Friday, June 29, 2012

Kenapa Wakil Rakyat DAP Lambat Bertindak?!

Langkah bijak daripada Menteri Muda Kesihatan Awam tatkala jumlah kes asma semakin menular akibat IPU yang tinggi.  Semoga usul yang dibawa oleh Dr Jerip akan disegerakan untuk tindakan oleh Jabatan Meteorologi dan Jabatan Alam Sekitar.  Ini akan mengurangkan lagi ancaman HFMD dan kes asma di Sarawak.

Sepatutnya wakil rakyat yang berpusat di bandaraya mengusulkan hal ini tetapi mereka tengah sibuk untuk merebut kerusi parlimen sehinggakan lupa tanggungjawab kepada rakyat.  Inikah contoh wakil rakyat DAP yang proaktif?  Mereka juga yang banyak menjadi wakil rakyat di bandaraya dan kota di Sarawak!  Kenapa apabila isu kesihatan timbul maka mereka tidak berbuat apa-apa?  Wakil rakyat sebegini tidak patut dicalonkan baik di dalam Dewan Negeri atau Dewan Rakyat!
Pembenihan awan harus disegerakan di kawasan catat IPU tinggi: Dr Jerip

Posted on June 29, 2012, Friday

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil mahu pembenihan awan segera dilakukan terutama di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tinggi.

“Kita sekarang sudah mengalami cuaca kering selama tiga minggu, sepatutnya pembenihan awan bermula serta-merta supaya hujan dapat membantu menurunkan IPU,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau yakin Jabatan Meteorologi Negeri kini sudah merancang bagi tujuan tersebut dan hanya menunggu waktu pelaksanaannya.

“Mungkin Jabatan Meteorologi sedang menilai situasi kerana ia bergantung kepada atmosfera.

“Walaupun pembenihan awan dilakukan, jika hujan tidak turun ia juga tidak akan membantu.

“Jadi, saya rasa Jabatan Meteorologi bersama pelbagai agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar sedang mencari masa yang sesuai untuk menjalankan pembenihan awan bagi impak maksimum untuk memastikan hujan turun,” katanya.

Jelas beliau, musim kemarau yang berlarutan kini telah menyebabkan banyak kampung yang mendapatkan bekalan air menggunakan sistem graviti terjejas.

Berhubung masalah kesihatan rakyat, Dr Jerip yang juga ADUN Bengoh berkata setakat ini ia masih dalam keadaan terkawal.

Tambah beliau, berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan, keadaan agak baik dengan jumlah kes tidak begitu serius selain jumlah kesan sampingan kepada kesihatan juga tidak begitu banyak.

“Di Miri, laporan tidak terlalu teruk… saya telah berhubung dengan hospital di sana dan seperti biasa kebanyakan kes adalah kes asma, tiada peningkatan.

“Begitu juga di Kuching, tiada peningkatan kes kecuali bagi serangan asma biasa,” katanya.

Mengenai penularan penyakit, Dr Jerip memberi amaran bahawa penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) mungkin akan menular meskipun sekarang ia masih dianggap pada paras selamat.

“Ia (HFMD) mungkin akan meningkat lagi… kita boleh menganggap ia akan timbul semula disebabkan musim kemarau,” katanya.

Selain itu menurut beliau, kadar IPU yang tinggi juga boleh menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan seperti hidung tersumbat, sakit kerongkong dan sebagainya.

Namun demikian, Dr Jerip memberi jaminan bahawa semua penyakit ini sedang dipantau oleh Jabatan Kesihatan bagi memastikan ia terkawal.

Tambah beliau, fokus pemantauan juga akan diberikan di kawasan yang terjejas teruk.
Terdahulu, Dr Jerip menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM85,500 kepada sembilan organisasi di sini.

Antaranya ialah Jawatankuasa Sosial – Ekonomi Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Simunjan sebanyak RM5,000 untuk menampung keperluan mangsa-mangsa kebakaran di Sebuyau baru-baru ini), Gereja St Mark (RM30,000), Gereja Anglikan St Bernard Sadir (RM5,000), Gereja St Ambrose Kampung Kopit (RM10,000), JKKK Kampung Kopit (RM10,000), CUEPACS Sarawak (RM5,000), Persatuan Klan Jong Kuching/Samarahan (RM15,000), Kawasan Rukun Tetangga Taman Siniawan (RM5,000) dan Unit SABERKAS Taman BDC (RM500)

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda