PAS kantoi menipu lagi! Kali ini cuba memainkan isu myKad yang tidak siap. PAS memang sudah terdesak sehingga semua benda kecil yang masih dalam proses pembikinan telah dibangkitkan. Cubalah PAS mainkan isu kenapa tiada hujan di Sibuti atau di Miri? Ini barulah isu yang paling tepat sekarang ini?
Lain kali cubalah dapatkan situasi sebenar dan jangan hanya mendengar sebelah telinga sahaja! Maklumat yang disampaikan pun menjadi tidak jelas. Gara- gara Jofree ingin menjadi calon PRU13 PAS di Sibuti!!?
Tuduhan PAS penduduk Rh Sengkabang tiada MyKad tidak benar
Posted on June 27, 2012, Wednesday
MIRI: Tuduhan liar PAS yang mendakwa penduduk asal Rumah Sengkabang, Sibuti tidak memiliki MyKad adalah tidak tepat sebaliknya ia hanya satu pembohongan nyata parti pembangkang.
Kaunselor Engkamat Juna berkata, semua tuduhan tersebut adalah tidak benar sebaliknya penghuni rumah terbabit sudah memohon MyKad sebelum ini.
“Mereka sudah memohon kad pengenalan atau MyKad tetapi ia sedang diproses oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan semua tuduhan tersebut tidak tepat sama sekali,” katanya.
Beliau memberitahu, isu itu sengaja dibangkitkan oleh pihak PAS berikutan mereka ketandusan idea bagi meraih sokongan daripada penduduk setempat terutama majoriti masyarakat Iban.
“Sebahagian besar penduduk Rumah Sengkabang memiliki MyKad manakala selebihnya masih dalam proses pendaftaran dan akan siap dalam tempoh yang dijanjikan,” katanya.
Sementara itu, PAS menerusi Timbalan Pesuruhjayanya Jofri Jaraiee mendakwa bahawa penduduk rumah panjang itu ibarat pendatang asing kerana tidak memiliki dokumen pe-ngenalan diri yang sah.
“Antara nama-nama yang dikesan tidak memiliki MyKad ialah Linda Renggie, 32, Connylia Bunga Kubong, 7, Degeles Ingkie Kubong, 6, dan ramai lagi,” katanya.
Beliau memberitahu, masalah penduduk asal tidak memiliki MyKad akan menyebabkan masalah dokumentasi seperti dalam permohonan pekerjaan, pelajaran dan sebagainya.
Jofri turut menjelaskan, antara faktor penduduk luar bandar gagal memohon MyKad adalah disebabkan kemudahan jalan raya yang masih lagi daif dan kos pengangkutan.
0 comments:
Post a Comment