinggal 76 ekoran tindakan wakil rakyatnya keluar parti.
Pemerhati politik bersetuju peluang pakatan pembangkang menang sekurang-kurangnya 18 kerusi di Sabah dan Sarawak masih samar-samar ekoran dibelenggu masalah seperti jentera pilihan raya, logistik, pemimpin tempatan dan sokongan pengundi luar bandar.
Pengundi di Sabah dan Sarawak turut menyokong parti tempatan seperti parti komponen BN berbanding pakatan pembangkang yang merupakan parti Semenanjung.
Penganalisis politik Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berpendapat jumlah kerusi yang paling banyak yang boleh pakatan pembangkang menang di Sarawak ialah antara tujuh hingga 10 kerusi termasuk empat kawasan kelabu Parlimen yang diperuntukkan kepada SPDP (Mas Gading, Seratok, Baram dan Bintulu) dan kemungkinan mengekalkan Bandar Kuching dan Sibu serta menang di Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri.
Di Sabah, kata beliau, pakatan pembangkang boleh menawan hanya lima kerusi Parlimen terutama yang majoriti pengundi Cina seperti Kudat, Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan.
"Sokongan menyeluruh kepada BN di Sabah dan Sarawak ialah 55 peratus, pakatan pembangkang 30 peratus dengan undi terapung kira-kira 15 peratus," tambahnya.
Walaupun pakatan pembangkang dilihat menghadapi kesukaran, Liew masih tidak menyangkal keupayaan pakatan itu dalam pilihan raya akan datang.
"Ia bergantung kepada magis berkempen yang boleh menyeimbangi keadaan,' katanya dan menambah DAP tidak pasti boleh menawan Pulau Pinang pada PRU 2008 sehingga beberapa hari sebelum hari mengundi.
"Namun pada ketika ini, BN menguasai keadaan. Dalam tempoh tiga tahun lalu di bawah (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak), kami tidak boleh mengubah kedudukan BN," tambahnya.
Liew berkata pada PRU ke-13, apa saja boleh berlaku.
-- BERNAMA
Sunday, March 18, 2012
Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Ke Hujung Bulan Mac!!??
Berita baik untuk pemohon BR1M yang gagal kali pertama?!!! Kali ini rayuan permohonan boleh dibuat sehingga akhir bulan ini!!? Begitulah yang dikhabarkan oleh Menteri Kewangan Kedua!!!??
Sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan mengabaikan sekiranya rakyat benar-benar memerlukan wang BR1M!!?? Tarikh awal rayuan sebelum ini adalah 15 Mac 2012 telah dilanjutkan ke penghujung bulan!!? Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional!!??
Tempoh Rayuan Permohonan BR1M Dilanjutkan Hingga Akhir Bulan Ini - Husni
Ahad Mac 18, 2012
IPOH: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) masih boleh membuat rayuan berikutan tempoh permohonannya dilanjutkan selewat-lewatnya akhir bulan ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata borang permohonan yang dibuat sebelum ini akan disemak semula bagi memastikan pemohon yang benar-benar layak tidak terlepas daripada menerima bantuan wang tunai RM500 itu.
"Sebelum ini kerajaan memutuskan 15 Mac sebagai tarikh akhir permohonan bagi individu yang tidak berjaya menerima bantuan. Kita akan terus membuat pertimbangan bagi memastikan setiap pemohon layak mendapat bantuan.
"Kita tak tetapkan tarikh akhir permohonan tapi saya berharap akhir bulan Mac ini majoritinya akan buat rayuan kerana bulan April nanti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi yang memproses permohonan itu akan mula terlibat dalam kutipan cukai," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis perasmian pecah tanah tapak Perpustakaan Desa Pekan Chemor di sini, Ahad.
Husni berkata melalui permohonan rayuan, 90 peratus daripada 200,000 pemohon berjaya menerima bantuan itu dan kegagalan pemohonan sebelum ini adalah berpunca daripada masalah teknikal.
Sementara itu, beliau berkata perpustakaan berkeluasan 2,643 kaki persegi itu adalah paling besar di antara 20 perpustakaan di kawasan Tambun.
Kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan sebanyak RM716,000 untuk membina perpustakaan itu yang dijangka siap 20 Nov ini, katanya. - BERNAMA
Saturday, March 3, 2012
Rakyat Kelantan Iktiraf Negeri Sendiri Termiskin!!???
Rakyat negeri Kelantan yang ditipu oleh kerajaan PAS kini mengaku mereka negeri termiskin!!? Kalau dah mengaku kenapa tidak berbuat sesuatu!!?? Rata-rata pemimpin PAS semakin banyak mengaut keuntungan dari negeri-negeri yang diperintah oleh mereka!!??
Kenapakah tidak ada suatu sistem yang strategik untuk membahagikan kekayaan antara negeri pemerintahan PAS?!!! Adakah disebabkan mereka begitu banyak berbelanja untuk kahwin lebih ramai sehingga rakyat mereka sendiri sudah dilupa?!!!
Semalam baru kita mendengar berita kerajaan PAS di DUN Kamunting yang meminta ahli PAS menyerahkan 15% daripada BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung PAS kawasan!!?? Sudahlah rakyat yang layak untuk BR1M memang memenuhi kriteria bawah gaji RM3000!!?? PAS pula sedap-sedap minta gula-gula yang diberikan oleh kerajaan seumpama kaki buli di sekolah rendah!!!???? Beginikah ideologi dan pemikiran PAS yang tidak lagi memperjuangkan agama Islam?!!!
Kalau pilih PAS nampaknya rakyatlah kena bekerja lebih keras daripada pemimpin PAS mereka!!??
Thursday, January 27, 2011
Kerajaan Tidak Akan Berhenti Membantu Rakyat - Ahmad Lai
Kerajaan BN pimpinan PM memang berada dalam landasan yang tepat untuk bergerak melalui transformasi!!?? Dengan adanya BR1M membuktikan BN boleh bersaing dengan negara maju yang lain!!??
Pemimpin BN sedar bahawa rakyat hendaklah sentiasa dibantu baik dari segi ekonomi, pembangunan sosial, kebudayaan, keagamaan dan juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik!!?? Cuba lihat pihak pembangkang yang tidak pandai mentadbir kerajaan negeri mereka!!?? Mereka ini terdiri daripada pakar penjual barang atau salesman dan juga kaki ampu dan bukannya pandai sangat untuk mentadbir negeri!!?? Inilah sebabnya di Pulau Pinang mereka merasuahkan rakyat dengan RM100 dan juga anak yang baru lahir!!?? Kalau diikutkan sebenarnya mereka ini telah ditebus untuk berdiam diri agar kerajaan negeri dapat menggadaikan tanah mereka untk mengaut keuntungan!!!???
Bersyukurlah kerajaan BN tidak sedemikian!!?? Semoga rakyat bijak memilih apabila tiba masanya kelak!!
BR1M bukti kemampuan BN
Oleh ASHLEY ANGGAT
pengarang@utusan.com.my
AHMAD Lai Bujang (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima BR1M pada majlis penyampaian sumbangan RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri, kelmarin.
MIRI 26 Jan. – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah bukti kerajaan sentiasa menunaikan janji dan komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, penyerahan bantuan berkenaan juga sebagai bukti kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir dan membangunkan negara.
Menurutnya, setiap apa yang dijanjikan oleh kerajaan akan ditunaikan dan rakyat harus bersabar kerana bantuan serta pembangunan yang dilaksanakan bukannya sesuatu yang boleh datang dalam sekelip mata.
“Sehubungan itu, rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan propaganda politik pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kerajaan terpaksa meminjam dana dari luar untuk membiayai BR1M.
“Negara kita tidak meminjam dana dari luar untuk membayar BR1M kerana ia adalah hasil daripada sumber kekayaan negara kita sendiri,” katanya pada Majlis Penyampaian BR1M RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.
Ahmad Lai berkata, bantuan BR1M adalah cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota Kabinetnya ketika bermesyuarat mencari jalan dan perancangan untuk membantu setiap lapisan masyarakat di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang tidak tersenarai sebagai penerima dalam fasa pertama penyerahan BR1M supaya bersabar kerana proses penyerahan bantuan berkenaan akan diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga.
“Kerajaan tidak akan berhenti membantu rakyat tidak kira sama ada di kawasan luar bandar serta di pedalaman dan sentiasa menunaikan janji bagi memastikan nasib rakyat di negara ini sentiasa terbela.
“Pemberian BR1M adalah untuk semua lapisan masyarakat dan ini juga bukti kepada keikhlasan kerajaan yang tidak memandang ideologi politik dalam membantu rakyat,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)






