PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label OPS Sulu. Show all posts
Showing posts with label OPS Sulu. Show all posts

Saturday, March 9, 2013

Sultan Kiram III Pengamal Ilmu Batin?


Sultan Jamalul Kiram III merupakan pengamal ilmu batin? Menurut laman pengeRindu Sultan Jamalul Kiram III telah mengasap kemenyan apabila mendengar rakyat Malaysia berdiri untuk solat hajat. Apakah kegunaan mengasap kemenyan ini?

Menurut orang yang lebih dahulu makan garam, mengasap kemenyan ini merupakan salah satu upacara ilmu batin untuk menyeru pertolongan jin, iblis mahupun syaitan!

Ikutilah pembongkaran oleh PengeRindu dibawah ini.

Terkini & Gempar: Sultan Sulu Kiram Seru Jin Iblis Syaitan Bantu Tenteranya di Sabah

Oleh PengeRindu
8 Mac 2013

Sebilangan Foto Kematian Tentera Saitan of Sulu Jamalul Kiram III di tangan PDRM & ATM Malaysia. ( 52 Kematian Tentera Saitan Sulu Kiram ) 79 Ditahan . Update 8 March 2013 .


Singa Sulu kini tinggal kenangan


Kerajaan Sultan Jamalul Kiram III ( Saitan of Sulu Kiram Jamalul Tiram III ) hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.“Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika.

Saitan Sulu juga menghidapi menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit jantung akibat daripada terlalu banyak memuja Jin dan Iblis .

Selepas Rakyat Malaysia beramai-ramai Solat Hajat semalam dan hari ini ternyata Sultan Kiram dan tentera Suluk Kepanasan dan kini dilihat Sultan Kiram sedang membuat satu 'upacara' dinyakni sebagai 'peninding/kebal' menyeru Jin untuk bala Tenteranya di Sabah.


Kemenyan diperasap untuk menyeru 'jin-jin' bagi diresapkan dihantar kepada anak buahnya di Sabah.



Sekarang ATM & Polis Malaysia bukan berperang dengan Manusia , kini mungkin berperang dengan 'JIN' atau Syaitan dikalangan Tentera Suluk Kiram .


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, March 6, 2013

49 Lanun Sulu Terbunuh Setakat Ini

Menurut Utusan Online seramai 49 lanun Sulu sudah terbunuh dalam Ops Daulat.   Tiada anggota keselamatan kita yang cedera setakat ini.  Semoga lebih cepat pihak keselamatan membasmi lanun Sulu.
30 lagi pengganas Sulu maut
ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Sabah, semalam. - BERNAMA
LAHAD DATU 5 Mac - Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.

Serangan yang dinamakan 'Ops Daulat' itu bermula pukul 7 pagi apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan kekuatan tiga pesawat F-18D Hornet dan lima Hawk 208 menggugurkan sekurang-kurangnya enam bom panduan laser di kawasan musuh berkubu.

Fasa kedua serangan pula dimulakan sebaik sahaja pesawat F-18D Hornet dan Hawk 208 berlalu, apabila Tentera Darat yang menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) bagi melihat kesan kemusnahan akibat pengeboman dan kemudian bertindak melepaskan tembakan mortar.

Kemudian fasa ketiga iaitu sesi pembersihan musuh dilancarkan oleh kira-kira 2,000 anggota Tentera Darat dan PDRM termasuk unit komando dari Grup Gerak Khas (GGK) serta VAT 69 dengan dibantu kenderaan perisai jenis Condor bagi menghapuskan saki-baki musuh.

Tumpuan serangan ialah di kawasan ladang kelapa sawit berbukit dan berpaya seluas empat kilometer, di mana lebih 100 pengganas Sulu diketuai Azzumudie yang bertindak membunuh dua anggota komando VAT 69 pada 1 Mac lalu selepas berpura-pura menyerah diri berada.

Pada masa yang sama, pemeriksaan dari rumah ke rumah juga dilakukan secara teliti oleh GGK dan VAT 69 kerana pengganas Sulu dikesan cuba melengah dan menyukarkan operasi pihak keselamatan dengan menyamar sebagai penduduk kampung berketurunan Suluk.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam sidang akhbar selepas operasi itu berakhir menyifatkan operasi itu satu kejayaan kepada pihak keselamatan negara hasil kerjasama erat antara ATM dan PDRM menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Selain semangat tinggi yang ditunjukkan anggota tentera dan polis, seperkara lagi yang begitu membanggakan ialah kerjasama erat yang terjalin di antara kedua-dua unit pasukan beruniform ini dalam operasi pembersihan di Kampung Tanduo," katanya di sini hari ini.

Pujian serupa turut diberi Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang bangga dengan semangat membara anggota keselamatan negara yang terlibat dalam 'Ops Daulat' bagi menghapus pengganas asing berkat sokongan serta dorongan kuat seluruh rakyat Malaysia.

Jumaat lalu, dua anggota VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud maut ditembak di kepala selepas terpedaya dengan taktik keji pengganas Sulu yang mengibar bendera putih sebelum bertindak menyerang anggota keselamatan.

Esoknya, enam lagi wira negara tumpas diserang hendap kumpulan penceroboh di Simunul, Semporna dengan dua daripada anggota polis tersebut dibunuh kejam apabila pengganas Sulu memenggal kepala dan membelah dada mangsa sebelum mengeluar organ dalaman.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia dimaklumkan sehingga tengah malam tadi operasi pembersihan masih dijalankan oleh tentera dan polis tetapi dilakukan secara berhati-hati kerana dipercayai masih terdapat saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit.

Langkah berhati-hati itu perlu dilakukan kerana pengganas Sulu yang disokong tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) memiliki kemahiran tinggi dalam taktik peperangan gerila dan telah banyak kali bertempur dengan tentera Filipina sebelum ini.

Bongkar! Bekas Setiausaha Sulit Dedah Hubungan Anwar Ibrahim Dengan MNLF

Anwar Ibrahim semakin gelisah, bekas Setiausaha Sulit beliau tengah mengumpul bukti untuk menunjukkan campurtangan pegawai Filipina dari MNLF dalam PRU-12 pada tahun 2008.  

Buat masa ini, Rahimi sedang giat mengumpul bukti untuk mengaitkan 4 pengawal peribadi Anwar daripada MNLF yang setanding dengan komando.  
Rahimi akan dedah kaitan Anwar dengan MNLF
Oleh Utusan Online AZMAN IBRAHIM
MUHAMAD RAHIMI OSMAN
KUALA LUMPUR 6 Mac - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman akan mendedahkan hubungan bekas majikannya itu dengan rakan-rakan berpengaruh dari Filipina yang mungkin mempunyai kaitan dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Menurut Rahimi, beliau akan membuat pendedahan itu sejurus kemelut pencerobohan sempadan negara oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu reda bagi menghormati tugas pasukan keselamatan negara.

Kata beliau, Anwar dikatakan mempunyai beberapa rakan dari Filipina yang berpengaruh dan mempunyai kaitan dengan politik pembangkang di negara jiran itu serta pembangkang di negara ini.

"Saya dalam proses mencari lebih banyak bukti dan maklumat mengenai perkaitan dan perhubungan Anwar dengan rakan-rakannya yang mempunyai kaitan dengan MNLF.

"Apa yang pasti, empat hingga lima rakan Anwar dari Filipina itu telah membantunya pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 yang lalu. Rakan-rakan Filipina Anwar ini ada kemungkinan mempunyai hubungan rapat dengan MNLF,’’ katanya kepada Utusan Online, ketika dihubungi hari ini.

Rahimi dalam blog AnwarAIDC sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu pernah menggunakan khidmat empat pengawal keselamatan yang berasal dari Filipina.

Keempat-empat individu itu adalah Daniel Cruz, Noel Del Rosario, Alfred Sese serta Bong Oteyza dan anggota-anggota itu terlatih setanding pasukan komando dan pelbagai kepakaran lain. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, March 5, 2013

OPS Sulu - Lahad Datu :Mopping Up In Progress

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara telah disiarkan di laman media FB PDRM dan juga dipetik oleh media utama disiarkan di bawah.  

Orang ramai diminta tidak menghampiri kawasan zon panas iaitu sekitar Kampung Tanduo.  Anggaran lanun terkorban belum dapat dimaklumkan lagi
OPS SULU - Sidang Media Ketua Polis Negara

5 Mac 2013 Utusan Online
 
Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo. 

Baca Blog Dalam Facebook Anda