Kebajikan rakyat sentiasa jadi keutamaan kerajaan
by Mohd Norhadie Sahari dan Mohd Achil Norrlatep. Utusan Borneo 15 Ogos 2012, Wednesday
MIRI- Semua bentuk bantuan yang disalurkan kepada golongan kurang berkemampuan membuktikan kerajaan sangat prihatin dalam menjaga hal ehwal dan kebajikan rakyat.
REZEKI RAYA: Ahmad Lai (dua kiri) dan Tony Pui (kiri sekali) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang golongan kurang berkemampuan di pekarangan Hotel Dynasty Miri semalam.
Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang berkata, kerajaan tidak pernah berhenti untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan sebaliknya merencanakan pelbagai program untuk mereka.
“Kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan untuk mengurangkan beban rakyat supaya golongan ini tidak berasa terasing sebaliknya turut sama menikmati bantuan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya di sini, pagi semalam.
Beliau memberitahu, kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendekati golongan kurang berkemampuan dan aktif mendaftar pemohon baharu yang layak menerima bantuan kerajaan.
“JKM di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak sentiasa mencari jalan dan kaedah yang sesuai supaya nasib golongan tidak berkemampuan ini terus mendapat pembelaan,” katanya.
Pada masa sama, keprihatinan badan korporat dalam membantu golongan kurang berkemampuan seharusnya dipuji bahkan amalan itu harus dipraktikkan oleh semua pihak.
“Hotel Dynasty Miri contohnya telah mengadakan program ini sebanyak 14 kali sebagai tanggungjawab sosial mereka membantu golongan kurang berkemampuan,” ujarnya.
Ahmad Lai menjelaskan, keprihatinan badan korporat membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan iaitu mengutamakan kebajikan rakyat dan menunaikan janji disokong sepenuhnya pihak terbabit.
“Bantuan ini diharapkan dapat menceriakan kumpulan sasar terutamanya dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya kelak,” katanya.
Sementara itu, seramai 150 penerima bantuan terdiri daripada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir mendapat sumbangan hamper, duit raya dan barangan keperluan asas.
Hadir sama ialah Residen Miri, Antonio Kahti Galis, Pengarah Urusan Hotel Dynasty Miri, Tony Pui dan Ketua JKM Cawangan Miri, Goh Yong Kiet.
Sementara itu, Tony berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berkenaan adalah anjuran bersama dengan JKM Miri.
“Pihak hotel sentiasa berbesar hati untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat Miri terutamanya kepada golongan tidak bernasib baik apabila tiba musim perayaan,” katanya.
Perayaan-perayaan dimaksudkan termasuk Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pada kali ini, seramai 150 orang menerima sumbangan termasuk duit raya, hamper dan ayam seberat 1.5 kilogram.
“Melalui kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua,” jelas beliau.
Sementara itu, Goh memberitahu salah satu objektif program berkenaan adalah untuk meraikan golongan kurang berkemampuan yang bakal menyambut Hari raya Aidilfitri.
Katanya, pihaknya sering membantu golongan berkenaan untuk meringankan beban mereka.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Buka Puasa. Show all posts
Wednesday, August 15, 2012
Badan Korporat Turut Sama Menjayakan Tanggunjawab Sosial Menjelang Ramadan
Wednesday, August 15, 2012
2012, Ahmad Lai, BN Prihatin, Buka Puasa, Iftar Ramadan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, MP Sibuti, PBB, Tanggungjawab Sosial Korporat
No comments
Ahli Parlimen Sibuti telah menyerahkan sumbangan kepada ibu tunggal dan pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Lambir di Hotel Dynasty. Ini adalah majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hotel Dynasty sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat mereka untuk meringankan beban golongan sasar sempena bulan puasa.
Semoga lebih banyak lagi badan korporat yang akan turun padang untuk menyempurnakan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Tuesday, August 14, 2012
Golongan Kurang Upaya di Sibuti Mendapat Bantuan Ihsan Perdana
Tuesday, August 14, 2012
Ahmad Lai, Buka Puasa, Iftar Ramadan, Ihsan Perdana, Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, PBB, Sibuti, Yayasan 1 Malaysia Development Berhad
No comments
Sarawak memang unik kerana bukan orang Islam sahaja yang menerima sumbangan sempena Hari Raya, tetapi orang kurang upaya daripada semua lapisan bangsa, agama dan kaum.
Ini dapat dilihat di Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ihsan Perdana Yayasan 1Malaysia Development Berhad dan Pusat Khidmat Masyarakat Wakil Rakyat P.218 Sibuti.
Semoga usaha untuk membantu golongan yang kurang upaya ini gigih diteruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan juga disamping mengharapkan bantuan daripada kerajaan.
Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sibuti yang sentiasa meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk memudahkan menjalani ibadah puasa dan meringankan beban segelintir rakyat menjelang Aidil Fitri kelak.
Pelbagai program kurangkan beban golongan sasar
MIRI: Kerajaan memperkenal pelbagai program untuk membantu mengurangkan beban golongan kurang berkemampuan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kurang seminggu lagi.
Ketua Koordinator Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, Datuk Zahari Sulaiman berkata, kerajaan menerusi Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengagihkan kira-kira RM160,000 kepada penerima yang layak.
“Melalui program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri 1MDB, kira-kira 1,000 penerima terdiri daripada warga tua, ibu tunggal, golongan kurang upaya dan anak-anak yatim menerima sumbangan masing-masing,” katanya pada Majlis Ihsan Ramadan dan Aidilfitri, kelmarin.Beliau memberitahu, program yang pada mulanya hanya dilaksanakan di Lembah Klang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan telah diperluaskan kepada 111 kawasan seluruh negara hasil keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Di Sarawak pula, sebanyak 11 kawasan sudah dikenal pasti dan kumpulan sasar di kawasan terbabit akan turut menikmati bantuan sama seperti penerima lain di 111 kawasan seluruh negara,” ujarnya.
Beliau menambah, warga emas dan ibu tunggal seramai 300 orang menerima RM200 seorang, orang kurang kemampuan (300 orang menerima RM200), anak yatim (200 orang menerima RM100) dan orang kurang upaya (200 orang menerima RM100).
Menurutnya, selain menjalankan program kemasyarakatan, 1MDB turut melaksanakan program Ihsan Samudera yang membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan pesisir pantai dan nelayan sungai.
Sumbangan, katanya, berbentuk pendidikan, kesihatan dan kebajikan dan semua bentuk bantuan ini ada-lah hasil kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan.
“Anak-anak nelayan tahun 1 hingga 6 diberikan kelengkapan sekolah, wang saku RM100 manakala ketua isi nelayan diberikan barangan keperluan asas seperti makanan berkhasiat, Milo, susu dan vitamin,” katanya.
Zahari memberitahu, bagi nelayan yang turun ke laut pula, kerajaan memberikan bantuan bot nelayan, enjin sangkut, radar GPS, pukat dan jaket keselamatan.
“Semua bantuan ini adalah komitmen kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat dan ia juga hasil usaha gigih Ahli Parlimen yang tidak serik meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat,” ujarnya.
Beliau menasihatkan penduduk Sibuti terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ahmad Lai Bujang untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Sibuti dan menolak hasutan pihak luar yang cuba memecah belah pembangunan kerajaan di Sibuti.
Monday, August 13, 2012
[Gambar] Sekitar Majlis Berbuka Puasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sibuti 2012
Monday, August 13, 2012
Ahmad Lai, Bekenu, Buka Puasa, Lambir, PBB, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Sibuti, Ripin Lamat, Sarawak, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sibuti
No comments
MIRI - Seramai 1500 orang telah membanjiri kawasan Eastwood Valley untuk berbuka puasa bersama dengan ahli Parlimen Sibuti iaitu YB Haji Ahmad Lai bin Haji Bujang. Ini menunjukkan sokongan yang padu daripada segenap lapisan masyarakat yang berbilang kaum di sekitar Parlimen Sibuti.
Kami terharu dengan keharmonian yang ditunjukkan oleh kaum dayak yang duduk bersila di lantai untuk memberi peluang kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa di atas meja yang disediakan.
Kehadiran yang begitu meriah dihadiri oleh setiap wakil ranting dari Bekenu dan Lambir. Bahkan juga turut hadir adalah golongan NGO, anak yatim, fakir miskin yang turut menerima sumbangan hari raya terlebih dahulu sejak pukul 4 petang.
Siapa kata Sibuti tidak menyokong Ahmad Lai? Inilah bukti Sibuti sayangkan Ahmad Lai dan YB Ripin turut hadir untuk memberi sokongan kepada beliau. Sesungguhnya Ahmad Lai hanyalah berkhidmat untuk Barisan Nasional dan rakyat semua sedar Barisan Nasional adalah Ahmad Lai di Sibuti, tiada tandingan dan tiada penggantinya.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar Majlis Berbuka Puasa tersebut.
Sunday, August 12, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




