Wanita pasti memilih BN
by Agnes Tugong. Utusan BorneoPengundi wanita di negeri ini tidak akan perjudi masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang
JENTERA WANITA BN: Shahrizat (kanan) merakam kenangan bersama Taib dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib selepas pelancaran jentera Wanita BN di Kuching semalam. — Gambar Chimon Upon
KUCHING (5 Feb): Pengundi wanita di negeri ini tidak akan memperjudikan masa depan mereka dengan berpihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Pusat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil yang yakin dengan perkara ini berkata 49.97 peratus daripada pengundi wanita di negeri ini mahukan kestabilan negara.
Justeru katanya, walaupun akan menerima tohmahan fitnah daripada pembangkang tetapi akhirnya wanita akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada masa depan mereka, anak-anak dan keluarga.
“Berdasarkan maklum balas yang kita dapat daripada jentera BN, rakyat akan memilih parti yang akan membawa kestabilan kepada rakyat terutama dalam kalangan pengundi wanita.
“Saya nampak keputusan pilihan raya negeri yang lepas agak mengejutkan pihak pembangkang yang terlalu yakin bahawa mereka boleh datang ke Sarawak tetapi rakyat pada akhirnya masih mahu parti yang dapat membawa perpaduan dan kestabilan.
“Harapan saya, semoga keputusan PRU13 akan mencerminkan keyakinan rakyat kepada kerajaan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Dewan Undangan Negeri lama di sini semalam.
Shahrizat turut mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN Negeri dan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) atas tambahan kuota wanita di Sarawak khasnya PBB.
Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat turut menggesa ketua-ketua wanita bagi parti-parti komponen BN iaitu SUPP, PRS, SPDP dan PBB teruskan kerjasama untuk mempertahankan kemenangan BN pada PRU akan datang.
Katanya jika jentera dan pengundi wanita teguh kepada BN, parti tidak akan terjejas meskipun sering mendapat ancaman daripada pihak lawan.
Melihat kepada persediaan rapi jentera Wanita BN Negeri, Sharhrizat turut yakin Sarawak akan menjadi negeri yang menyapu bersih semua 31 kerusi yang diperuntukkan.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label Fatimah Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Fatimah Abdullah. Show all posts
Tuesday, February 5, 2013
Shahrizat Pasti Wanita Sarawak Pilih BN!
Tuesday, February 05, 2013
Abdul Taib Mahmud, BN Sarawak, Fatimah Abdullah, Ketua Wanita UMNO, Ragad Taib, Sarawak, Shahrizat Jalil, Wanita PBB, Wanita UMNO
No comments
Sokongan wanita kepada BN di Sarawak masih padu. Wanita bijak memilih kerajaan yang akan menjamin kestabilan ekonomi dan kesejahteraan keluarga. Mereka tidak akan terpedaya dengan helah politik pembangkang yang hanya datang bermusim.
Setelah habis musim pilihan raya maka pembangkang akan golong tikar terlebih dahulu baik menang atau kalah kerana mereka tiada halah tuju yang jelas tetapi mengigau bersama dengan Ketua Pembangkang mereka.
Semoga wanita Sarawak tidak akan menyesal akibat salah pilih kerajaan kerana kerajaan BN sahaja yang dapat menjamin masa hadapan anak-anak mereka. Lihatlah apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang.
Bukalah mata kita semua bagaimana mereka melakukan porak- peranda penuh sengketa dengan pentadbiran yang remeh dan bermasalah. Ini baru negeri bagaimana pula kalau negara pastilah hancur dan musnah masa hadapan keluarga terutama sekali anak-anak kita.
Jadilah pengundi yang bijak memilih!!
Friday, February 1, 2013
Awasi Anak Dalam Dunia Realiti Dan Dunia Digital: Fatimah
Friday, February 01, 2013
Fatimah Abdullah, Miri, PBB, PENGASIH, Petronas, Program Kenali Anak Kita PETRONAS (PKAKP), Sarawak
No comments
Ibu bapa seharusnya melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT. Kini terdapat banyak sumber untuk meneroka alam digital, tentulah dengan bersama dengan anak anda setiap kali mereka melayari laman web. Jangan biarkan mereka berseorangan terutama sekali banyak ancaman negatif di dalam dunia digital sekiranya tidak dikawal!
Luangkanlah masa bersama dengan anak anda setiap kali mereka di hadapan komputer. Jangan malu bertanya sekiranya anda tidak faham dengan apa yang mereka lakukan. Lama-kelamaan kita akan dapat mengetahui apa itu dunia digital dan tahu apa yang dilakukan oleh anak kita di alam digital.
Ibu bapa harus lengkap diri dengan kemahiran digital
Utusan Borneo
MIRI (27 Jan): Ibu bapa harus melengkapkan diri dengan kemahiran digital untuk membenarkan mereka membendung penyalahgunaan alat perhubungan moden seperti telefon pintar dan komputer tablet dalam mempengaruhi kehidupan sosial anak-anak.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata tanpa pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga dikhuatiri akan melekakan anak-anak sekali gus terpengaruh dengan anasir-anasir negatif daripada dunia siber.
‘Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menentukan bagaimana dan bila mereka menggunakan telefon bimbit.
“Sekarang dengan populariti laman sosial, anak kita boleh dikatakan berada dalam dunia realiti dan dunia digital.
“Ibu bapa juga berperanan mengawal penggunaan alat-alat digital ini.
“Justeru, penting untuk kita sebagai ibu bapa mengemas kini ilmu teknologi mereka agar kita peka dengan potensi dan bahaya peralatan ini,” katanya ketika merasmikan seminar Program Kenali Anak Kita PETRONAS (PKAKP) di sini semalam.
Mengulas lanjut tentang peranan ibu bapa, Fatimah berkata sokongan institusi keluarga penting agar setiap kekurangan dalam sistem pendidikan formal di sekolah dapat dilengkap sempurnakan di rumah.
Peranan ahli keluarga dan masyarakat penting dalam setiap usaha untuk memberi identiti budaya atau membentuk citra, imej dan wajah kewarganegaraan nasional kepada anak-anak.
Di samping itu, secara sedar menyediakan mereka asas kukuh untuk menghadapi cabaran dan tuntutan baharu sebagai warga dunia tanpa sempadan.
“Sebagai ketua institusi keluarga, ibu bapa mempunyai peranan yang amat signifikan dalam menentukan kebersediaan emosi, sosial, mental dan rohani dan juga kejayaan anak-anak, sama ada di bangku sekolah, dalam kalangan rakan sebaya, atau sebagai ahli keluarga dan masyarakatnya.
Mengulas tentang penganjuran seminar itu, Fatimah berharap program berkenaan dapat memperkasakan peranan ibu bapa sebagai ejen perubahan masyarakat.
Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran utama yang perlu ditangani dengan bijak iaitu pengupayaan anak-anak dengan kemahiran generik, memperkukuhkan persekitaran sosiobudaya pembelajaran yang meransang watak anak-anak dan pemantapan institusi keluarga sebagai institusi pendidikan.
‘Kemahiran generik adalah kemahiran aras tinggi merangkumi kemahiran seperti komunikasi, menyelesaikan masalah, ingin tahu, kesabaran, keanjalan, kecekalan, ketahanan, keberanian dan kreativiti yang membolehkan anak-anak mengelola, menyesuaikan diri dan secara strategik menggunakan kemahiran spesifik yang dikuasai dalam persekitaran dan suasana baharu,” katanya.
Turut hadir Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Haniff Hassan, Setiausaha Kehormat PENGASIH Roslan Yahya, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Timbalannya Abdul Aziz Mohd Yusuf.
Monday, January 14, 2013
[Gambar] Sambutan Ketibaan Ketua Menteri Sarawak di Lapangan Terbang Miri 14 Jan 2013
Monday, January 14, 2013
Abdul Taib Mahmud, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Ahmad Lai, Batang Lupar, Bekenu, Fatimah Abdullah, Isteri Ketua Menteri Sarawak, Kelab BN, Lawrence Lai, Nancy Shukrie, P218, PBB, PRU13, Ragad Walid, Ripin Lamat, Rohani Karim, Rosey Yunus, Taib Mahmud
No comments
Subscribe to:
Posts (Atom)















