PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Perdana Menteri. Show all posts

Friday, March 15, 2013

7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat Dan Negara


Pembangkang pasti sedar mereka sudah melakukan 7 dosa besar kepada rakyat dan negara Malaysia. Antaranya

1- Membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam
2- Gagal menunaikan janji kepada rakyat
3- PAS Memberi DAP kebenaran untuk menggondol Tanah Tinggi Lojing
4- Mempermainkan matlamat perjuangan parti PAS
5- Pemimpin PKR Tian Chua memperlekehkan anggota keselamatan di Lahad Datu
6- Tahaluf Siyasi, kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP
7- Tiada semangat patriotik kepada negara

Ini adalah hasil PAS dan DAP bersekongkol dengan PKR. Inilah akibatnya membenarkan Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri tanpa sebarang undian sebelum menjadi ketua. Inilah juga akibat daripada membenarkan ketua yang penuh retorik untuk menanam persepsi yang akhirnya makan tuan!!!

PAS sudah hilang sokongan rakyat Kelantan yang sudah lama menyokong perjuangan PAS. Namun begitu, penyokong tegar PAS sudah sedar bahawa mereka telah dikhianati oleh pemimpin PAS yang rakus dan amat sesuailah mereka keluar PAS. Kalau PAS pun sudah tidak disokong di Kelantan, seharusnya kita di Sibuti patut menolak PAS bulat- bulat sebelum menjadi mangsa ketandusan minda pembangunan politik air liur PAS!

Najib: 7 dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam

Sinar Harian 15 Mac 2013

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.


Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata, sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya, jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana menteri berkata, cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama

- Posted using BlogPress from my New iPad

Tuesday, February 19, 2013

Najib Bakal Bubar Parlimen di Sarawak!

Besar kemungkinan selepas lawatan kerja ke Sarawak, Perdana Menteri akan membubarkan parlimen.  Ini untuk memastikan bahawa kubu kuat BN masih utuh di Sarawak.  

Orang ramai turut sedar pihak pembangkang semakin tertekan sehingga sanggup menggodam laman web kerajaan.  Anwar Ibrahim juga sudah mati akal akibat permainan politik kotor dan isu lapuk oleh pihak pembangkang.  Nampaknya impian Anwar Ibrahim bakal musnah menjelang PRU13 dan beliau digalakkan bersara lebih awal sebelum ditampar oleh kekalahan PRU13 kelak!!


Lebih 5,000 orang dijangka hadiri majlis perjumpaan dengan Perdana Menteri

Utusan Borneo
MIRI (19 Feb 2013): Lebih 5,000 orang dijangka menghadiri majlis bersama pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Eastwood Valley Golf & Country Club di sini pada 20 Februari ini (esok).

Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin yang juga Ahli Parlimen Miri diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina bermula jam 8 malam.

Selain pemimpin kabinet pusat dan negeri, majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pengurus Eksekutif Eastwood Valley Golf & Country Club David Kong yang ditemui di sini semalam memberitahu bahawa pihaknya menyediakan 530 meja bagi menampung jumlah orang ramai yang hadir pada majlis tersebut.

“Setakat ini persiapan berjalan lancar dan kami mahu memastikan yang terbaik bagi menyambut ketibaan pemimpin kesayangan rakyat ini nanti.

“Persiapan di dewan terbuka ini dijangka siap hari ini (semalam), manakala esok kami hanya perlu membantu menggantung poster-poster yang akan dibawa oleh pihak penganjur termasuk poster utama,” katanya.

Bagi mengelak kesesakan, David menasihati orang ramai datang lebih awal untuk memudahkan mereka memarkirkan kenderaan selain memastikan laluan menjadi lancar, semasa ketibaan rombongan Perdana Menteri.

David seperti juga penduduk Miri yang lain, amat teruja dengan kehadiran dan kunjungan Perdana Menteri ke sini dan berharap beliau (Najib) akan membawa khabar yang pastinya menggembirakan mereka.

Sementara itu, poster-poster Najib yang berpakaian Cina dengan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina, sudah mulai digantung di sepanjang Jalan Miri Bypass iaitu laluan ke Eastwood Valley Golf & Country Club dan Jalan Permyjaya-Kuala Baram yang menuju ke Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Tudan.

Sempena lawatan kerja selama sehari ke Miri pada 20 Februari ini, Najib turut merasmikan SJK Chung Hua Tudan pada sebelah petangnya pada jam 4.30 petang.

Manakala pada sebelah malam, beliau akan bersama ribuan rakyat Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club.

Najib dijangka tiba di Miri pada jam 4 petang dengan disambut oleh lebih 1,000 penyokong parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri.

Najib akan meneruskan lawatannya ke Pusa dan Sri Aman pada 21 Februari untuk menghadiri Majlis Pemimpin Bersama rakyat di sana.

Manakala pada sebelah malam hari yang sama beliau menghadiri Majlis Chap Goh Meh di Bandar Baharu Batu Kawa di Kuching.

Pada pagi 22 Februari, Perdana Menteri akan menghadiri mesyuarat tertutup bersama anggota-anggota BN Sarawak di Hotel Pullman Kuching sebelum mengakhiri lawatan tiga harinya di Sarawak.

Beliau dijangka berlepas balik ke Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi.

Thursday, August 9, 2012

Najib dan Rosmah Berbuka Puasa Di Sarawak Esok.


Perdana Menteri beserta isteri akan berada di Sarawak esok untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama ahli BN negeri Sarawak.

Mereka mungkin membawa berita gembira dari semenanjung untuk dikongsi di Sarawak. Apakah berita tersebut?
Najib, Rosmah lawat Sarawak pada Jumaat ini
Utusan Borneo 9 Ogos 2012, Khamis.



KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bakal menyertai beberapa tetamu kehormat tempatan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan pada 10 Ogos (Jumaat) ini di Dewan Undangan Negeri di sini.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha dalam kenyataan akhbarnya semalam berkata Perdana Menteri akan ditemani Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Selain itu ia dimeriahkan dengan kehadiran menteri dan menteri muda, ahli-ahli Barisan Nasional (BN) Negeri, pemimpin masyarakat dan ketua jabatan persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri dijangka menyampaikan ucapan masing-masing selain memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam majlis itu.


- Posted using BlogPress from my New iPad

Baca Blog Dalam Facebook Anda