PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Joseph Salang. Show all posts
Showing posts with label Joseph Salang. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!


Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.

Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!

Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?

Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!

SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa



KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.

Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.

“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.

Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.

Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.

Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.

Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.

Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

- Posted using BlogPress from my New iPad

Thursday, July 19, 2012

Masing Harap SPDP Selesai Masalah Judat

Masing mampu pertahan semua 6 kerusi milik PRS.  PRS ketika ini berhadapan dengan SWP yang menjadi pencabar utama di setiap kerusi parlimen.  PRS menghadapi satu kerusi yang tidak disenangi oleh Judat dari SPDP.  Masing berharap SPDP akan menyelesaikan masalah Judat demi kebaikan BN. 
PRS mampu pertahan semua kerusinya

by Reno Benjamin. 
Utusan Borneo 19 Julai 2012,Khamis
Masing yakin PRS dapat pertahan Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu, Hulu Rejang

SIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing sekali lagi mengulangi keyakinan parti itu dalam mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurut James, berdasarkan maklum balas positif yang diterima, beliau yakin PRS dapat mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan iaitu kerusi Parlimen Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rejang.

“Secara ringkasnya, kita amat yakin dapat mengekalkan kesemua keenam-enam kerusi ini,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dan Makan Tengah Hari Bersama Presiden dan Pemimpin PRS bagi Kawasan Parlimen Selangau, Julau dan Kanowit di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama ialah ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh, ADUN Ngemah Alexander Vincent serta yang lain. Dialog telah disertai lebih 180 ahli parti.

James yang juga Menteri Kemajuan Tanah memberitahu, hasil maklum balas yang diperolehi ketika dialog yang melibatkan Ketua Bahagian, Wanita dan Pemuda itu, PRS yakin dapat mempertahankan Selangau, Julau dan Kanowit.

Dialog sama katanya, telah dianjurkan di Sri Aman dan Lubok Antu minggu lepas yang dihadiri kira-kira 250 ahli parti, dimana beliau juga telah menerima maklum balas yang positif.

“Mungkin ada masalah tetapi masalah itu tidak banyak dan dapat kita atasi,” jelas beliau sambil memberitahu masalah di kerusi Selangau yang disandang oleh Datuk Joseph Entulu Blaun kini hanya melibatkan Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Sementara di Julau menurut James, masalah melibatkan SWP dan juga ADUN Meluan, Wong Judat, yang dikatakan hendak bertanding menentang penyandang kerusi terbabit, Datuk Joseph Salang Gandum.

James memberitahu, PRS tidak dapat menyelesaikan masalah membabitkan Wong Judat kerana beliau (Wong) bukan ahli PRS, sebaliknya ahli Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).

“Namun kita berharap agar SPDP akan menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah Wong dianggap telah keluar dari Barisan Nasional (BN) jika beliau menandatangi surat penamaan calon bagi menentang Salang pada PRU13 nanti.

Menyentuh mengenai kerusi Hulu Rejang, James memberitahu Wilson Ugak mungkin seorang calon baharu tetapi merupakan muka lama di kawasan Hulu Rejang.

Ini kerana katanya, Wilson telah berkhidmat 20 tahun dalam parti dan 15 tahun sebagai Setiausaha Politik, selain pernah menjadi pengurus kempen pilihan raya selama lima penggal bagi Datuk Billy Abit Joo dan tujuh penggal bagi beliau sendiri (James).

“Beliau (Wilson) bukan muka baharu di Hulu Rejang,” ujarnya sambil memberitahu sokongan Orang Ulu di kawasan terbabit kepada Wilson juga tidak ada masalah.

Kerusi Parlimen Hulu Rejang buat masa ini disandang oleh Datuk Billy Abit.

Baca Blog Dalam Facebook Anda