Kelab BN hanya tunjuk kesetiaan kepada TYT
Utusan Borneo 15 September 2012, Sabtu
MIRI: Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) tidak sepatutnya mempolitikkan isu penyertaan Kelab Barisan Nasional (BN) semasa perbarisan sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin di Stadium Miri Sabtu lalu.
Ketua kontinjen penyolong Kelab BN, Joshua Dungkong berkata, perbarisan itu hanya sekadar menunjukkan rasa hormat, sokongan dan kesetiaan kepada TYT dan tidak sepatutnya dipolitikkan.
“Sebagai Menteri Kanan dan Presiden parti, Mawan harus arif bahawa sambutan hari jadi TYT tidak wajar dicampur-adukkan dengan isu politik,” katanya semalam.
Joshua berkata demikian semasa mengulas kenyataan Mawan pada sidang media pada majlis malam penghargaan media di Kuching Selasa lalu, yang antara lain menyifatkan tindakan Kelab BN sebagai mensabotaj parti.
Justeru, katanya, tidak timbul isu mereka mensabotaj parti kerana tujuannya mereka menyertai perbarisan hanya untuk menunjukkan rasa kesetiaan kepada TYT.
“Kita di Kelab BN akan terus mara ke hadapan. Kami tidak akan terjejas dengan apa sahaja tohmahan yang dilemparkan oleh SPDP dan saya mahu tegaskan bahawa penyertaan kami dalam perbarisan itu tiada kaitan dengan SPDP,” katanya.
Menjawab kenyataan mengenai penglibatan ahli-ahli SPDP dalam perbarisan itu, Tuai Rumah Steward Kayong mengesahkan, tiada seorang pun daripada parti itu yang menyertai kontinjen terbabit.
PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!
Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.
Showing posts with label William Mawan. Show all posts
Showing posts with label William Mawan. Show all posts
Saturday, September 15, 2012
Kelab BN di Hari Keputeraan TYT Sarawak Tiada Maksud Politik
Saturday, September 15, 2012
Joshua Dungkong, Kelab BN, PRU13, Sambutan Hari Keputeraan Gabenor Negeri Sarawak, Sarawak, SPDP, Stewart Kayong, William Mawan
No comments
Kelab BN tidak mempunyai sebarang maksud politik apabila menyertai perbarisan di Sambutan Hari Keputeraan TYT Negeri Sarawak. Mereka menyatakan cuma untuk melahirkan rasa taat setia kepada TYT Sarawak.
SPDP tidak seharusnya mempolitikkan penyertaan Kelab BN di upacara tersebut, demikian diberitahu oleh Ketua Kontinjen iaitu Joshua Dungkong.
Kelab BN telah menyertai perbarisan Sambutan Hari Keputeraan TYT dan kononnya terdapat ahli SPDP juga yang dituduh oleh Presiden SPDP turut serta dalam perbarisan tersebut.
Namun Ketua Rumah Panjang TR Stewart Kayong perbarisan tersebut tidak disertai oleh mana-mana ahli SPDP.
Wednesday, July 25, 2012
SPDP Tinggal 1ADUN Di Peringkat Negeri Akibat Naib Presiden Keluar Parti!
Wednesday, July 25, 2012
ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Parlimen Sarawak, Barisan Nasional, BN, Joseph Salang, Joseph Salang Gandum, Julau, Meluan Wong Judat, Naib Presiden SPDP Keluar Parti, Pentas Rakyat, PRS, PRU13, Sarawak, SPDP, William Mawan
No comments
Presiden SWP, Larry Sng masih menunggu permohonan Judat untuk menyertai SWP.
Judat yang mengumumkan bahawa beliau akan keluar SPDP selepas bermesyuarat dengan Mawan dan Tiong pada hujung bulan ini. Nampaknya pengaruh Sng semakin kuat di kalangan ahli komponen BN Sarawak!
Adakah Judat orang yang terakhir atau orang pertama yang melompat parti? Adakah SWP akan membeli setiap calon yang menang pada PRU13 kelak?
Mungkin ada juga yang akan bersuara bahawa mereka tidak boleh dibeli tetapi boleh disewa!
SWP lebih suka bersikap tunggu dan lihat dalam isu Wong Judat
Utusan Borneo, 24 Julai2012, Selasa
KUCHING: Parti Pekerja Sarawak (SWP) lebih suka bersikap tunggu dan lihat daripada merasa terlalu teruja dengan pengumuman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat untuk meninggalkan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan menyertai SWP.
Presiden SWP Larry Sng berkata, parti itu perlu menunggu pengesahan bertulis daripada Judat yang juga Naib Presiden SPDP.
“Kita perlu menunggu permohonannya untuk menyertai parti sebelum membuat sebarang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom tidak dapat dihubungi untuk mendapat ulasan tetapi pemerhati politik membayangkan SPDP memerlukan masa dan ruang sebelum membuat kenyataan.
Bagaimanapun, mereka percaya tindakan Judat yang secara sukarela meletak jawatan daripada SPDP akan mengurangkan masalah bagi pemimpin dan majlis tertinggi parti untuk membuat keputusan mengenai tindakan disiplin terhadap beliau.
Dengan penarikan diri Wong daripada SPDP, parti tersebut hanya mempunyai seorang ADUN sahaja iaitu Mawan (DUN Pakan) selepas empat ADUN Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entrie (Marudi), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu) dipecat daripada parti kerana menentang pucuk pimpinan.
Judat membuat kenyataan untuk meninggalkan SPDP dan menyertai SWP selepas majlis Pentas Rakyat SWP di Kanowit malam Sabtu lepas.
Bagaimanapun ini tidak mengejutkan pemerhati politik kerana Judat sudah membayangkan beberapa kali terutamanya selepas kelihatan terlalu rapat dengan pemimpin SWP.
Judat turut menyatakan rasa tidak senang dengan cara Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum meng-agihkan dana pembangunan di Julau yang disebutnya sebagai alasan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) walaupun beliau menegaskan tidak menentang BN, SPDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
- Posted using BlogPress from my New iPad
Thursday, July 19, 2012
Masing Harap SPDP Selesai Masalah Judat
Thursday, July 19, 2012
Barisan Nasional, BN, James Masing, Joseph Salang, PRS, SPDP, William Mawan, Wong Judat
No comments
Masing mampu pertahan semua 6 kerusi milik PRS. PRS ketika ini berhadapan dengan SWP yang menjadi pencabar utama di setiap kerusi parlimen. PRS menghadapi satu kerusi yang tidak disenangi oleh Judat dari SPDP. Masing berharap SPDP akan menyelesaikan masalah Judat demi kebaikan BN.
PRS mampu pertahan semua kerusinyaby Reno Benjamin.Utusan Borneo 19 Julai 2012,KhamisMasing yakin PRS dapat pertahan Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu, Hulu RejangSIBU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing sekali lagi mengulangi keyakinan parti itu dalam mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan kepada parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.Menurut James, berdasarkan maklum balas positif yang diterima, beliau yakin PRS dapat mempertahankan enam kerusi yang diperuntukkan iaitu kerusi Parlimen Selangau, Julau, Kanowit, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rejang.“Secara ringkasnya, kita amat yakin dapat mengekalkan kesemua keenam-enam kerusi ini,” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dan Makan Tengah Hari Bersama Presiden dan Pemimpin PRS bagi Kawasan Parlimen Selangau, Julau dan Kanowit di sebuah hotel di sini, semalam.Hadir sama ialah ahli Parlimen Kanowit Aaron Ago Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Joseph Mauh Ikeh, ADUN Ngemah Alexander Vincent serta yang lain. Dialog telah disertai lebih 180 ahli parti.James yang juga Menteri Kemajuan Tanah memberitahu, hasil maklum balas yang diperolehi ketika dialog yang melibatkan Ketua Bahagian, Wanita dan Pemuda itu, PRS yakin dapat mempertahankan Selangau, Julau dan Kanowit.Dialog sama katanya, telah dianjurkan di Sri Aman dan Lubok Antu minggu lepas yang dihadiri kira-kira 250 ahli parti, dimana beliau juga telah menerima maklum balas yang positif.“Mungkin ada masalah tetapi masalah itu tidak banyak dan dapat kita atasi,” jelas beliau sambil memberitahu masalah di kerusi Selangau yang disandang oleh Datuk Joseph Entulu Blaun kini hanya melibatkan Parti Pekerja Sarawak (SWP).Sementara di Julau menurut James, masalah melibatkan SWP dan juga ADUN Meluan, Wong Judat, yang dikatakan hendak bertanding menentang penyandang kerusi terbabit, Datuk Joseph Salang Gandum.James memberitahu, PRS tidak dapat menyelesaikan masalah membabitkan Wong Judat kerana beliau (Wong) bukan ahli PRS, sebaliknya ahli Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).“Namun kita berharap agar SPDP akan menyelesaikan masalah ini,” katanya sambil menambah Wong dianggap telah keluar dari Barisan Nasional (BN) jika beliau menandatangi surat penamaan calon bagi menentang Salang pada PRU13 nanti.Menyentuh mengenai kerusi Hulu Rejang, James memberitahu Wilson Ugak mungkin seorang calon baharu tetapi merupakan muka lama di kawasan Hulu Rejang.Ini kerana katanya, Wilson telah berkhidmat 20 tahun dalam parti dan 15 tahun sebagai Setiausaha Politik, selain pernah menjadi pengurus kempen pilihan raya selama lima penggal bagi Datuk Billy Abit Joo dan tujuh penggal bagi beliau sendiri (James).“Beliau (Wilson) bukan muka baharu di Hulu Rejang,” ujarnya sambil memberitahu sokongan Orang Ulu di kawasan terbabit kepada Wilson juga tidak ada masalah.Kerusi Parlimen Hulu Rejang buat masa ini disandang oleh Datuk Billy Abit.
Saturday, March 10, 2012
Jalan Damai Dalam SPDP Bukan Sesuatu Yang Mustahil - Taib Mahmud
Saturday, March 10, 2012
Abdul Taib Mahmud, BN, Paulus Paul, PBB, Peter Nansian, Rosey Yunus, Sarawak, SPDP, SPDP5, Sylvester Entri, TERAS, Tiki Lafe, William Mawan
No comments
Hari ini mungkin Sarawak digemparkan mengenai pandangan Ketua Menteri mengenai penubuhan parti baru politik!!?? Memangg ada kebenaran dalam apa juga yang dikatakan oleh beliau!!?? Semoga pihak yang berkenaan akan berfikir dua kali terlebih dahulu sebelum meneruskan hasrat mereka untuk menubuhkan parti politik yang baharu di Sarawak!!??
Sekiranya mereka meneruskan juga perjuangan maka besarlah harapan agar Barisan Nasional masih menyinari di hati setiap pemimpin yang berbeza pendapat setakat ini!??! Buanglah yang keruh dan ambillah yang jernih!!?? Sekarang bukannya masa untuk bercerai namun sebaliknya setiap pemimpin dan ahli komponen parti BN hendaklah bersiap-sedia untuk menghadapi lawan sebenar perjuangan politik setiap individu iaitu memerangi Pakatan Rakyat?!!!
Bekas Pemimpin SPDP Hadapi Halangan Besar Jika Tubuh Parti Baru, Kata Taib
KUCHING, 9 Mac (Bernama) -- Lima wakil rakyat yang kini tidak lagi menjadi anggota Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan menghadapi halangan besar jika mereka menubuhkan parti baru, kata Ketua Menteri, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
Beliau berkata sebaliknya, adalah lebih baik jika lima wakil rakyat berkenaan -- Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe dan Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Peter Nansian (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Gumbang (Batu Danau) -- diberi masa untuk berdamai semula dengan SPDP.
"Saya tidak fikir langkah itu (menubuhkan parti baru) suatu idea yang baik kerana kelak akan timbul banyak halangan yang perlu mereka atasi atau untuk mendapat persetujuan semua parti komponen bagi membolehkan mereka menganggotai Barisan Nasional," katanya kepada pemberita di sini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang spekulasi bahawa sebuah parti baru dikenali sebagai Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan ditubuhkan untuk memberi tempat kepada kelima-lima mereka, yang digelar media sebagai SPDP 5. Wakil terbabit telah dipecat atau meninggalkan parti itu antara Disember tahun lepas dan Januari tahun ini.
Sumber yang dipetik akhbar berkenaan berkata permohonan telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftar parti itu dan apabila diluluskan, ia akan diterima sebagai parti komponen BN.
Selain SPDP, BN Sarawak dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang diterajui Taib, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Taib berkata "bukanlah sesuatu yang mustahil sama sekali" bagi SPDP di bawah pimpinan presidennya Tan Sri William Mawan dan lima wakil rakyat berkenaan untuk menemui jalan perdamaian.
"Saya rasa tidak begitu elok bagi SPDP membiarkan kelima-lima YB berkenaan berada di luar parti. Keadaan begini tidak baik bagi mana-mana parti," katanya.
-- BERNAMA
Wednesday, January 18, 2012
Kerjasama Kukuh Parti Komponen BN Adalah Senjata Paling Berkesan!!! - Ahmad Lai
Wednesday, January 18, 2012
Ahmad Lai, Bekenu, BN, PBB, PRU13, Sarawak, Sibuti, SPDP, William Mawan
No comments
SPDP akan memberi sokongan padu kepada Ahmad Lai untuk mempertahankan kerusi Sibuti sekiranya diizinkan oleh Majlis Tertinggi BN. Ahmad Lai yang terkenal dengan politik pembangunan sudah melihatkan usaha yang begitu banyak untuk diberikan kepada pembangunan di Sibuti khususnya!!!??
BN seperti yang kita sedia maklum akan membawa pembangunan berterusan berbanding dengan oihak pembangkang yang pandai menunjuk dan mempersoalkan sesuatu isu remeh sahaja!!!?? Jangan biarkan racun pembangkang merosak pembangunan yang sedang dinikmati di Sibuti!!!??
SPDP beri sokongan penuh kepada Ahmad Lai di Sibuti
Posted on January 18, 2012, Wednesday
MIRI: Parti Demokratif Progresif Sarawak (SPDP) akan memberi sokongan penuh kepada penyandang kerusi Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Hasrat tersebut disuarakan oleh Presidennya Tan Sri William Mawan Ikom pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar di Kampung Lusut Jaya 1, pada Isnin. Mawan memberitahu, meskipun kerusi Parlimen Sibuti milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), namun SPDP akan memberi sokongan kepada semua calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).
“Semua ahli SPDP Lambir dan Bekenu termasuk saya sendiri akan menyokong Ahmad Lai Bujang untuk dicalonkan semula pada PRU kelak dan kerjasama di kalangan parti komponen BN akan diteruskan,” katanya.
Sementara itu, penyandang kerusi P218 Sibuti Ahmad Lai Bujang ketika ditemu ramah semalam melahirkan penghargaan terhadap presiden SPDP yang mahukan beliau kekal sebagai calon BN di Sibuti.
“Sokongan padu daripada parti komponen BN terutama daripada SPDP memberi inspirasi dan semangat kepada saya untuk terus berkhidmat kepada rakyat meskipun timbul khabar angin mengatakan saya tidak sihat,” jelasnya.
Beliau memberitahu, masalah kesihatan tidak akan menjejaskan peluangnya untuk dicalonkan semula sebaliknya ia hanya satu khabar angin yang ditimbulkan segelintir pihak berkepentingan tertentu.
“Saya sihat dan bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Sibuti. Akan tetapi, keputusan untuk mencalonkan semula saya pada PRU kelak hanya terletak di tangan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. Menurutnya, majoriti suara akar umbi khasnya rakyat di konstituensi Sibuti masih menginginkan beliau untuk terus menjadi wakil rakyat selain masih memerlukan pembangunan daripada kerajaan BN.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Lai turut menasihati rakyat Sibuti agar mengambil iktibar daripada kekalahan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau dan Pujut pada pilihan raya lalu.
“Ramai yang datang kepada kita (BN) untuk memohon bantuan selepas pembangkang gagal memenuhi tuntutan mereka dan ia jelas terbukti pembangkang hanya bercakap kosong tanpa melunaskan janji-janji mereka,” katanya. Beliau memberitahu, kerjasama kukuh antara parti komponen BN dilihat senjata paling berkesan untuk menang mutlak pada PRU akan datang atau lebih sinonim dengan situasi menang-menang.
“Saya merupakan wakil rakyat daripada PBB dan saya juga akan memberi sokongan kepada calon-calon komponen BN lain seperti SPDP, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau Parti Rakyat Sarawak (PRS),” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





