Ribuan penduduk Miri sambut ketibaan Najib
by Connie Sylvia Mesa. Utusan Borneo
MIRI (21 Feb 2013): SEKITAR 2,000 penduduk di sini menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Miri petang semalam.
Najib dan Rosmah tiba di Miri pada jam 4.30 petang dan disambut mesra oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.
APA KHABAR?: Taib serta Ragad (kanan) bersalaman menyambut ketibaan Najib serta isteri.
Antara yang hadir menyambut ketibaan beliau ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin serta isteri Datin Seri Ruby Chin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin serta dif-dif kehormat yang lain.
Beliau turut disambut dengan persembahan tarian etnik Orang Ulu dan Iban serta persembahan tarian singa, selain sorakan serta kibaran bendera Barisan Nasional (BN) dan bendera parti komponen Sarawak daripada rakyat yang teruja dengan ketibaan pemimpin nombor satu negara itu.
Selepas ketibaan di Miri, Najib terus ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan bagi majlis perasmian sekolah berkenaan yang ditubuhkan atas usaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan mula beroperasi pada 3 Januari 2007.
BERJIWA RAKYAT: Najib tidak melepaskan peluang bersalaman dengan rakyat yang menyambut ketibaannya seawal jam 2 petang semalam.
Sekolah yang turut kebanyakannya adalah Bumiputera selain pelajar Cina juga melambangkan sekolah yang berkonsepkan 1Malaysia.
Selepas merasmikan sekolah berkenaan, Najib serta rombongan kehormatnya yang lain menghadiri majlis makan malam sempena Tahun Baharu Cina di Eastwood Valley Golf & Country Club anjuran SUPP di sini.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Ragad Walid. Show all posts
Showing posts with label Ragad Walid. Show all posts
Thursday, February 21, 2013
Penduduk Miri Dahului Sambutan Ketibaan Najib ke Sarawak!
Thursday, February 21, 2013
Abdul Taib Mahmud, BN, Ketua Menteri Sarawak, Lapangan Terbang Miri, Miri, Najib Razak, Najib Razak ke Sarawak, Najib Razak Lawat Sarawak Feb 2013, PBB, Perdana Menteri Malaysia, PRS, Ragad Walid, SPDP, SUPP
No comments
Pemimpin berjiwa rakyat kini dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak bermula di Miri. Beribu-ribu rakyat telah menunggu di Lapangan Terbang Miri semalam untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri yang pemurah dan baik hati. Beliau disambut oleh Ketua Menteri Sarawak bersama rakyat Miri dan juga parti komponen Barisan Nasional Sarawak.
Lagi gambar sempena lawatan boleh dilihat di pautan berikut. Sumber daripada facebook friend DS Najib Razak.
[Gambar] Sekitar Sambutan Ketibaan Lawatan Kerja Oleh Perdana Menteri Malaysia ke Miri, Sarawak pada 20 Feb 2013
Thursday, February 21, 2013
Ahmad Lai, Ketua Menteri Sarawak, Lapangan Terbang Miri, Najib Razak, Najib Razak ke Sarawak, Najib Razak Lawat Sarawak Feb 2013, PBB, Perdana Menteri Malaysia, Peter Chin, PRS, Ragad Taib, Ragad Walid, Rosmah Mansur, Sibuti, SPDP, SUPP
No comments
Monday, January 14, 2013
[Gambar] Sambutan Ketibaan Ketua Menteri Sarawak di Lapangan Terbang Miri 14 Jan 2013
Monday, January 14, 2013
Abdul Taib Mahmud, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Batang Lupar, Bekenu, Fatimah Abdullah, Isteri Ketua Menteri Sarawak, Kelab BN, Lawrence Lai, Nancy Shukrie, P218, PBB, PRU13, Ragad Walid, Ripin Lamat, Rohani Karim, Rosey Yunus, Taib Mahmud
No comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

























































