PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label RMK10. Show all posts
Showing posts with label RMK10. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

Zon Utara Sarawak Dapat MRSM Baru!?!

Kerajaan BN mengumumkan melalui Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bahawa sebuah lagi MRSM akan dibina di kawasan zon utara Sarawak. Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan dikawasan luar bandar. MRSM ini akan dijayakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.


Sekarang ini kerajaan sedang mengenalpasti tapak dan lokasi yang sesuai? Usaha ini menunjukkan komitmen kerajaan BN untuk meninggikan pendidikan di kawasan luar bandar dalam usaha mereka untuk mentransformasikan pendidikan.

MRSM ini akan menjadikan MRSM yang keempat dibina di Sarawak. Terdapat tiga buah lagi MRSM iaitu di Kuching, Mukah dan Betong. MRSM telah terbukti melahirkan golongan pekerja mahir seperti ahli saintis, jurutera, doktor dan akauntan. Semoga ini akan mencerahkan lagi peluang peljar dari kawasan luar bandar untuk bersaing dengan sihat sebelum menduduki menara gading kelak.

Pengarang, 'Sebuah Lagi MRSM Akan Dibina Di Utara Sarawak - Shafie', mStar Online, 24 Mei 2012,http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/5/24/mstar_berita/20120524153541&sec=mstar_berita dicapai pada 24 Mei 2012.

Posted from my iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda