PKR bertanding 12 kerusi
by Patricia Gari. 5 April 2013, Jumaat
Tiga kerusi belum pasti kerana wujud tuntutan bertindih KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding 12 kerusi Parlimen Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang .
Pengerusi PKR Negeri Baru Bian memberitahu, kerusi-kerusi itu ialah Mambong, Kota Samarahan, Lubok Antu, Batang Lupar, Hulu Rajang, Saratok, Kanowit, Sri Aman, Julau, Selangau, Baram dan Limbang.
Beliau menambah, tiga lagi kerusi Parlimen iaitu Mas Gading, Stampin dan Miri yang turut menjadi tumpuan PKR belum dapat dipastikan ketika ini kerana wujudnya tuntutan bertindih antara parti itu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan memberitahu, setakat ini calon-calon bagi lima Parlimen iaitu Saratok, Hulu Rajang, Limbang, Batang Lupar dan Baram telah disah dan diumumkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Mereka ialah Ali Biju, 40, bagi kerusi Saratok, Abun Sui Anyit, 39 (Hulu Rajang), Abang Zulkilfi Abang Engkeh, 54 (Batang Lupar), Roland Engan, 40 (Baram) dan Baru Bian, 54 (Limbang).
“Hari ini kami memperkenalkan tujuh calon berpotensi untuk tujuh lagi kerusi Parlimen yang sudah sah PKR bertanding mereka ialah Nicholas Mujah, 25 (Sri Aman), Thomas Laja, 59 (Kanowit), Ramlan Rahmat, 64 (Kota Samarahan), Andy Wong Hong Yu (Julau), Joshua Jabeng, 63 (Selangau), Nicholas Bawing, 64 (Lubok Antu) dan Willie Mongin, 38 (Mambong),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Negeri di sini semalam.
“Saya mahu memberi jaminan di sini, calon-calon untuk tujuh kerusi ini disyorkan selepas pemilihan dilakukan dengan penuh teliti selain mendapat pandangan semua pihak.
“Sebab itu parti yakin mereka ini adalah calon terbaik dan diyakini boleh membawa kemenangan kepada parti,” katanya.
Beliau bagaimanapun memberitahu bahawa senarai muktamad calon akan diumumkan oleh Anwar pada 11 April ini di Kuching sempena lawatan kerjanya ke Lubok Antu dan Selangau.
Pada sidang media sama, Baru menyangkal khabar angin mengatakan calon berpotensi PKR untuk Parlimen Lubok Antu dan Selangau telah dibeli oleh Parti Pekerja Sarawak (SWP) supaya mereka keluar daripada parti.
“Memang SWP cuba mendekati calon berpotensi kami (Nicholas Bawing dan Joshua Jabeng) tetapi tawaran mereka itu ditolak.
“Sebab kenapa Lubok Antu dan Selangau menjadi pilihan SWP, saya kurang pasti, yang pasti kerusi itu adalah dua daripada enam kerusi milik PRS (Parti Rakyat Sarawak) mahu dikuasai SWP…mungkin,”ujarnya.
Ditanya sama ada benar, Anwar mempunyai hubungan baik dengan Penasihat SWP Datuk Sng Chee Chua yang dikhabarkan calon berpotensi SWP di Selangau, Baru berkata mereka sememangnya tahu antara satu sama lain dan berkawan sejak lama.
“Sama seperti saya, kalau anda tahu adalah (Tan Sri) James Masing, kawan saya, ya memang beliau kawan saya begitu juga dengan (Tan Sri) William Mawan begitu juga (Datuk Amar) Awang Tengah Ali Hasan.
“Khabar angin mengatakan ada perjanjian antara Anwar dan Sng, setahu saya dan parti perkara ini tidak pernah berlaku…sebab itu adalah sangat penting Anwar datang ke Sarawak pada 11 April ini, diharap beliau akan menjawab segala kekeliruan ini,” jelasnya.
Hadir sama pada sidang media itu Timbalan Presiden PKR Negeri Ali Biju dan Naib Presiden PKR See Chee Haw.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Chong Chieng Jen. Show all posts
Showing posts with label Chong Chieng Jen. Show all posts
Friday, April 5, 2013
PKR Masih Bertindih Menuntut Kerusi Bersama DAP!
Friday, April 05, 2013
Anwar Ibrahim, Baru Bian, Chong Chieng Jen, DAP, Ketua Pembangkang, PKR, PRU13, Sarawak
No comments
Baru Bian cuma berani menuntut 12 kerusi bagi PKR tetapi Ketua Cabang PKR Miri Dr Michael Teo sudah menuntut kerusi Miri! Adakah ini bermakna PKR sudah menuntut 13 kerusi? Bagaimana pula halnya dengan DAP yang sentiasa menjanjikan kemenangan buat pakatan haram?
Adakah Chong Chieng Jen akan membenarkan kerusi DAP dirampas terus memandangkan Wong Ho Leng tidak lagi melibatkan dirinya dalam jentera parti PR? Adakah ini bermaksud Baru Bian tidak menghormati Chong Chieng Jen menyebabkan dia berani menuntut kerusi Miri?
Friday, June 29, 2012
Kenapa Wakil Rakyat DAP Lambat Bertindak?!
Friday, June 29, 2012
Anjing DAP, Chong Chieng Jen, DAP, Jerebu, Jerip Susil, Kuching, Miri, SUPP, Violet Yong
No comments
Langkah bijak daripada Menteri Muda Kesihatan Awam tatkala jumlah kes asma semakin menular akibat IPU yang tinggi. Semoga usul yang dibawa oleh Dr Jerip akan disegerakan untuk tindakan oleh Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar. Ini akan mengurangkan lagi ancaman HFMD dan kes asma di Sarawak.
Sepatutnya wakil rakyat yang berpusat di bandaraya mengusulkan hal ini tetapi mereka tengah sibuk untuk merebut kerusi parlimen sehinggakan lupa tanggungjawab kepada rakyat. Inikah contoh wakil rakyat DAP yang proaktif? Mereka juga yang banyak menjadi wakil rakyat di bandaraya dan kota di Sarawak! Kenapa apabila isu kesihatan timbul maka mereka tidak berbuat apa-apa? Wakil rakyat sebegini tidak patut dicalonkan baik di dalam Dewan Negeri atau Dewan Rakyat!
Pembenihan awan harus disegerakan di kawasan catat IPU tinggi: Dr Jerip
Posted on June 29, 2012, Friday
KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil mahu pembenihan awan segera dilakukan terutama di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.
“Kita sekarang sudah mengalami cuaca kering selama tiga minggu, sepatutnya pembenihan awan bermula serta-merta supaya hujan dapat membantu menurunkan IPU,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau yakin Jabatan Meteorologi Negeri kini sudah merancang bagi tujuan tersebut dan hanya menunggu waktu pelaksanaannya.
“Mungkin Jabatan Meteorologi sedang menilai situasi kerana ia bergantung kepada atmosfera.
“Walaupun pembenihan awan dilakukan, jika hujan tidak turun ia juga tidak akan membantu.
“Jadi, saya rasa Jabatan Meteorologi bersama pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar sedang mencari masa yang sesuai untuk menjalankan pembenihan awan bagi impak maksimum untuk memastikan hujan turun,” katanya.
Jelas beliau, musim kemarau yang berlarutan kini telah menyebabkan banyak kampung yang mendapatkan bekalan air menggunakan sistem graviti terjejas.
Berhubung masalah kesihatan rakyat, Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh berkata setakat ini ia masih dalam keadaan terkawal.
Tambah beliau, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan, keadaan agak baik dengan jumlah kes tidak begitu serius selain jumlah kesan sampingan kepada kesihatan juga tidak begitu banyak.
“Di Miri, laporan tidak terlalu teruk… saya telah berhubung dengan hospital di sana dan seperti biasa kebanyakan kes adalah kes asma, tiada peningkatan.
“Begitu juga di Kuching, tiada peningkatan kes kecuali bagi serangan asma biasa,” katanya.
Mengenai penularan penyakit, Dr Jerip memberi amaran bahawa penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mungkin akan menular meskipun sekarang ia masih dianggap pada paras selamat.
“Ia (HFMD) mungkin akan meningkat lagi… kita boleh menganggap ia akan timbul semula disebabkan musim kemarau,” katanya.
Selain itu menurut beliau, kadar IPU yang tinggi juga boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti hidung tersumbat, sakit kerongkong dan sebagainya.
Namun demikian, Dr Jerip memberi jaminan bahawa semua penyakit ini sedang dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan ia terkawal.
Tambah beliau, fokus pemantauan juga akan diberikan di kawasan yang terjejas teruk.Terdahulu, Dr Jerip menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM85,500 kepada sembilan organisasi di sini.
Antaranya ialah Jawatankuasa Sosial – Ekonomi Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Simunjan sebanyak RM5,000 untuk menampung keperluan mangsa-mangsa kebakaran di Sebuyau baru-baru ini), Gereja St Mark (RM30,000), Gereja Anglikan St Bernard Sadir (RM5,000), Gereja St Ambrose Kampung Kopit (RM10,000), JKKK Kampung Kopit (RM10,000), CUEPACS Sarawak (RM5,000), Persatuan Klan Jong Kuching/Samarahan (RM15,000), Kawasan Rukun Tetangga Taman Siniawan (RM5,000) dan Unit SABERKAS Taman BDC (RM500)
Sunday, March 18, 2012
DAP Sarawak Sinonim Dengan Samseng?!!!
Sunday, March 18, 2012
Azlan Abdullah, Chong Chieng Jen, Christina Chew, DAP, Frusis Lebi, Pembangkang, Sarawak, Violet Yong, Wong Ho Leng, Wong King Wei
No comments
Dengan adanya pendedahan demi pendedahan mengenai Datuk Seri Lau Wei Kiong oleh Azlan Abdullah yang kini terlantar di Hospital Umum Sarawak!??? Pihak DAP telah bertindak biadap tanpa segan silu lagi apabila rahsia mereka sudah dibongkar?!!! Kini DAP mula menunjukkan belang samseng mereka di sekitar Kuching!!??
![]() |
| Sewaktu pendedahan?!! |
Sila lihat artikel wira kenyalang bagaimana DAP menunjukkan belang mereka?!! Mereka ingat dengan berbaju kenyalang merah yang digelar Ubah, maka mereka boleh memasuki semua jabatan kerajaan tanpa berpakaian formal?!!! Mereka sudah taksub dengan burung Ubah sehingga burung tersebut sudah menjadi baju korporat mereka??!!! Inilah akibatnya melantik jurujual insurans dan pakar jualan terus menjadi ahli parti!!?? Mereka ini juga sudah membawa keadilan di tangan mereka eh silap sudah menunggang keadilan?!!! Mereka ingat dengan menghantar samseng untuk memukul Azlan maka mereka boleh bertindak seperti itu di mana-mana sahaja di Sarawak?!!! Sila lihat di sini. Adakah DAP akan sinonim dengan samseng?!!!
![]() |
| Selepas pendedahan?!?!! |
DAP SARAWAK TUNJUK SAMSENG DI PEJABAT SPRM KUCHING
wira kenyalang 18 Mac 2012
Berlagak seperti samseng, DAP Sarawak yang diketuai ADUN Padungan, Wong King Wei telah bersama Frusis Lebi, pekebun yang diberhentikan bantuan kebajikannya atas sebab bukan OKU dan menjadi penyokong tegar Pembangkang semasa PRN Sarawak, April lepas telah bertindak samseng dan kurang ajar terhadap pengawal keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga.
Difahamkan kumpulan DAP itu telah merempuh sehingga berlaku pergelutan dengan pengawal keselamatan. Rempuhan itu ekoran larangan pengawal keselamatan yang menghalang kumpulan itu memasuki pejabat SPRM dan Bangunan Sultan Iskandar atas alasan mereka memakai baju ‘roket’ yang berlambangkan parti.
Turut mengiringi Wong King Wei ialah ADUN Batu Kawah, Christina Chew dan Ketua DAP Sri Aman, Leon Jimat Donald.
Kejadian yang berlaku jam 10.30 pagi itu telah menyebabkan ‘mereka’ menjadi perhatian orang ramai yang berurusan di Bangunan Sultan Iskandar. Tidak ketinggalan ada di kalangan orang ramai yang mencaci tindakan YB’s DAP itu yang disifatkan kurang ajar kerana tidak memathui peraturan dan undang-undang.Sebelum ini, orang ramai yang berurusan di Bangunan Sultan Iskandar khususnya di jabatan-jabatan kerajaan tidak menjadi masalah kerana mereka mematuhi undang-undang.
Bagaimanapun, perkara ini atau peraturan yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan dengan tidak diikuti atau dipenuhi wakil rakyat DAP. Malah, mereka lebih bersikap aggresif dengan bertindak kasar. Jika ini berlaku, bagaimana pula agaknya apabila mereka memerintah?
Hanya disebabkan tidak mahu menukar baju dan tetap dengan keputusan mereka itu menyebabkan kumpulan itu tidak dapat memasuki pejabat SPRM.Itulah DAP yang bukan sahaja parti kurang ajar tetapi juga samseng dengan tidak mahu mengikuti peraturan yang ditetapkan. Jika orang ramai boleh mematuhi undang-undang kenapa tidak wakil rakyat DAP? Hanya kerana wakil rakyat, apakah ini lesen kepada menghalalkan perbuatan samseng???
Subscribe to:
Posts (Atom)








