
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Tuesday, April 16, 2013
Ahmad Lai Kekal Mempertahankan Kerusi Sibuti #PRU13 #1Malaysia #SokongNajib #UndiBN @NajibRazak @bujangsenangBN @unreportednews1 @mudatengah @audie61
Beberapa minit yang lalu YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan secara rasmi bahawa Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang tetap mempertahankan kubu kuat BN di Sibuti.
Tahniah kepada Tuan Haji Ahmad Lai kerana diberi kepercayaan oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional untuk berjuang pada PRU13!
Semoga Sibuti terus membangun bersama Barisan Nasional!!!

Tuesday, September 11, 2012
Kerajaan Prihatin Kepada Rakyat Terutama Yang Berpendapatan Rendah
Tuesday, September 11, 2012
Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, Calon PRU13, Ekonomi, Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia, Ketua Menteri Sarawak, Parlimen, PBB, Peter Chin, PRU13, Sarawak, Sebastian Ting, Sibuti, SUPP
No comments
Kerajaan telah merancang pelbagai inisiatif untuk meingankan beban rakyat dalam usaha untuk mengurangkan inflasi ini.
Inisiatif yang dirancang bukan sahaja untuk jangka pendek malah turut dirancang untuk tempoh jangka panjang demi mengurangkan lagi beban rakyat.
Untuk itu, rakyat diharap bersabar demi menempuhi cabaran dalam keadaan inflasi dunia yang rumit ini. Kerajaan sentiasa mendahulukan rakyat dalam setiap perjuangan demi memastikan hari esok adalah lebih baik daripada kelmarin!
Sama-samalah kita berdoa dan berjuang untuk mengembalikan kestabilan negara baik dari segi ekonomi dan juga politik. Jauhkanlah diri daripada politik jalanan yang bukannya budaya kita.
Kerajaan sentiasa cari inisiatif ringankan beban rakyat
Utusan Borneo 11 September 2012, Selasa
RINGANKAN BEBAN: Sebastian Ting (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang kakitangan RTM Miri yang menjadi mangsa kebakaran baru-baru ini.
MIRI: Kerajaan sentiasa mencari inisiatif untuk meringankan beban rakyat berikutan kos sara hidup semakin meningkat dengan memperkenalkan beberapa pelan induk untuk mengurangkan inflasi.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membantu meringankan beban kumpulan sasar.
“Antaranya inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Program Teksi Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi untuk meringankan beban rakyat,” katanya.
Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Datuk Sebastian Ting pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri kelmarin.
Beliau memberitahu, inisiatif yang dirancang untuk jangka masa pendek dan panjang itu membuktikan bahawa kerajaan cukup prihatin dengan keperluan rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
“Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mendahulukan kepentingan rakyat dan semua janji yang diuar-uarkan kepada rakyat selama ini telahpun ditunai,” jelasnya.
Pada masa sama, beliau turut menyarankan kakitangan kerajaan khasnya warga RTM supaya terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik ketika bertugas.
“Perdana Menteri sendiri menegaskan kepentingan Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) dan Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (PCI) bagi mewujudkan sesebuah organisasi yang cemerlang.
Selaras dengan dasar itu, kakitangan RTM perlu mengorak langkah untuk melaksanakan tugas agar lebih cekap, efisien dan sentiasa meningkatkan prestasi kerja ke tahap lebih maksimum,” jelasnya.
Menurutnya, keterbukaan kerajaan dalam media elektronik dan cetak termasuk laman blog, Twitter dan Facebook memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan.
“Adalah penting untuk kita melaksanakan perkhidmatan sebaik mungkin dan harus sejajar dengan piagam pelanggan yang menjanjikan komitmen dari aspek kualiti penyampaian berita dan informasi yang cepat, tepat dan berintegriti,” katanya.
Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Timbalan Residen Miri Abdul Aziz Yusuf, Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sarawak Fee Lin Chiew dan Pengurus Stesen RTM Miri Ramli Junaidi.
Majlis anjuran Jawatankuasa Kebajikan Kakitangan Islam RTM Miri (JBKKIS) itu turut diserikan dengan persembahan koir oleh kakitangan RTM Miri selain penyampaian sumbangan dan duit raya kepada anak-anak kakitangan RTM.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Wednesday, July 25, 2012
Bekas Wakil Rakyat BN Harus Membantu BN Menjelang PRU13!
Wednesday, July 25, 2012
Bekas YB BN anti BN, Donald Lawan, Jawah Gerang, Larry Sng, Masir Kujat, Parlimen, PRU13, Sarawak, Sng Chee Hua, Sri Aman, SWP
No comments
Masir Kujat menyeru bekas pemimpin veteran BN untuk memberi sokongan padu kepada BN dan bukan sebaliknya. Beliau merujuk kepada bekas ADUN Pelagus, Larry Sng, bapa beliau, Sng Chee Hua, bekas ADUN Pelagus dan bekas Ahli Parlimen Julau, Jawah Gerang, bekas Ahli Parlimen Lubok Antu dan Donald Lawan, bekas ADUN Bukit Bengunan.
Mereka ini cuba memburukkan calon BN dan terus menentang BN melalui parti SWP dan juga Bebas. Masir berpendapat mereka ini mempunyai kepentingan peribadi untuk berbuat demikian!
Mereka ini juga cuba memfitnah kerajaan dan terus menidakkan pembangunan untuk rakyat. Masir juga menasihat Tuai-tuai Rumah untuk tidak membiarkan perasaan anti-BN ini menular dikalangan anak buah mereka, ini kerana perkara sedemikian sudah acapkali terjadi setiap kali PRU13 menjelang tiba! Ingatlah kerajaan BN harus menepati janji mereka dan begitu juga wakil rakyat BN yang lain.
Pemimpin veteran BN jangan pentingkan diri
by Edwin Raoh. Utusan Borneo 25 Julai 2012, Rabu.
UNTUKMU: Masir (empat kanan) menerima cenderamata daripada Tuai Rumah Philiy pada majlis itu. Turut kelihatan (dari kiri) Hendery Cassidy, Noor Hayati, Murni dan Welton.
SRI AMAN: Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat menasihati beberapa pemimpin veteran yang sebelum ini pernah menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan kini bertindak menentang kerajaan BN agar melupakan hasrat mereka itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Masir berkata demikian merujuk kepada barisan pemimpin seperti Datuk Sng Chee Hua, Jawah Gerang dan Donald Lawan yang ketika ini sibuk berceramah sama ada di rumah panjang mahupun di pekan dengan mengajak rakyat menentang kerajaan BN.
“Sng dan Jawah daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) manakala Donald pula daripada Bebas harus menghentikan perbuatan mereka itu.
“Sebaliknya mereka bertiga ini yang pernah menjadi wakil rakyat BN sebelum ini harus membantu BN menaik taraf hidup rakyat bukannya mengajak rakyat menentang BN,” katanya.
Masir berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Komuniti Bestari dan Kepenggunaan di Rumah Philly Enche, Entulang Jambatan, Sri Aman, di sini, semalam.
Program itu adalah anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (PDNKK) Bahagian Sri Aman, Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman dan JKKK Rumah Philley.
Pada majlis itu Masir mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM10,000 kepada Rumah Philily dan RM3,000 kepada Biro Wanita rumah panjang berkenaan.
Sng merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau, Jawah adalah bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal manakala Lawan adalah bekas ADUN Bukit Begunan.
Selain itu beliau juga menasihati para tuai rumah di kawasan Parlimen Sri Aman agar berhati-hati dengan tindakan segelintir pihak yang sedang meracuni pemikiran rakyat menerusi kempen yang dilancarkan mereka ketika ini.
Tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab terhadap dirinya selama ini adalah palsu belaka, tegas beliau.
“Itu satu taktik mereka untuk mengalihkan sokongan rakyat terhadap saya (BN).
“Perkara seperti ini akan sentiasa berlaku acapkali menjelang pilihan raya demi kepentingan politik mereka sendiri.
Sehubungan itu Masir berharap rakyat di Parlimen Sri Aman meneruskan sokongan padu mereka kepada kerajaan pimpinan BN demi masa depan hidup mereka nanti.
Turut hadir dalam majlis itu Jurutera Bahagian JKR Sri Aman Cassidy Morris, Pegawai JASA Parlimen Sri Aman Whelton Lumpoi, Penolong Jurutera Jabatan Saliran dan Perparitan Sri Aman Henry Tuah, wakil Ketua Pejabat PDNKK Sri Aman Maruni Langga dan wakil Pejabat Residen Sri Aman Noor Hayati Ahmad.
- Posted using BlogPress from my iPad
Wednesday, July 18, 2012
Ahmad Ibrahim Calon Kota Samarahan Berjiwa Rakyat?
Ahmad Ibrahim sentiasa menyatakan kesudiannya untuk bertanding di kawasan yang tiada penyandang lagi iaitu Kota Samarahan. Namun di Sibuti ada orang yang melobi untuk menjadikan kawasan Sibuti seolah-olah tiada penyandang!
Sepatutnya untuk menjaga imej sesama PBB lebih-lebih lagi golongan belia, calon yang menyimpan hasrat untuk menggantikan kerusi Sibuti hendaklah berjumpa dengan wakil rakyat yang masih berkhidmat dan tidak berkempen secara kurang manis di kawasan yang wakil rakyatnya masih diberi mandat oleh rakyat! Apa salahnya membuat kunjungan dan membantu sebagai pemuda PBB dan bukan sebagai calon pengganti calon PBB yang lain?
Agenda tidak manis ini akan memecah-belahkan parti dan boleh menyebabkan kerusi putih mejadi kelabu atau hitam! Semoga calon PBB yang akan datang mengamalkan nilai-nilai murni agar lebih prihatin memberi khidmat kepada rakyat!
Ahmad Ibrahim sedia bertanding di Kota Samarahan
Posted on July 18, 2012, Wednesday
KUCHING: Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim bersedia mempertimbangkan untuk bertanding di Kota Samarahan, sekiranya diberikan peluang dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
“Tiada yang melobi untuk saya bertanding di Kota Samarahan tetapi terdapat rakyat di sana yang menjadikan saya dekat di hati mereka.
“Namun jika diberikan peluang, saya akan mengambilnya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau tidak mengutamakan peluangnya untuk dicalonkan di situ, sebaliknya menumpukan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan menyokong sesiapa sahaja calon yang diletakkan.
Beliau turut memberi jaminan bahawa beliau sendiri serta ahli-ahli cawangannya akan memberi sokongan padu kepada calon BN di Kota Samarahan.
“Sokongan saya tidak akan berbelah bahagi kepada BN.
“Saya meletakkan BN dan PBB sebagai keutamaan sebelum memikirkan kepentingan peribadi.
“Jika kita tidak bersatu dalam BN, ini akan menyukarkan kita menghadapi PRU13 nanti,” katanya.
Ahmad menjelaskan, kesediaannya bertanding di Kota Samarahan kerana rakyat di sana telah meletakkan beliau dekat di hati mereka.
“Sebabnya ialah ayah saya dahulu pernah berkhidmat di sana dan mereka tahu caranya serta karakternya sehingga membuatkan mereka mempertimbangkan bahawa saya seperti beliau, iaitu begitu rapat dengan rakyat,” kata Ahmad menjelaskan mengenai ayahnya, Datuk Seri Ibrahim Mahmud yang pada suatu ketika dulu pernah berkhidmat sebagai superintenden polis di Serian – Samarahan.
Terdahulu, Ahmad menerima kunjungan hormat daripada ahli-ahli jawatankuasa Malam Wayang 1Malaysia di pejabatnya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini.
Tuesday, July 17, 2012
Isu Pembangkang Tidak Relevan Untuk Parlimen!? : Ahmad Lai
Tuesday, July 17, 2012
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, Ahmad Lai, Barisan Nasional, Bekenu, BN, Calon PRU13, Fitnah Pakatan, Jentera Pilihanraya, Parlimen, PAS, PBB, PRU13, Rosey Yunus, Sarawak, Tipu
No comments
Isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang adalah isu lapuk yang sememangnya sudah diketahui awal oleh kerajaan BN! Kadang kala pihak pembangkang seperti kucing berak bulu kerana tidak tahu apa lagi isu yang hendak dibangkitkan?
Sepatutnya otak pihak pembangkang ini bertaraf parlimen memandangkan semua isu yang telah dibangkitkan adalah bersangkut-paut dengan peringkat negeri! PRN Sarawak baru sahaja berlalu tetapi pihak pembangkang sendiri tidak dapat membangunkan kawasan mereka seperti di kawasan DAP! Apakah yang sudah dibawa oleh DAP di Miri?
Bekenu sudah mendapat kelulusan untuk mendirikan Stadium Mini! Bukan itu sahaja, hari Khamis ini pula perasmian Rumah Mesra Rakyat di Kampung Menjelin.
Pilihlah calon yang benar-benar bijak bukan sekadar atas kertas tetapi tidak pandai apabila berurusan dengan rakyat! Untunglah Parlimen Sibuti mendapat calon berhemah tinggi seperti Ahmad Lai. Kalau tidak pasti malu rakyat Sibuti apabila tidak bijak memilih isu seperti calon yang dihantar oleh PAS!!
Calon PAS ini pula antara Pendakwah bebas dan system admin IT yang mana lebih bijak? Pastinya pendakwah bebas kerana system admin ini sudah lama berkecimpung dalam PAS tapi tidak diiktiraf oleh PAS pusat, pesuruhjayanya pula asyik disuruh berkempen untuk orang lain bila pula jasa beliau akan diiktiraf untuk menjadi calon PAS! Mungkin tidak layak juga, buat penat saja ke hulur ke hilir bawa beg plastik tapi tidak diendahkan. Fikir-fikirlah!!
Semua isu dimainkan pembangkang tidak relevan
Utusan Borneo 17 Julai 2012, Selasa
MIRI: Semua isu yang dimainkan oleh parti pembangkang ketika ini adalah tidak relevan sebaliknya isu-isu yang timbul disebabkan parti politik itu ketandusan idea atau terdesak untuk sokongan rakyat.
Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata semua isu kebajikan atau keperluan rakyat seperti jalan raya, kemudahan bekalan air dan elektrik sahaja yang sering ditimbul parti politik terbabit.
“Bagi kawasan saya, semua isu terbabit sudah diselesaikan dan kerajaan masih lagi meneruskan kesinambungan pembangunan khasnya di kawasan yang belum menerima kemajuan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Beliau menjelaskan, rakyat perlu bersabar kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka sebaliknya semua keperluan mereka tetap ditunaikan.
“Sebagai contoh, sekiranya rakyat berdepan masalah air bersih, kerajaan menyediakan tangki air bagi memudahkan mereka menakung air hujan manakala projek menyalurkan air paip masih dalam pelaksanaan,” jelasnya.
Tambahnya, setiap isu yang cuba dibangkitkan oleh parti politik pembangkang itu tidak relevan kerana ia hanya satu taktik mereka mengalih perhatian rakyat ketika kerajaan menunaikan janji.
“Saya menasihati semua penduduk setempat khasnya di rumah panjang dan kampung-kampung supaya menjauhkan diri daripada hasutan anasir luar yang cuba mendapatkan sokongan mereka,” jelasnya.
Menurutnya rakyat perlu sedar bahawa semua kemajuan dan pembangunan yang dinikmati rakyat hari ini adalah hasil usaha gigih kerajaan Barisan Nasional dalam membela nasib mereka.
“Pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi mereka tidak bekerja untuk membela nasib rakyat berbanding kita (keraja-an) bukan hanya melempar janji tetapi berusaha menunaikan janji,” katanya.
- Posted using BlogPress from my New iPad
Monday, April 16, 2012
BN Mampu Meraih Sokongan Ahli Untuk Mempertahankan Sibuti!!?!!?
Monday, April 16, 2012
ADUN Lambir, Ahmad Lai, Barisan Nasional, BN, Lambir, Parlimen, Ripin Lamat, Sarawak, Sibuti
1 comment
Memang benar BN tiada masalah sekiranya ahli Barisan Nasional di Sibuti semua turun mengundi Barisan Nasional!??!?! PBB sahaja mempunyai keahlian seramai 10 000 orang belum lagi ditambah dengan parti komponen BN yang lain seperti SUPP, SPDP, PRS dan Kelab BN Sarawak!!!?? Sekiranya mereka ini semua mengundi BN maka pembangkang akan menghadapi kesukaran untuk menawan Sibuti!?!?!
10 tahun yang lalu Lambir dan Bekenu cuma dihubungi melalui jalan batu dan perahu panjang sahaja!!!?? Lihatlah sekarang jalan berturap, air bersih dan juga elektrik dapat dinikmati!!?? Mungkin tidak lama lagi Bekenu dan Lambir akan mengikuti jejak langkah Betong menjadi daerah di Sarawak!?!?!? Ini akan tercapai dengan adanya pembangunan yang dibawa oleh Barisan Nasional!?!?!? Semoga BN tetap di hati rakyat!?!?!?
BN tiada masalah pertahan kerusi Parlimen Sibuti, kata Ripin
Posted on April 16, 2012, Monday
MIRI: Barisan Nasional (BN) dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk mempertahankan kerusi P218 Parlimen Sibuti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lambir Ripin Lamat memberitahu, majoriti penduduk luar bandar khususnya di konstituensi Sibuti masih berpegang teguh menyokong BN.
“Kami melihat rakyat di konstituensi Parlimen Sibuti merupakan penyokong kuat BN dan kami yakin akan mempertahankan kerusi itu pada PRU kelak,” katanya ketika ditemui semalam.
Mengulas mengenai usaha PAS meletakkan calon bumiputera (Iban) untuk bertanding di kerusi P218, beliau memberitahu ia hanya satu cara untuk meraih sokongan rakyat.
“Kami percaya masyarakat Iban berfikiran matang dan profesional dalam menentukan kerajaan yang terbaik untuk mereka dan mereka tidak akan menyokong parti yang pernah menghina masyarakat Iban,” ujarnya.
Beliau memberitahu, presiden PAS pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina masyarakat Iban pada pilihan raya kecil Batang Ai lalu dan ia masih dalam ingatan kaum itu.
“Sekarang adalah masa terbaik untuk menolak parti luar daripada menapak kaki ke Sarawak bahkan parti yang pernah menghina kaum di Sarawak dahulu perlu disenaraihitamkan,” katanya.
Ripin menjelaskan, hampir sebahagian besar kaum Iban terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan dan mereka dapat berfikir secara rasional untuk memilih kerajaan.
“Kaum Iban perlu menolak ideologi pembangkang dan cubaan mereka meletakkan calon daripada kaum itu pada PRU kelak adalah satu cara untuk meraih sokongan dan simpati rakyat,” jelasnya.
Selain itu katanya, kerajaan telah banyak berusaha membangunkan kawasan luar bandar bahkan sebahagian besar kawasan itu dilengkapi infrasktruktur asas,” tegasnya
Thursday, April 12, 2012
Aktifkan Bilik Gerakan Untuk PRU13 - Ripin Lamat!!??
Thursday, April 12, 2012
ADUN Lambir, Bilik Gerakan PRU13, Parlimen, PBB, PRU13, Ripin Lamat, Sibuti
No comments
Bilik Gerakan yang paling berkesan adalah di peringkat akar umbi!!?? Untuk itu ahli-ahli PBB hendaklah sentiasa peka kepada isu dan masalah yang disuarakan di peringkat ranting mereka!!?? Mereka juga hendaklah menyalurkan terus kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya sekiranya di luar kuasa dan jagaan mereka!!?!?
Mereka juga hendaklah bersikap proaktif untuk memberi khidmat kepada penduduk di kampung mahupun di rumah panjang!!!?? Mereka inilah menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyampaikan keberkesanan progam pembangunan dan transformasi kerajaan yang berlangsung sekarang ini!?!?!
Mereka juga merupakan pemimpin di peringkat akar umbi untuk menyalurkan maklumat dan isu daripada rakyat kepada kerajaan dan sebaliknya!!?? Janganlah memandang remeh tugas mahupun jawatan di peringkat ranting kerana ianya merupakan tanggungjawab dan memainkan peranan yang besardalam kerajaan Barisan Nasional!!?
Cawangan kecil PBB berperanan beri khidmat kepada penduduk
Posted on April 12, 2012, Thursday
MIRI: Cawangan-cawangan kecil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih tetap memainkan peranan yang amat penting, terutama dalam memberi khidmat kepada penduduk di kampung dan rumah panjang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berkata, kehadiran ahli-ahli dari cawangan kecil boleh membantu ketua masyarakat atau ketua kaum, khasnya dalam menyebarkan mengenai polisi pembangunan kerajaan.
“Malah anda boleh menjadi mata dan telinga kepada parti (bahagian induk) dan kerajaan untuk mengetengahkan masalah rakyat serta memberikan maklumat yang tepat mengenai program-program pembangunan kerajaan untuk rakyat.
“Jangan lupa, anda juga adalah pemimpin bagi parti ini (PBB) di peringkat akar umbi di kawasan anda, sama ada menyampaikan isu ataupun menyebarkan isu-isu berkenaan parti,” tambahnya.
Ripin memberitahu demikian dalam ucapannya semasa bertemu ahli-ahli jawatankuasa PBB Cawangan Lambir, termasuk Pergerakan Pemuda dan Wanitanya, di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pengerusi PBB Lambir Julani Mokhtar, Ketua Wanita PBB Lambir Kaunselor Zainani Salleh, Ketua Pemuda PBB Lambir Hajis Labau dan Setiausaha PBB Lambir Gapor Isa.
Menurut Ripin, ahli jawatankuasa di peringkat cawangan kecil adalah mereka yang paling rapat dengan penduduk di peringkat akar umbi dan lebih tahu mengenai masalah, isu-isu berbangkit dan keperluan di kawasan berkenaan.
Sehubungan itu beliau menggesa semua ahli dan jawatankuasa peringkat cawangan kecil supaya sentiasa peka dengan masalah dan keperluan penduduk di akar umbi dan kemudiannya menyalurkannya kepada pemimpin atasan untuk diambil tindakan.
“Masalah atau isu-isu di peringkat akar umbi ini boleh diketahui dengan cepat apabila pemimpin di cawangan kecil ini bertindak terus mengenal pasti punca dan kemudian merujuknya kepada agensi kerajaan atau jabatan berkaitan agar diatasi segera,” tambahnya.
Dalam pada itu dalam mesyuarat yang sama, Ripin turut meminta semua cawangan kecil di bahagian Lambir supaya mengaktifkan bilik gerakan masing-masing memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) kini semakin hampir.
Melalui bilik gerakan ini, ahli-ahli parti katanya boleh terus menggerakkan aktiviti bagi mengetahui masalah rakyat dan menyelesaikannya.
“Dengan adanya komitmen penuh daripada semua cawangan parti dalam bahagian Lambir ini, kita kini bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihan raya, selepas pilihan raya negeri,” katanya.
Sunday, April 8, 2012
Wan Junaidi Tempelak PAS!!??
PAS memang pandai berlakon demi menawan Putrajaya, sebelum ini Wan Junaidi memberitahu bahawa Hadi Awang pernah menyatakan tidak mungkin orang bukan Islam menjadi pemimpin atasan!!?? Nama pun Parti Ajaran Sesat!?!?! Agaknya sekarang siapa pun boleh jadi calon PAS tolak batu dan kayu!!!?? Lembu, ayam, itik atau pun ikan boleh mengambil borang penamaan calon kelak!?!!? Janganlah tertipu dengan PAS yang kini hanya pandai berkata-kata untuk mendapatkan undi mudah!?!?
Hasrat PAS letak calon bukan Islam hanya dakyah politik: Wan Junaidi
Posted on April 8, 2012, Sunday
KUCHING: Hasrat PAS meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang hanya dakyah politik untuk mengelirukan rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, parti itu tidak tetap pendirian dan boleh bertukar warna pada bila-bila masa.
“Dulu mereka mempelopori negeri Islam sehinggakan semua orang diislamkan.
“Oleh kerana hendak menawan Putrajaya mereka berubah pendirian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS hendak menyenaraikan calon bukan Islam pada PRU13 akan datang.
Menurutnya, usaha mereka membawa pemimpin bukan Islam masuk parti diibaratkan sebagai pelengkap semata-mata.
“Ini kerana Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) pernah menyatakan tidak mungkin pemimpin bukan Islam menjadi pemimpin atasan.
“Ia adalah dakyah politik PAS untuk mengelirukan rakyat dan meraih undi,” ujarnya.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, keadaan itu nampak bercanggah daripada perjuangan asal PAS.
“Bagaimana PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) boleh membawa kemajuan? Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah bercerita.
“Jangan ingat PAS boleh bercakap betul kerana mereka tidak tetap pendirian dan segala-galanya bercelaru.
“Keadaan ini menyebabkan ramai di kalangan ahlinya keluar parti,” jelasnya.
Tuesday, April 3, 2012
[Video] Ulasan Laporan Minority oleh P Kamalanathan!!??
Tuesday, April 03, 2012
1Agenda, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Laporan Minority, Malaysia, Maximus Ongkili, P Kamalanathan, Parlimen, PRU13, Sarawak, video
No comments
Apakah sebenarnya laporan minoriti yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang sehingga Parlimen gempar dan kecoh pada siang tadi!!!? Di bawah ini disertakan ulasan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan yang menjelas perkara sebenar isu Laporan Minority yang dibahaskan oleh ahli parlimen pembangkang.
Laporan minoriti punca laporan akhir PSC tidak dibahas
03/04/2012 7:20pm
KUALA LUMPUR 3 April – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sedih laporan akhir jawatankuasa itu tidak dapat dibahaskan di Parlimen hari ini hanya disebabkan “laporan minoriti” yang sengaja dibangkitkan pembangkang.
Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata, kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu.
Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, beliau hairan bagaimana pembangkang boleh bertindak sedemikian sedangkan 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini dipersetujui bersama oleh wakil mereka di dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang masalah.
"Saya sedih kerana banyak masa dan kerja telah dibuat. Bukan hanya saya tetapi semua ahli telah menghabiskan banyak masa sehinggalah ke mesyuarat terakhir dan bersetuju 82 peratus daripada 22 syor... tetapi “main politik” pada saat akhir.
"Maka, saya serahkan kepada orang ramai dan Ahli Parlimen untuk menilai kandungan laporan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan laporan jawatankuasa itu diluluskan tanpa dibahas berikutan kekecohan yang ditimbulkan di dalam dewan.
Speaker memutuskan demikian apabila anggota Parlimen pembangkang Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang menimbulkan kekecohan enggan meninggalkan dewan setelah diperintah berbuat demikian.
Ongkili berkata, selain soal laporan minoriti yang sengaja ditimbulkan pembangkang, beliau yakin keseluruhan laporan itu akan diterima jika dibahaskan sepertimana penerimaan sebulat suara anggota persidangan terhadap laporan interim jawatankuasa itu pada 1 Disember lepas. - BERNAMALaporan Minority Diulas oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan Menjelas Perkara Sebenar Isu Laporan Minority Yang Di Bahaskan Oleh Ahli Parlimen Pembangkang
Saturday, March 31, 2012
Ketua PKR Rosak Akhlak Bertanding di Miri?!?!?!
| Dr Teo bersama penyokong kuatnya!!?? |
MIRI - Dr Teo mungkin tidak sedar bahawa aktiviti diluar etika profesionalnya sudah dibongkar pada tahun lepas di sini dan sini?!!
Mungkin DAP pun tahu sekiranya mereka menurunkan PKR Dr Teo yang sudah sekian lama bermain politik, namun masih tidak dapat mengalahkan mantan Presiden SUPP!!?? Siapakah yang dimahukan oleh Pakatan Haram di Miri kalau tidak muka baru!??! Bukan Zulhaidah bukan Dr Teo tetapi orang muda yang berkaliber dan mungkin belajar sehingga ke PhD!?!?! Itulah calon DAP!!?!?
Tapi adakah orang Cina di Miri masih tidak mahukan perwakilan di peringkat persekutuan seperti mana mereka kini yang kurang diwakili di peringkat negeri?!!?! Rasa-rasanya cukuplah mereka memberikan kerusi negeri kepada DAP yang sampai sekarang tidak membuahkan hasil!!?? Mereka dari DAP ini cuma pandai menyalak tetapi tidak dapat membuat kerja!!?!?
Pastinya orang Cina di Miri akan kembali mengundi BN kerana mereka tahu di peringkat persekutuan mereka mesti mendapatkan perwakilan sekiranya ingin lebih maju dalam perniagaan mereka!!?!? Nampaknya PKR mahupun DAP akan kempunan kerusi di Sarawak kelak apabila tsunami PRU13 melanda!?!?! Lagipun calon Parlimen bukan hanya pandai berkata-kata tetapi menunjukkan akhlak yang mulia!?!?! Kalau setakat panas baran seperti Zulhaidah atau selalu menggugurkan kandungan orang lain mungkin ini bukan ciri perwakilan yang dicari oleh DAP!?!?! Kerana DAP yang memperkudakan PKR dan PAS di Miri!?!?!1
Anwar Hilang Kredibiliti Sebagai Ketua Pembangkang?!!
Anwar mungkin akan digugurkan sebagai Ketua Pembangkang sekiranya disabit kesalahan setelah diusul dan dibahaskan di Parlimen!!?!?! Ini memandangkan aspek parlimen di mana Anwar memegang jawatan rasmi sebagai Ketua Pembangkang dan telah mengalami berbagai tuduhan masalah moral!!?? Usul ini mungkin akan dibawa dan dibincangkan dan memandangkan anggota Parlimen kebanyakannya terdiri daripada orang dan ahli BN serta anggota parlimen bebas yang banyak dipecat oleh pakatan haram!!??
Bagaimanakah tindakan penyokongnya selepas ini adakah mereka akan menyerbu parlimen atau berarak di tepi jalan raya pula untuk melarang parlimen daripada membahaskan usul mengenai Anwar Ibrahim dan kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang yang memiliki masalah moral!!?!!?
Ketua Pembangkang: Status Anwar boleh dicabar
29 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Usul untuk mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa diselubungi pelbagai isu moral boleh dibawa pada persidangan Dewan Rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.
Bagaimanapun, beliau berkata untuk menggugurkan kedudukan seseorang anggota dewan memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum terdapat dalam peraturan dewan ketika ini.
Beliau berkata sesuatu usul yang yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.
"Namun ianya tetap perlu dibahas di dewan terlebih dahulu. Kita berpandu kepada tiga perkara iaitu peraturan, undang-undang dan Perlembagaan...tidak ada satu pun dari tiga elemen itu yang memberi ruang dan peluang seseorang boleh membuatkan satu usul dalam dewan untuk membuat satu impeachment terhadap seseorang.
"Terserah kepada budi bicara speaker untuk menerima atau menolak usul anggota untuk membahaskan perkara sebegitu dalam Dewan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan anggota Parlimen Kulim/Bandar Bharu Datuk Zulkifli Noordin semalam yang berkata anggota Parlimen berhak membawa usul kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap mana-mana anggota dewan termasuk Ketua Pembangkang berhubung perkara tertentu dan khusus.
Kenyataan itu turut disokong Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah bahawa usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.
Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula percaya jika dibahaskan, usul 'impeachment' Anwar itu boleh berjaya bersandarkan kekuatan jumlah anggota Parlimen Barisan Nasional (BN), yang pasti akan turut mendapat sokongan anggota Parlimen Bebas.- Bernama
Thursday, January 27, 2011
Kerajaan Tidak Akan Berhenti Membantu Rakyat - Ahmad Lai
Kerajaan BN pimpinan PM memang berada dalam landasan yang tepat untuk bergerak melalui transformasi!!?? Dengan adanya BR1M membuktikan BN boleh bersaing dengan negara maju yang lain!!??
Pemimpin BN sedar bahawa rakyat hendaklah sentiasa dibantu baik dari segi ekonomi, pembangunan sosial, kebudayaan, keagamaan dan juga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik!!?? Cuba lihat pihak pembangkang yang tidak pandai mentadbir kerajaan negeri mereka!!?? Mereka ini terdiri daripada pakar penjual barang atau salesman dan juga kaki ampu dan bukannya pandai sangat untuk mentadbir negeri!!?? Inilah sebabnya di Pulau Pinang mereka merasuahkan rakyat dengan RM100 dan juga anak yang baru lahir!!?? Kalau diikutkan sebenarnya mereka ini telah ditebus untuk berdiam diri agar kerajaan negeri dapat menggadaikan tanah mereka untk mengaut keuntungan!!!???
Bersyukurlah kerajaan BN tidak sedemikian!!?? Semoga rakyat bijak memilih apabila tiba masanya kelak!!
BR1M bukti kemampuan BN
Oleh ASHLEY ANGGAT
pengarang@utusan.com.my
AHMAD Lai Bujang (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima BR1M pada majlis penyampaian sumbangan RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu, Miri, kelmarin.
MIRI 26 Jan. – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 adalah bukti kerajaan sentiasa menunaikan janji dan komited dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, penyerahan bantuan berkenaan juga sebagai bukti kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir dan membangunkan negara.
Menurutnya, setiap apa yang dijanjikan oleh kerajaan akan ditunaikan dan rakyat harus bersabar kerana bantuan serta pembangunan yang dilaksanakan bukannya sesuatu yang boleh datang dalam sekelip mata.
“Sehubungan itu, rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan propaganda politik pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa kerajaan terpaksa meminjam dana dari luar untuk membiayai BR1M.
“Negara kita tidak meminjam dana dari luar untuk membayar BR1M kerana ia adalah hasil daripada sumber kekayaan negara kita sendiri,” katanya pada Majlis Penyampaian BR1M RM500 di Dewan Masyarakat Bekenu kira-kira 40 kilometer dari sini semalam.
Ahmad Lai berkata, bantuan BR1M adalah cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota Kabinetnya ketika bermesyuarat mencari jalan dan perancangan untuk membantu setiap lapisan masyarakat di seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai yang tidak tersenarai sebagai penerima dalam fasa pertama penyerahan BR1M supaya bersabar kerana proses penyerahan bantuan berkenaan akan diteruskan dalam fasa kedua dan ketiga.
“Kerajaan tidak akan berhenti membantu rakyat tidak kira sama ada di kawasan luar bandar serta di pedalaman dan sentiasa menunaikan janji bagi memastikan nasib rakyat di negara ini sentiasa terbela.
“Pemberian BR1M adalah untuk semua lapisan masyarakat dan ini juga bukti kepada keikhlasan kerajaan yang tidak memandang ideologi politik dalam membantu rakyat,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)








