Orang ramai dijemput sertai kempen menderma darah
Utusan Borneo 10 Disember 2012, Isnin
MIRI: Orang ramai adalah dijemput bagi menyokong dan menyertai kempen menderma darah The Miri Community Mass Blood Donation pada 16 Disember ini di Permy Mall Miri bermula jam 9.30 pagi hingga 2 petang.
Menurut jurucakap penganjur, pelbagai organisasi di sini telah tampil bagi menyertai dan menjayakan kempen berkenaan yang bertujuan untuk menambah keperluan bekalan darah khususnya menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu.
Antara organisasi yang terlibat ialah Bank Darah Hospital Miri, Jawatkuasa Petugas Derma Darah Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Miri, Persatuan Klan Lau, MYAC, Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA), Lembaga Hasil Dalam Negeri, Radio Televisyen Malaysia (RTM), NamLiFa, Persatuan Tian Miri, Persatuan Dayak Miri, Miri Life Care Society, Persatuan Klan Chan dan lain-lain.
“Objektif utama penganjuran kempen itu adalah untuk memastikan bekalan darah mencukupi pada musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu nanti, selain menggalakkan masyarakat setempat menyumbangkan sesuatu terhadap mereka yang memerlukan.
“Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat meningkatkan kesedaran dan mewujudkan semangat kerjasama serta prihatin di kalangan masyarakat,” katanya.
Pihak penganjur mensasarkan sejumlah 100 pain darah dapat dikumpul menerusi kempen berkenaan.
Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi koordinator The Miri Community Mass Blood Donation, Karambir Singh di talian 016-8785500.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Permy Mall. Show all posts
Showing posts with label Permy Mall. Show all posts
Monday, December 10, 2012
Mari Derma Darah di Permy Mall
Monday, December 10, 2012
Kempen Derma Darah, Miri, Miri Community Mass Blood, Permy Mall, Sarawak
No comments
Orang ramai dijemput untuk hadir ke Permy Mall pada 16 Disember ini untuk bersama-sama menderma darah.
Acara yang dianjurkan oleh The Miri Community Mass Blood ini mensasarkan 100 pain dari warga Miri. Semoga usaha murni mereka ini berhasil menyambung nyawa mereka yang memerlukan darah!
Subscribe to:
Posts (Atom)




