PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Atlet Terjun Negara. Show all posts
Showing posts with label Atlet Terjun Negara. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

Pandelela Penerima Johan Bintang Kenyalang Paling Muda di Sarawak!


Kejayaan Pandelela yang dapat meraih pingat gangsa semasa Temasya Sukan Olimpik di London yang lalu telah mendapat pengiktirafan daripada Gabenor negeri Sarawak.

Beliau telah menerima penganugerahan pingat Johan Bintang Kenyalang dan juga biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajiannya ke Australia.

Ini adalah contoh terbaik di mana anak daripada keluarga orang susah yang berjaya dengan berkat usaha dan ketekunan yang gigih untuk meraih kejayaan!

Semoga lebih ramai lagi anak Sarawak yang akan bangkit untuk mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pandelela menerima JBK
by Sandy Mark Luna.

Utusan Borneo 22 Ogos 2012, Rabu


JASA DIHARGAI: Tun Salahuddin (tiga kiri) serta isterinya Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (tengah) merakam kenangan bersama Pandelela (dua kanan), Taib (dua kiri) Pamg (kiri), Ragad (tiga kanan) dan Hartini (kanan).

KUCHING: Pandelela Rinong Pamg menerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK) daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin semalam.Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu merupakan penerima pingat JBK termuda di Sarawak, selepas berjaya membawa balik pingat gangsa pada Sukan Olimpik yang lalu dalam acara terjun.

“Masa nak pergi ambil (anugerah) tadi saya rasa sangat gementar, malah lebih gementar daripada terjun sebab saya pertama kali mendapat penghargaan sebegini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penyampaian Pingat di Astana Negeri, semalam.

Beliau turut ditemani oleh ibu bapanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim serta dua atlet kebangsaan Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas.

Hadir sama, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Pandelela turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tun Salahuddin atas penghormatan tersebut.

“Ia juga merupakan kebanggaan keluarga saya dan warga Bidayuh,” katanya.

Mengenai biasiswa daripada kerajaan negeri, katanya beliau hanya akan melanjutkan pelajaran setelah berjaya mendapatkan semula fokus terhadap pelajaran.

“Tumpuan sekarang masih kepada latihan. Tetapi memandangkan selepas Olimpik (lalu) tidak ada sukan lain sehingga tahun depan, saya dapat fokus kepada pelajaran,” katanya.

Ditanya beliau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang apa, Pandelela sekadar memberitahu:
“Tidak tahu. Belum kenal pasti apa yang saya minat tetapi apa yang pasti, saya tidak suka Matematik Tambahan,” katanya secara berseloroh.

Sementara itu, ayahnya Pamg memberitahu bahawa mereka sekeluarga amat berbesar hati atas anugerah yang dikurniakan Tun Salahuddin.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya berasa amat berbangga, lebih-lebih lagi ini kali pertama mendapat anugerah,” katanya.

Manakala Menteri Muda Belia (Bandar) Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan pencapaian Pandelela merupakan bukti ‘tidak ada apa yang mustahil’, sekiranya seseorang berbekalkan kecekalan untuk berjaya.

“Daripada maklumat yang saya dapat, Pandelela berasal daripada keluarga yang susah tetapi dengan kecekalan dan azam tinggi, beliau kini menjadi seorang yang berjaya.

“Saya berharap golongan belia boleh mendapat inspirasi daripada beliau lebih-lebih lagi setelah beliau diberi penghargaan dalam bentuk insentif oleh kerajaan negeri,” katanya.

Saturday, August 18, 2012

Wanita Pertama Mendapat Pingat Olimpik Negara Bakal Jadi Datuk?


Adakah Pandelela bakal mendapat gelaran 'Datuk'? Beliau merupakan rakyat Sarawak yang pertama meraih pingat dalam acara sukan Olimpik dan ini merupakan suatu penghargaan yang unggul! Belum ada lagi yang mengharumkan nama Sarawak sehingga ke peringkat dunia!

Adakah Sarawak akan sebati dengan acara sukan berkaitan dengan air atau selepas ini akan ada wirawan atau wirawati yang lain muncul untuk setiap acara dalam sukan Olimpik pada tahun yang selanjutnya?
Peminat Pandelela tidak sabar untuk mengetahui ganjaran daripada KM
Utusan Borneo 17 Ogos 2012, Jumaat

KUCHING: Penyokong-penyokong setia ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg tidak sabar untuk mengetahui ganjaran yang bakal diberikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud setibanya di tanah air Selasa depan.

Ahli Exco Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Joseph Jindy berkata Pandelela wajar mendapat ganjaran yang setimpal dengan kejayaannya mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak di pentas dunia.

“Pandelela wajar mendapat pengiktirafan setelah berkorban untuk negara selama 10 tahun,” kata Jindy yang merupakan sepupu kepada ayah Pandelela.

“Ahli keluarga Pandelela juga telah banyak berkorban dengan merelakan beliau berlatih di Kuala Lumpur pada usia yang masih muda dan meninggalkan mereka di sini.

“Selain Pandelela, abangnya Pardika Indoma turut mengharumkan nama Malaysia selaku penerjun kebangsaan.”
Beliau yang berasal dari Kampung Tembawang Sauh, Bau berkata Pandelela dan keluarganya harus mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang diperolehi oleh keluarga Sidek apabila mereka memenangi pingat pada Olimpik.

“Mereka diberi rumah dan tanah. Justeru, saya berpendapat kerajaan harus memberi ganjaran sedemikian kepada mereka juga.”

Menurutnya lagi ganjaran tersebut dapat menjadi pemangkin kepada atlet-atlet muda agar berusaha dengan lebih gigih dan mengikut jejak langkah Pandelela.

Kelmarin, DBNA telah bermesyuarat untuk mengadakan majlis makan malam sebagai tanda penghargaan kepada Pandelela, Traisy Vivien Tukiet dan Bryan Nickson Lomas pada 22 Ogos depan bertempat di dewan persatuan tersebut di Jalan Kumpang, Off Jalan Ong Tiang Swee.
Ia dipengerusikan oleh penasihat DBNA Datuk Sri Michael Manyin.

Menurut Jindy lagi, ketiga-tiga hero dari Sarawak yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 11.50 pagi akan diberi sambutan meriah dengan penuh adat-istiadat kaum Bidayuh.

Mereka kemudiannya akan diarak mengelilingi pusat bandar bersama-sama dengan beberapa pegawai dari Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Ketiga-tiga mereka akan berjumpa dengan Taib di Dewan Suarah selepas itu di mana ketua menteri akan mengumumkan ganjaran buat Pandalela pada pertemuan tersebut.

Mengenai makan malam anjuran DBNA, 60 meja akan dijual untuk para tetamu dengan setiap meja berharga RM500.

Jindy menambah hasil jualan tersebut akan didermakan kepada Pandelela dan Traisy sambil berharap persatuan Iban turut memberi sesuatu untuk Bryan.

Baca Blog Dalam Facebook Anda