PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Fitnah Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Pembangkang. Show all posts

Sunday, July 14, 2013

PRK Kuala Besut: Fitnah Terbaru Buat Calon BN

Fitnah terbaru di Kuala Besut yang menyatakan calon BN bukan orang tempatan.  Mungkin PAS sudah terdesak memandangkan mereka tersalah pilih calon kerana menganggap calon ‘Cari Makan’ yang ada lesen kontraktor adalah calon yang terpilih? 

Belum menang sudah mengeluarkan manifesto yang beliau  ingin mengupah orang untuk memikul kerja beliau sebagai wakil rakyat di situ?  Inikah pendekatan baru PAS? Adakah ini menunjukkan budaya kerja PAS yang sebenar?

Kita tidak boleh salahkan PAS kerana pada mulanya mahu memillih intan terpilih tetapi terkena buku tebu?  Sebelum ini memang Che Long selalu menyumbang dana untuk kempen PAS?  Apakah kerana begitu terdesak, calon SPM gred 3 cari makan ini mahu memfitnah di bulan puasa? 

Tengku Zaihan di Fitnah Pengikut Calon ‘Cari Makan’

Posted by TerengganuToday.com on July 12, 2013

tengku zaihan BN

SEBELUM cerita ini menular lebih jauh ke markas-markas PAS, perlu dijelaskan bahawa calon BN, Tengku Zaihan dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Besut.

Tengku Zaihan memulakan alam persekolahan di Sek. Keb. Chukai, Kemaman dan seterusnya ke Sek. Men. Sains Dungun kerana mengikut ayahnya, Ustaz Che Ku Abd Rahman yang bertugas di Kemaman sebagai Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kemaman.

Tengku Zaihan agak rapat dengan golongan petani, nelayan serta penduduk yang terlibat dengan banjir dan hakisan pantai di Besut semasa beliau bertugas sebagai Jurutera JPS Daerah selama kira-kira lima tahun (2008-2013) sebelum bertukar ke JPS Putrajaya tiga bulan yang lalu.

Isterinya bertugas sebagai guru di Sek. Keb. Kuala Besut dan Tengku Zaihan ahli UMNO di Cawangan Taman Seri Seratus, Kuala Besut

Tapi, pengundi Besut masih ingat calon PAS, Nasharuddin Mat Isa bertanding di Parlimen Besut pada PRU 11 tahun 2004. Beliau orang Besut ke?

fauzi

Suka memfitnah sudah menjadi makanan harian mereka walaupun bulan Ramdhan mereka tidak pernah serik & terus membuat perkara yang mengaibkan orang .

Cuba kita tengok video Manifesto PAS ini?  Kalau calon PAS SPM Gred 3 memang PAS akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan pihak BN tidak kira apa juga cara sekali pun. 

Sunday, March 24, 2013

Kerajaan Sarawak Akan Saman Globalwitness!

Kerajaan mengambil langkah yang bijak untuk menyaman Globalwitness.  Mereka ini bermotifkan politik kerana PRU13 sudah hampir.  Adakah mereka ingat Taib Mahmud akan bertanding PRU13?  Mereka sebenarnya silap terutama sekali Rafizi Ramli yang kerap mendendangkan lagu supaya Taib Mahmud mengumumkan jumlah aset beliau sebelum bertanding PRU13?

Sememangnya Rafizi Ramli ini tidak tahu apa-apa mengenai politik di Sarawak!  Sebenarnya PRU13 cuma melibatkan Parlimen di Sarawak sahaja kerana DUN Sarawak sudah melalui PRN yang lalu!  Kenapakah masih ada orang yang cuba mengolakkan politik Sarawak terutama sekali mereka yang dengki terhadap Ketua Menteri Sarawak?  

Kalau Pakatan Haram berani, mereka hendaklah membenarkan Lim Kit Siang, Karpal Singh. Rafizi Ramli, Azmin Ali dan Khalid Ibrahim mengumumkan aset mereka terlebih dahulu untuk membuktikan mereka sendiri telus sebelum menuduh orang lain?
Kerajaan siasat video, timbang saman ‘The Global Witness’

KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘The Global Witness’ atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.

“Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.

“Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.

Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.

Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.

“Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu,” tegasnya.

Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.

Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.

“Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan),” ujarnya.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

Baca Blog Dalam Facebook Anda